October 28, 2015

Aku Ingin Berubah




Nak berubah... tapi...

***

"Allah hanya akan ubah orang yang nak berubah. Orang yang tak nak dan nak tak nak, Allah takkan ubah..."

Orang yang ikhlas nak berubah, dia takkan beralasan. Dia akan sanggup menempuh segala onak duri, kutukan dan cercaan manusia, dan sebagainya. Kerena dia sedar, nak masuk syurga memang kena bersusah payah.

Orang nak exam, akan push diri dia gila-gila untuk skor exam.

Orang nak dapat duit sanggup kerja pagi petang siang malam sebab nak sara hidup.

Mengapa kita tak boleh berkorban untuk Allah?

Punca kita susah nak berubah ialah kita sering bagi alasan untuk berubah. Kerana, orang yang NAK berubah, dia takkan bagi alasan.

Hendak 1000 daya, tak nak 1000 dalih.

Ya Allah, berilah kami kekuatan!

Moga Allah kurniakan kami dan korang kekuatan!

6 Tips Aku Ingin Berubah




6 TIPS "AKU INGIN BERUBAH"

1. Terus BERUBAH bila rasa nak BERUBAH
2. BERHUBUNG dengan Allah dalam SOLAT
3. Tampung ISTIQAMAH dengan ISTIGHFAR
4. FUTUR jangan sampai LUNTUR
5. HIJRAH dari dimensi MAKSIAT
6. UBAT hati dengan TAUBAT

Ibnu Qayyim pernah berkata:
"Sukatlah hatimu dalam tiga waktu. Ketika melihat pengebumian mayat apa yang kau rasa? Ketika membaca Al-Quran apa yang kau rasa? Dan ketika melihat saudara seagamamu dizalimi apa yang kau rasa? Jika engkau langsung tidak berasa apa-apa, maka carilah hati kerana sesungguhnya engkau tidak mempunyai hati."

Jom ambil masa seketika untuk muhasabah balik diri kita. 
Sejauh mana hati kita dekat dengan Allah?
 Atau adakah hati kita telah mati?

Semua manusia mampu berubah. Samada kita hendak ataupun tidak sahaja.

Semoga Allah memberkati niat dan usaha kita untuk berubah InsyaAllah.
Moga Allah ampunkan kita semua dan ganjari syurga

Kenapa Hati Boleh Tenang


Kenapa hati boleh tenang?

Saya ada persoalan untuk kita fikirkan tengah hari ni. Kenapakan, bila manusia stress duduk di kawasan bandar, kita akan cari pemandangan alam kat luar bandar seperti pergi laut, hutan, pulau, panjat gunung dan sebagainya?

Ada yang kata sebab ketenangannya. Tapi, kenapa kita tenang bila pergi ke sana melihat pemandangan alam sekitar? Apa puncanya? Hehe.

Antara faktor utamanya adalah, sebab alam sekitar itu BERZIKIR mengingatii Allah dengan cara mereka sendiri. Mereka berkumpul sekelompok dan berzikir. Dengan zikir kepada Allah, akan jadi tenang.

"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun."
(Surah al Isra 17 : 44)

Hati kita tenang sebab kita hanya menumpang ketenangan mereka saja. Sebab tu hati kita rasa tenang, damai, tenteram dan segala bagai.
Tetapi persoalannya kan.... Sampai bila kita nak tumpang ketenangan mereka? Takkan la selamanya nak duduk laut, nak tinggal atas gunung, nak lepak dalam hutan dan sebagainya. Akhirnya kita kena balik rumah, balik ke bandar dan sebaganinya.
So macam mana nak tenang semula?
Formulanya senang je, dengan berzikir pada Allah juga. Tanya pada diri kita, sehari berapa banyak kali kita istighfar pada Allah? Rasulullah yang maksum takde dosa tu pun, sehari istighfar sampai 70 kali. Ada riwayat lain kata, Rasulullah istighfar sampai 100 kali.
Kenapa kita susah nak istighfar sedangkan Rasulullah pun istighfar? Dah jom istighfar sekarang, jangan baca je. Hehe
Lepas tu, sehari berapa mukasurat kita baca al Quran? Atau seminggu sekali je baca? Bacalah al Quran at least sehari satu muka surat. Bukan lama sangat pun.
Saya tahu, ramai yang tak sempat membaca sebab sibuk kerja. Tapi takkan korang takde waktu rehat langsung? Kerja 8 jam takde rehat? Waktu rehat tu, baca la al Quran walau 1 muka surat.
Kejap lagi nak pukul 1, dah nak rehat. So, nanti rehat bacalah al Quran. Dan jadikan habit korang. Ok? :)

Ketenangan ni selamanya akan dapat dengan ingat Allah. Ingat Allah bukan waktu kita stress, waktu ada problem, waktu ada masalah dan macam2, tapi LEBIH dari tu. Iaitu ingat Allah waktu kita senang, gembira, dapat gaji dan sebagainya. Ingat Allah waktu senang, insyaAllah Allah akan ingat kita waktu kita susah.
ok? :)

Jom istighfar dan baca al Quran sekarang.
-----

#TarbiahSentap
#SharingForUmmah

Apa Usaha Aku Untuk Berubah?


