Tahniah! Anda Berjaya dalam temuduga. Lapor diri 4 January 2015. Scroll ke bawah 5 jawatan tu. Tengok bawah sekali latihan jururawat.
December 30, 2015
Pengakhiran yang bermakna buat tahun 2015
December 23, 2015
Supplemen Yang Bagus Untuk Anak Anda
- Kurma :Kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C serta Niasin
- Madu :Mengandungi Vitamin A, B-Kompleks, C, E dan K, Kalsium, Sulphur, Fosforus, Zat Besi, Karbon, Kalium, Klorin, Kuprum, Manganase, Silica, Riboflavin, Protein, Pottasium, 10Hda, Kromium
- Kismis : Mengandungi Magnesium, Zat Besi, Kalsium, Fosforus, Kalium, Vitamin C, B6, K, Folat dan Riboflavin
- Buah Tin : Mengandungi Serat, Kalsium, Zat Besi, Vitamin B6 dan E, Pottasium
- Delima : Mengandungi Pottasium yang sangat tinggi, Fosfor, Kalsium, Zat Besi, Sodium, Vitamin A, B1, B2, B3 dan C
- Aprikot : Mengandungi Zat Besi, Pottasium, Beta Karotena, Vitamin B17 dan sangat tinggi kandungan seratnya
- Omega 3 dan Omega 6 :Membantu meningkatkan kesihatan otak dan meningkatkan daya ingatan
- 1 hingga 3 Tahun - 2.5ml sebelum sarapan dan sebelum tidur
- 4 hingga 6 Tahun - 5ml sebelum sarapan dan sebelum tidur
- 6 Tahun ke atas - 10-20ml sebelum sarapan dan sebelum tidur
- Kesemua kandungan di dalam Jus Caliph -Sunnah Supplement For Kids merupakan sumber yg tinggi dengan Serat, Vitamins, Minerals dan nutriens yang lain.
- Kurma, Kismis, Madu, Delima dan Buah Tin merupakan makanan Sunnah yang sangat digalakkan diamalkan oleh semua umat Islam termasuk kanak kanak.
- Setiap bahan yang terkandung dalam Jus Caliph memiliki kehebatannya tersendiri yang mampu menjadi penawar pelbagai penyakit dan perkembangan minda bukan sahaja terbukti secara saintifik, malahan turut diperakui khasiatnya oleh baginda Rasulllah S.A.W melalui hadis-hadis dan ayat-ayat suci Al-Quran.
- Amalan pengambilan gabungan makanan sunnah ini melalui Jus Caliph bukan sahaja mampu menjadi pemangkin kepada kesihatan terunggul, malahan membantu anak anak kita memperoleh keberkatan dengan mengamalkan makanan sunnah dalam kehidupan seharian, In Shaa Allah.
December 22, 2015
ALOE VERA 99% SOOTHING GEL | LIPSTIK UNTUK BIBIR KERING
- Mengandungi pati aloe vera semula jadi
- Berkesan melembabkan bibir
- Membantu membaiki kulit kasar
- Anti-penuaan
- Mengekalkan bibir yg sihat
- Mengelakkan bibir dari kering dan pecah
- Menjaga bibir supaya lembut
- Menjadi pelembab bibir
December 15, 2015
Blog LISA HLOVATE Berwajah Baru
December 14, 2015
GIVEAWAY AKHIR TAHUN 2015 SHEILA INSPIRE
Give Away Akhir Tahun 2015 Sheila Inspire
Allah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Razzaq, Dia Yang Maha Pengasih dan Penyayang serta Yang Maha Memberi Rezeki, dengan ini saya ingin melancarkan "Giveaway Akhir Tahun 2015 Sheila Inspire".... sempena template baharu ini dan keluarga besar blooger yang sering berkunjung ke blog yang tak seberapa ini.... semoga ukhwah kita sentiasa terjalin,,, tegur-tegur la diri ini. Adakala tak berapa nak aktif kerana kesibukan tugasan.... Akhir sekali, saya harap dengan GA yang tak seberapa ini dapat menjalinkan hubungan kita sesama blogger.... Maaf yer gambar hadiah tidak clear....
Syarat:
1. Buat entry masukkan banner dan link ke segmen ini.
2. Kalau sudi boleh follow : Sheila Inspire, add Facebook, add Twitter, friend Google, follow Instagram (kalau tak nak pun tak apa)... terpulang....
3. Jangan lupa tinggalkan link di petak komen.
Tarikh akhir : 29 Dis 2015 jam 11.59 pm
Hadiah
3 x (2 orang) (hadiah misteri)
1 x (1 orang) planner 2016
1 x (1 orang) diary 2016
3 x (3 orang) shawl H&M
Senarai Peserta
December 13, 2015
December 12, 2015
Amy Hilmirda Giveaway 2015
December 11, 2015
GIVEAWAY HUJUNG TAHUN 2015 NS
December 10, 2015
Giveaway Akhir Tahun 2015 by Beautiful Of Iman
Semoga kita semua terus istiqamah untuk menjadi muslimah yang terbaik di sisi Allah swt.
December 9, 2015
Cinta Tidak Semestinya Memiliki
Mungkin anda pernah dengar ayat ini,
Cinta tidak semestinya memiliki…
Ada orang yang bercinta sudah bertahun lamanya. Masing-masing sudah kenal hati budi masing-masing. Ibu bapa pun sudah kenal dengan siapa kita berkawan.
Tetapi sayangnya, percintaan itu tidak semestinya kekal lama. Tidak semestinya percintaan itu akan kekal sehingga ke alam perkahwinan.
Walau bagaimana sekalipun kita menyayangi seseorang, tidak semestinya dia akan menjadi milik kita selamanya.
Kita kena bersedia untuk menerima dan redha bahawa tidak semestinya apa yang kita inginkan, akan kita dapat. Kita kena sedia menerima perasaan kecewa dan sedih dalam hidup yang kita lalui ini.
Memang kita akan rasa sakit, tetapi kesakitan itulah yang akan membuatkan diri kita menjadi lebih kuat pada masa akan datang.
Usah dipertikai kenapa diri kita yang ditimpa ujian ini. Usah ditanya kenapa diri kita yang mesti melaluinya. Kerana setiap ujian yang kita lalui itu ada hikmahnya.
Jika kita merasakan ujian yang kita lalui adalah perit, sebenarnya ada insan lain yang lebih perit ujiannya dari kita.
Jadi, jika kita sedang bercinta, bersedialah untuk menerima bahawa tidak semestinya si dia yang kita sayang dan cinta itu akan menjadi milik kita.
Tidak semestinya insan yang kita sayang dan cinta itu akan kekal menjadi pasangan kita hingga ke hujung nyawa.
Cukuplah sekadar kita menjaga dirinya semasa si dia ada bersama dengan kita. Cukuplah sekadar kita menumpang perasaan bahagia dan gembira disaat kita bersama.
Jika ada jodoh antara kita dengannya, bersyukurlah kepada yang Maha Esa. Bersyukurlah kerana diberikan peluang untuk kekal bersama dengannya.
Tetapi jika tidak ada jodoh antara kita dengan si dia, bersabarlah. Percaya dan terimalah bahawa ada seseorang yang lebih baik sedang menantikan kita di luar sana.
Mungkin si dia sedang menunggu dan menanti bilakah kita akan tiba berjumpa dengannya. Mungkin si dia sedang tertanya-tanya, siapakah insan yang akan menjadi pelengkap hidupnya.
Tetapi bilakah kita akan bertemu dengannya? Tidak ada siapa yang tahu. Mungkin esok, mungkin lusa. Atau mungkin di syurga? Tidak ada siapa yang tahu.
Itulah realiti kehidupan. Tidak sama seperti dalam novel cinta yang dibaca. Tidak sama seperti drama TV yang dilihat. Segalanya penuh dengan tanda tanya dan misteri.
Walau apapun, untuk sekarang ini, untuk saat ini, hargailah setiap saat dan waktu ketika kita bersama dengan si dia. Hayati dan jiwai setiap peristiwa dan kenangan yang dilalui bersama.
Kerana mungkin, kerana mungkin, itu adalah pertemuan terakhir kita dengannya.
November 30, 2015
Pengalaman Menghadiri Temuduga Kerja Kerajaan
Assalamualaikum...