“APA USAHA AKU UNTUK BERUBAH?”

Pertama, saya nak yakinkan korang semua bahawa, semua orang BOLEH berubah. Sejahat mana, seteruk mana, sekejam mana, sejahil mana, dia boleh berubah dengan satu syarat iaitu, dia NAK berubah, bukan NAK TAK NAK.

Saya nak cerita sikit.
1) Saya ada seorang kawan, yang obsess Shah Rukh Khan. Obsess tahap kritikal. Semua movie shah rukh khan dia beli, dia khatam marathon movie, dia dengar semua lagu shah rukh khan, beli poster tampal kat dinding, gambar shah rukh khan dia letak kat dompet, dan juga wallpaper henset. Sampai, dia kata, kalau boleh, dia nak kahwin dengan shah rukh khan. Obsess gila bapak.
TAPI, bila dia dah TAHU benda tu salah dan bila dia di tegur oleh kawan dia, apa dia buat? Adakah dia menolak teguran dan menyalahkan orang yang menegurnya?
TIDAK.
Tapi, bila dia kena tegur, dia terus rasa bersalah, sebab selama ni dia tak tahu benda tu dosa. So, dia balik rumah, menangis teresak-esak, dalam keadaan menangis teresak-esak, badan menggigil, dia PAKSA diri dia untuk pecahkan semua CD shah rukh khan yang dia dah beli, dia koyakkan poster dan gambar, dia campak CD, dia bakar majalah-majalah yang berkaitan dengannya, dalam keadaan menangis teresak-esak dan menggigil!!
Alhamdulillah, dia berjaya tinggalkan ketagihannya pada masalah tersebut. Dan kini, beliau merupakan tokoh wanita yang sangat hebat, bahkan saya sendiri mengkagumi beliau.
Persoalannya, kepada mereka-mereka yang ketagih drama korea jepun, ketagih dan obsess pada artis korea jepun, seperti EXO, big bang, tae yang, super junior, girls generation, juga artis-artis barat seperti Justin Bieber, 1D, Austin mahon dan sebagainya, apakah USAHA korang untuk berubah?

2) Saya ada seorang kawan. Dia ketagih video lucah. Apa yang dia buat untuk berubah? Dia wajibkan diri dia:
“Kalau aku tengok video lucah, aku akan denda diri aku dengan sedekah RM50 dan baca 50 muka surat buku agama…”
Akhirnya, sampai satu tahap, dia dah sedekah ribuan ringgit dan dah baca ribuan muka surat buku agama, sehingga duit dia habis. Dan, akhirnya, dia berjaya tinggalkan ketagihan video lucah tersebut.

***

Apa yang saya nak sampaikan?
Saya cuba nak kita semua tanya diri masing-masing:
“Apakah usaha aku untuk berubah?”
Ya.
Memang sometimes kita dah taubat, tapi kita ulang semula dosa yang sama. Berkali-kali.
Tapi, adakah itu menjadi alasan untuk kita tak teruskan usaha untuk berubah?
Ingat wahai kawan…
Allah takkan putus asa mengampunkan kita.
Syaitan takkan putus asa menyesatkan kita.
Kenapa kita perlu putus asa untuk berubah?
“Kadang-kadang, kita kena PAKSA diri kita untuk berubah. Kadang-kadang….”
Ya Allah, ampunkan dosa kami, berilah kami kekuatan untuk berubah, dan istiqomah dalam perubahan!!”

October 27, 2015

Syukur Alhamdulillah..


Assalamualaikum...

Selamat malam uolls.. mata aku pun sebonar ea tak larat nak bukak dah..tapi gigih nak taip jugak sikit jadila..dah la aku tengah berpanas dalam bilik sebab extension plug satu je boleh guna sebab aku tengah charge phone...

Alhamdulillah semalam selesai temuduga separa perubatan...reslut keluar 30/11 bulan november...ada sebulan lagi..tak tau dapat tak..tapi firasat mak ku tercinta aku lulus...

Dan....

Alhamdulillah... hari ni test jpj..iolls LULUS dengan jayanya....berkat ihsan abang2 jpj la tu kut...dah la giliran no 1.. kena gelak je dengan abang2 jpj tu sebab aku test ni untuk kali yang ketiga...nanti aku cite macam mana aku boleh test jpj sampai 3 kali..ada orang 8 kali beb..1 kali test rm100..8 kali...rm800.. dah boleh buat bayar belajar kete lagi sekali...
mato tak menahan...see u later...

October 25, 2015

Doakan saya tau!


Assalamualaikum uolls...

Ewah macam retis jer cara u bagi salam...anyways happy weekend..Dalam hati ni duk dup dap dup dap...ada 2 ujian besar bakal aku hadapi next week aka esok dan lusa..debor wey...lama tak cakak ganu...

Esok ada interview SPA for latihan separa perubatan..cuba nasib..mana tau ada rezeki..masa kecik cita-cita nak jadi doktor, dapat result spm pulak tak cukup nak futher medic jadi ni la peluang kedua untuk menceburkan diri dalam bidang perubatan..

Lusa pulak test jpj..harap2 lulus, jpj tak garang.. awat aku kalut sangat ni..mau tak kalut test jpj for the 3rd times tau..maduku kalut pun tak kalut macam aku...mau tak yer duk hafal segala benda sampai masa blank space *mcm lagu taylor swift ..

So sebagai #diehardfanslisahlovate *perasan tak aku ..doakan aku berjaya dengan jayanya, lulus dengan jayanya dua dua ujian penting dalam hidup aku ni... tak mau type panjang-panjang dah sebab nak sambung study and prepare mental dan fizikal..

Last, happy weekend and assalamualaikum...

October 23, 2015

Allah Sangat Cintakan Kau!


Kawanku...

Hmm..
Tak tahu nak ulas macamana.
Pernah tak kita rasa tertekan, buat dosa, dah taubat, tapi kita buat balik. Kemudian kita taubat, tapi lepas tu jatuh semula ke maksiat yg sama..
Berulang-ulang, ulang dan ulang..
Orang yang hatinya HIDUP, pasti dia akan merasa sangat sedih, pedih dan amat terseksa kerana terpenjara dengan dosa noda.
Satu je nak pesan.
Jangan putus asa wahai kawan.
Saidina ali pernah bagitahu:
"Orang yang paling untuk ialah orang yang sering di uji dgn dosa, dan dia bertaubat..."
Kawan..
Taubat ni bukan magik.
Bukan taubat sekali, esok terus dapat tinggal maksiat.
Tidak.
Taubat ni realistik. Kena taubat, taubat, taubat dan taubat. Bahkan, kalau rasa tak pernah buat dosa pun kena taubat.
Kerana apa?
Kerana Allah sangat CINTA hambanya yang bertaubat..
Ya wahai kawan..
Allah CINTA KAU kalau KAU bertaubat!
Setiap kali kita sujud, menangis pilu mengenang dosa, insaf dan doa merayu merintih memohon ampun, setiap kali itulah ALLAH SANGAT MENCINTAI KAU wahai kawanku...
Ingat...
"Pintu taubat takkan terbuka dgn sekali ketuk, tetapi, pintu taubat akan terbuka setelah kia ketuk berkali-kali.."
Moga Allah bagi kita hidayah dan kekuuatan untuk kita sering melazimi taubat.
-------
Moga bermanfaat. Share pada kawan2 agar ramai yang bersemangat untuk bertaubat.
#tarbiahsentap

Lena Dalam Mimpi

Assalamualaikum...

Salam jumaat..
Kemalasan melanda dan membanjiri diri ini...kerja menimbun kat office nak siapkan, tapi jasad aku jer kat meja, jiwa aku melayang entah ke mana...selalu careless, cepat lupa...apa kena ni??? Macam dah hilang semangat...nak kata penat, nak cuti, seminggu keje 5 hari, cuti dua hari...nak kata gaji sikit.alhamdulillah masih cukup, baru lepas naik gaji...dah nak masuk 3 tahun aku keje, mungkinkah aku dah bosan keje sini..nak berhenti? Takde keje? Takde duit? Takda siapa la nak biaya kucing2 aku...

Isnin ni ada interview spa untuk latihan perubatan...revision tak buat lagi...apa nak jadi...rasa nak sleep, sleep, sleep....what happen to you???

Satu masa rasa nak berehat dari social media...off fb,ig,....berehat dari blogging..mungkin seminggu dua, sebulan...lari dari semuanya...kembali pada waktu no handphone, no social media....tapi tak boleh...keje kena pakai phone, email, internet....

What happen to me???