Agak lama rasanya aku menyepi dalam menulis dalam blog ini..Pastinya ramai peminat
Alhamduliilah selepas aku menamatkan pengajian aku selama 3 tahun dalam bidang perikanan di UMT..aku ada mendapat tawaran temuduga daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Sememang keluarga aku amat menggalakkan dan menyokong untuk aku memohon pekerjaan dalam sektor kerajaan. Sememangnya banyak kelebihan yang boleh diperolehi apabila kita bekerja di sektor kerajaan. Orang tua kata masa depan lebih terjamin. Aku sendiri merupakan anak kepada kakitangan kerajaan..Bukan aku taknak kerja di sektor swasta, kedua-duanya ada pro dan kontranya..Namun aku lebih memilih untuk bekerja di sektor kerajaan.Pada mula aku fikir nak sambung belajar lagi, sambung degree..atas sebab teknikal dan kelewatan menghantar borang, permohonan aku tak dapat. Aku pun menghantar permohonan untuk menjadi Penolong Pegawai Perikanan, yang mana selayaknya dengan diploma yang aku perolehi.
Waktu itu tahun 2013, ini merupakan kali pertama aku ditawarkan temuduga, memang takda pengalaman..Persediaan tetap aku lakukan seperti membaca ebook temuduga kerajaan. Baca balik nota-nota masa belajar dulu, malangnya nota yang tersimpan dalam laptop sudah terpadam disebabkan laptop aku waktu sebelum final rosak dan perlu diformat. Jadi bacalah nota-nota tulisan yang ada. Sampai jer hari temuduga, penemuduga lelaki dan perempuan..Penemuduga perempuan sememangnya agak tegas..Sampai sekarang aku takkan boleh lupa di soal tentang isu semasa, NKRA
Alamak! Apa aku nak jawab ni...
Memang waktu tu aku tak boleh jawab..bila tanya tentang kualiti air (masa praktikal dulu jaga kualaiti air) pun aku tak dapat jawab jawapan yang betul.lagi la haru biru..Aku pasrah memang tak dapat.
Tahun 2014, alhamdulillah aku masih berpeluang menghadiri temuduga jawatan yang sama.. namun, berdasarkan pengalaman yang agak kurang, kerana aku hanya mempunyai pengalaman tiga bulan praktikal..Waktu tu jugak aku tengah agak sibuk menguruskan hal keluarga.. Dan dia ada jugak cakap aku sekarang ni mahir dalam bidang pengkeranian..memang jujurnya aku bekerja sebagai seorang kerani..yela takkan nak duduk mengganggur kat rumah..kalau aku cakap aku menganggur mesti penemuduga tu akan cakap kenapa tak cuba berniaga..Ok aku redha jer..dapat alhamdulillah...pernah aku cakap dekat penemuduga tu..kalau aku tak dapat jugak aku akan cuba lagi sampai dapat..biar sampai lima kali takpe...
Kadang-kadang aku fikir, mungkin diorang lagi prefer untuk amek orang lelaki, sebab senang mungkin, sebab rata-rata yang dapat temuduga tu kawan aku semua lelaki..entahla..rezeki masing-masing...umur pun dah 23(2015) tahun depan 24 dan nak suku abad..kalau nak belajar lagi umur berapa nak habis, bila la aku nak dapat kerja...dan aku pun berfikir, mungkin aku harus terjun ke bidang lain..aku pun isi permohonan untuk latihan separa perubatan..mana tau rezeki aku..alhamdulillah...dapat peluang peperiksaan online.dan di panggil temuduga...
beberapa hari sebelum temuduga tu aku pun study, beli ebook..baca nota dari ebook tu..banyak jugaklah membantu dalam exam online..tiba hari temuduga tu takda pun satu soalan berkaitan perubatan..istilah perubatan ke..atau nama menteri...antara soalan-soalan spot...antara soalan yang dapat aku kongsikan ialah..
Selepas beri salam, berdebar jugak..takpe la ni kan dah kali ketiga..buat biasa jer..redha dan tawakal jer..
Ok, cik Nurfariza yer, perkenalkan diri?
aku pun cerita..nama, asal mana, adik beradik berapa..umur berapa...
Awak dulu sekolah dekat mrsm batu pahat yer...bagus2..
Ceritakan pengalaman awak dalam bidang
aku pun mulalah cerita aku yang panjang lebar.....
Sejujurnya saya memang takda pengalaman dalam bidang
Awak tak pernah jaga orang sakit ke?
Pernah, tahun lepas mak saya eksiden, sebulan lebih saya duduk hospital jaga mak saya..bla-bla-bla..ayah saya pun tak berapa sihat... tapi memang pun aku tak tipu ayah aku memang tak berapa sihat..sebab dia ada sakit buah pinggang dan memerlukan dialisis 3 kali seminggu.
cakaplah saya nak bantu keluarga..family...(biasanya diorang akan pilih orang-orang yang nak bantu family, orang susah) aku baca kat blog la..aku cakaplah aku dah pernah pergi 2 kali interview dalam bidang aku..tapi tak dapat, jadi apa salahnya aku cuba dalam bidang yang lain..
Ada sedara mara keje kementerian kesihatan tak?
aku cakap la ada 5 orang sepupu nurse swasta, sorg nurse kerajaan...sorang mak cik aku pembantu kesihatan...blablabla.....
Ok dah...takda dah soalan..aku pelik jugak...maybe diorang nak cepat kut..masa tu dah nak pukul satu petang..nak lunch hour dah...
Last sekali dia tegur,masa ni aku dah bangun nak amek file nak keluar dah..dia tanya.. dah lama ke pakai cermin mata..cuba baca ni tanpa pakai cermin mata.
aku pun cakaplah, saya rabun teruk sikit..dari darjah lima saya dah pakai..
Kalau belajar lagi ni cermin mata hilang macam mana..
hehehe..tu jela aku jawab...
harap-harap aku dapatlah interview ni...nak tau next story tunggu next entry la..
November 12, 2015
H&M MALAYSIA | KLUANG MALL, JOHOR OPENING HARI INI! 12/11/2015
Get in line early as the first 200 customers in line will receive a H&M voucher! Get a chance to win a RM500, RM200 or RM100 voucher! If you don't get the 3 top prizes, don't worry as you will also receive a RM50 voucher.
The wait is finally over! See you at H&M Kluang Mall, Johor for some serious shopping!
Nasi Lemak 60 Sen
Assalamualaikum...
Nasi Lemak 60 Sen | Apa boleh harapkan dalam sebungkus nasi lemak 60 sen.. bukan senang nak jumpa nasi lemak berharga bawah seringgit..Masa zaman sekolah saya sekitar tahun 2000 sehingga 2009 pun sudah tiada nasi lemak berharga RM1.00 yang sedap.. Saya memang seorang pengemar nasi lemak.. Sewaktu saya berkampung di hospital tahun lepas, ada satu nasi lemak yang agak sedap. orang panggil nasi lemak 50 sen sebab saiznya yang sebesar tapak tangan saya.. Tapak tangan saya bukanlah besar mana.. macam student sekolah rendah sahaja.. hehehehe.. tapi harga sebenarnya RM1.50.. agak mahal untuk saya bagi nasi lemak sebesar itu...
November 9, 2015
Lirik Lagu Memori Berkasih - Achik dan Nana
Biar menjadi ikatan abadi
Namun apa daya terlerai janji kita
Menyemai ikatan cinta
Tak mungkin kasihku hilang
Kukunci hati untukmu
Andainya kau kerinduan
Itulah jadi penanwar
Kasih kusemai kau abaikan
Mungkin tiada jodoh kita
Ku juga bersimpati
Hancurnya harapanku
Maafkan sayang
Aku pun tak menyangka
Menemani hati yang gelisah
Biar menjadi ikatan abadi
Namun apa daya terlerai janji kita
November 8, 2015
4 Idea Jana Pendapatan Melalui Penulisan
November 4, 2015
The Legend Resort Cherating
The Legend Resort Cherating
GPS: 4.103689242, 103.3838367
Lot 1290, Mukim Sungai Karang, Cherating - 26080 - Kuantan- Pahang Darul Makmur, Malaysia
Apa Yang Best?
November 2, 2015
Simptom Sakit Kepala
October 28, 2015
Aku Ingin Berubah
6 Tips Aku Ingin Berubah
2. BERHUBUNG dengan Allah dalam SOLAT
3. Tampung ISTIQAMAH dengan ISTIGHFAR
4. FUTUR jangan sampai LUNTUR
5. HIJRAH dari dimensi MAKSIAT
6. UBAT hati dengan TAUBAT
"Sukatlah hatimu dalam tiga waktu. Ketika melihat pengebumian mayat apa yang kau rasa? Ketika membaca Al-Quran apa yang kau rasa? Dan ketika melihat saudara seagamamu dizalimi apa yang kau rasa? Jika engkau langsung tidak berasa apa-apa, maka carilah hati kerana sesungguhnya engkau tidak mempunyai hati."
Semua manusia mampu berubah. Samada kita hendak ataupun tidak sahaja.
Kenapa Hati Boleh Tenang
Saya ada persoalan untuk kita fikirkan tengah hari ni. Kenapakan, bila manusia stress duduk di kawasan bandar, kita akan cari pemandangan alam kat luar bandar seperti pergi laut, hutan, pulau, panjat gunung dan sebagainya?
Ada yang kata sebab ketenangannya. Tapi, kenapa kita tenang bila pergi ke sana melihat pemandangan alam sekitar? Apa puncanya? Hehe.
#SharingForUmmah
Apa Usaha Aku Untuk Berubah?
Syaitan takkan putus asa menyesatkan kita.
Kenapa kita perlu putus asa untuk berubah?
October 27, 2015
Syukur Alhamdulillah..
October 25, 2015
Doakan saya tau!
October 23, 2015
Allah Sangat Cintakan Kau!
Lena Dalam Mimpi
Assalamualaikum...
Salam jumaat..
Kemalasan melanda dan membanjiri diri ini...kerja menimbun kat office nak siapkan, tapi jasad aku jer kat meja, jiwa aku melayang entah ke mana...selalu careless, cepat lupa...apa kena ni??? Macam dah hilang semangat...nak kata penat, nak cuti, seminggu keje 5 hari, cuti dua hari...nak kata gaji sikit.alhamdulillah masih cukup, baru lepas naik gaji...dah nak masuk 3 tahun aku keje, mungkinkah aku dah bosan keje sini..nak berhenti? Takde keje? Takde duit? Takda siapa la nak biaya kucing2 aku...
Isnin ni ada interview spa untuk latihan perubatan...revision tak buat lagi...apa nak jadi...rasa nak sleep, sleep, sleep....what happen to you???
Satu masa rasa nak berehat dari social media...off fb,ig,....berehat dari blogging..mungkin seminggu dua, sebulan...lari dari semuanya...kembali pada waktu no handphone, no social media....tapi tak boleh...keje kena pakai phone, email, internet....
What happen to me???
October 22, 2015
10 Sebab Perlu Cuba Microsoft Surface Pro 4
- Paparan 12.3 "PixelSense ™ dengan resolusi 2736 x 1824 (267 PPI) Touch dan 10 point multi-touch, mempunyai kontras yang sangat tinggi dan silau rendah, memberi anda gambaran bersaing kehidupan sebenar.
- Surface Pro 4 adalah lebih kuat dan lebih ringan
- Surface Pro 4 dengan prosesor 6th Generation Intel ® Core ™ m3, i5, dan i7 bukan sahaja lebih kuat, ia lebih senyap dan berjalan lebih sejuk berbanding sebelum ini. cepat panas.
- 5.0 MP front-facing HD camera, 8.0 MP rear-facing autofocus camera, with 1080p HD video recording
- Internal memory sehingga 16gb sudah cukup banyak di tambah pula dengan Solid state drive (SSD) options: 128GB, 256GB, 512GB, or 1TB . laptop pun tak banyak macam ni..
- Bateri tahan sehingga 9 hours supaya anda boleh bekerja tanpa gangguan. Sekarang anda boleh mengambil Surface anda dengan anda sepanjang hari.
- Surface Pro 4 lengkap dengan full suite of Office product.sesuai untuk anda yang bekerja luar tanpa perlu bawa laptop
- Surface Pro 4 "Type Cover" (cover casing) yang mana boleh dilihat atau ditanggalkan membolehkan ianya digunakan di mana-mana sahaja.
- Dengan adanya Surface Pen yang sangat mesra pengguna seolah-olah kita sedang menulis di atas kertas
- Mempunyai TPM (Trusted Paltform Module) chip for enterprise security. TPM is computer chip (microcontroller) that can securely store artifacts used to authenticate the platform (your PC or laptop). These artifacts can include passwords, certificates, or encryption keys.
October 19, 2015
10 Sebab Perlu Cuba Diet Atkins
October 16, 2015
Lirik Lagu Assalamualaikum - Faizal Tahir
Assalamualaikum.. semua..
Lirik Lagu Assalamualaikum - Faizal Tahir...hari ni aku nak bawa korang semua menghayati bait-bait lirik lagu Assalamualaikum yang dinyanyikan oleh Faizal Tahir.. sebenarnya kita patut ucapkan terima kasih dan tahniah sebab berjaya hasilkan lagu yang banyak pengisian disebalik bait-bait lirik dia..
Nana nanananana
Nana nanananana, nana nanananana
Nana nanananana
Apa yang ku lihat ini
Mengapa hanya video bunuh sana sini
Di kaca TV, dalam internet, di FB
Hanya darah dan air mata
Ramai yang hina agamaku
Terasa bakar di jiwaku
Can’t believe there are people like this
Can’t believe we are living like this
Apa kita hanya terima sahaja?
Assalamualaikum dunia, bangunlah semua
Lihatlah pada diri kita, semua serupa
Damailah manusia, kita bersaudara
Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum
Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum
Warna kulit, kaum, asal usul
Jangan menilai hanya pada rupa
Adakah matamu mengatasi akalmu?
Satu untuk semua (satu untuk semua)
Semua untuk satu (semua untuk satu)
I believe we are better than this
We could all be better than this
Apa kita hanya berdiam sahaja?
Assalamualaikum dunia, bangunlah semua
Damailah manusia, kita bersaudara
Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum
Dengar aku, dengarku selalu bersalah
Selalu terleka dan ku sedari semua
Ampuniku, ampuniku yang berdosa
Ku berubah hari ini untuk kamu
Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum
Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum
Ooo… Assalamualaikum dunia
Bangunlah semua
Damailah, damailah manusia
Kita bersaudara
Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum
(Damailah manusia, kita bersaudara)
Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum dunia
Damailah pada kamu semua
4 Fasa Diet Atkins
Assalamualaikum
Semua fasa: Elakkan gula dan karbohidrat yang diproses.
Mulakan dengan induksi, kemudian menambah karbohidrat yang tidak diproses satu jenis pada satu masa sedikit demi sedikit.
Fasa induksi 1:
Berterusan penurunan berat badan fasa 2:
Pra-penyelenggaraan fasa 3:
Fasa penyelenggaraan 4:
October 15, 2015
Giveaway Nurfuzie Dot Com #1
1. Buat satu entry bertajuk " Giveaway Nurfuzie Dot Com #1"
2. Follow dan like semua sponsar dibawah ini dan copy html dan paste di HTML entri korang :
Follow Blog
Nurfuzie , Julia Jamaludin , Lisa Hlovate , Along , MrsYatie , KhalidKyle , Shad , Nona , Farah , Athirah Diyana , Ejulz , Addin , Nik Ainaa , KawaidesuConcept , Emy Amelia , Irrayyan , Sporting Mummy , SayidahNapisah
Follow Instagram
Nurfuzie , Lisa Hlovate , Along , Shad , KhalidKyle , Athirah Diyana , Ejulz , Nik Ainaa , KawaidesuConcept , Nona , Emy Amelia , Marsha farprettybylh
Follow Twitter
Follow @khalidkyle
Follow Google+
Masukkan Dalam Bloglist
Farah , MrsYatie , Addin , Irrayyan , SayidahNapisah
Fanpage
Follow
Cahaya Farah
Irrayan
3. Publish dan letakkan link entri tersebut di komen entri Giveaway Nurfuzie Dot Com #1 sahaja
Tarikh Give away ini bermula 1/10/2015 sehingga 30/10/2015.
October 14, 2015
FUYOOO !!! GIVEAWAY by Mama Darwiish
Syarat-syarat :
1. Blogger yang beralamat di malaysia
2. Wajib mempunyai akaun instagram
3. Follow, Add, Like semua blog, fanpage, G+, instagram penaja
4. Copy Code yang disediakan dan paste di ruang html blog anda
5. Tag minimum 3 rakan anda yang lain dan pastikan mereka tahu
6. Tinggalkan link penyertaan & emel di kotak komen entri ini
Pemilihan pemenang :
1. Kesemua pemenang akan dipilih menggunakan random
2. Penyertaan akan terbatal jika gagal ikut syarat terutama No.2
3. Pemenang akan dihubungi melalui email
Follow Blog :
http://mamadarwiish.blogspot.my/
http://sharingiscaring-fiza.blogspot.my/
http://unclezuan.com/
http://mrspuex.blogspot.my/
http://mekzumbie.blogspot.my/
http://www.hafizhafizol.my/
http://aderakukeysah.blogspot.my/
Follow G+ :
Mama Darwiish
@aiinbaharom
@fizaabdrahman
@unclezuan11
@znooraini
@mek_zumbie
@hafiz_hafizol
@khalidkyle
@gloxina17
@acaciabeautycarehq