October 22, 2015

#WW - Terus Jangan Kona Kona






#RamdomPost #Wordless

10 Sebab Perlu Cuba Microsoft Surface Pro 4





10 Sebab Perlu Cuba Microsoft Surface Pro 4

  1. Paparan 12.3 "PixelSense ™ dengan resolusi  2736 x 1824 (267 PPI) Touch dan  10 point multi-touch, mempunyai kontras yang sangat tinggi dan silau rendah, memberi anda gambaran bersaing kehidupan sebenar. 
  2. Surface Pro 4 adalah lebih kuat dan lebih ringan 
  3. Surface Pro 4 dengan prosesor 6th Generation Intel ® Core ™ m3, i5, dan  i7 bukan sahaja lebih kuat, ia lebih senyap dan berjalan lebih sejuk berbanding sebelum ini. cepat panas.
  4. 5.0 MP front-facing HD camera, 8.0 MP rear-facing autofocus camera, with 1080p HD video recording
  5. Internal memory sehingga 16gb sudah cukup banyak di tambah pula dengan Solid state drive (SSD) options: 128GB, 256GB, 512GB, or 1TB . laptop pun tak banyak macam ni..
  6. Bateri tahan sehingga 9 hours supaya anda boleh bekerja tanpa gangguan. Sekarang anda boleh mengambil Surface anda dengan anda sepanjang hari.
  7. Surface Pro 4 lengkap dengan full suite of Office product.sesuai untuk anda yang bekerja luar tanpa perlu bawa laptop
  8. Surface Pro 4 "Type Cover" (cover casing) yang mana boleh dilihat atau ditanggalkan membolehkan ianya digunakan di mana-mana sahaja. 
  9. Dengan adanya Surface Pen yang sangat mesra pengguna seolah-olah kita sedang menulis di atas kertas
  10. Mempunyai TPM (Trusted Paltform Module) chip for enterprise security. TPM is computer chip (microcontroller) that can securely store artifacts used to authenticate the platform (your PC or laptop). These artifacts can include passwords, certificates, or encryption keys.

Lazada Malaysia

October 19, 2015

10 Sebab Perlu Cuba Diet Atkins


Assalamualaikum..


Diet Atkins. Apa itu diet atkins? diet atkins adalah pelan pemakanan yang berasaskan "low crab" iaitu mengurangkan pengambilan karbohidrat dan gula dalam makanan. Sebab itu diet atkins amat sesuai untuk yang nak kuruskan badan dengan cepat, pantas dan efektif TANPA SEBARANG PRODUK.  Diet atkins ada 4 fasa utama iaitu, fasa induction, fasa ongoing weight loss, fasa pre-maintance dan yang terakhir fasa lifetime maintenance.



10 Sebab Perlu Cuba Diet Atkins

1. Diet Atkins akan membakar seluruh lemak sebagai tenaga utama badan anda
2. Diet Atkins akan membakar lemak dengan pantas (perubahan seawal 3 hari!!!)
3. Tiada kelaparan
4. Tidak menggunakan sebarang produk
5. Diet Atkins membentuk jisim otot
6. Pelan Diet Atkins mempunyai 1001 satu resepi dan sangat menyeronokkan sebab boleh cuba macam - macam resepi
7. Diet Atkins membuatkan anda lebih sihat dan bertenaga
8. Mengurangkan masalah ketagihan gula (gula dan gemuk memang sinonim)
9. Pelan pemakanan atkins membuatkan anda kenyang lebih lama (taklah asyik nak makan jer)
10. Diet Atkins adalah diet yang paling popular di dunia.






Antara Testimoni Diet Atkins







October 16, 2015

Lirik Lagu Assalamualaikum - Faizal Tahir




Assalamualaikum.. semua..

Lirik Lagu Assalamualaikum - Faizal Tahir...hari ni aku nak bawa korang semua menghayati bait-bait lirik lagu Assalamualaikum yang dinyanyikan oleh Faizal Tahir.. sebenarnya kita patut ucapkan terima kasih dan tahniah sebab berjaya hasilkan lagu  yang banyak pengisian disebalik bait-bait lirik dia..




Nana nanananana, nana nanananana
Nana nanananana
Nana nanananana, nana nanananana
Nana nanananana

Apa yang ku lihat ini
Mengapa hanya video bunuh sana sini
Di kaca TV, dalam internet, di FB
Hanya darah dan air mata
Ramai yang hina agamaku
Terasa bakar di jiwaku
Can’t believe there are people like this
Can’t believe we are living like this


Apa kita hanya terima sahaja?

Assalamualaikum dunia, bangunlah semua
Lihatlah pada diri kita, semua serupa
Damailah manusia, kita bersaudara

Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum dunia

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum

Warna kulit, kaum, asal usul
Jangan menilai hanya pada rupa
Adakah matamu mengatasi akalmu
?
Satu untuk semua (satu untuk semua)
Semua untuk satu (semua untuk satu)
I believe we are better than this
We could all be better than this

Apa kita hanya berdiam sahaja?

Assalamualaikum dunia, bangunlah semua
Lihatlah pada diri kita, semua serupa
Damailah manusia, kita bersaudara

Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum

Dengar aku, dengarku selalu bersalah
Selalu terleka dan ku sedari semua
Ampuniku, ampuniku yang berdosa
Ku berubah hari ini untuk kamu

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum

Ooo… Assalamualaikum dunia
Bangunlah semua
Damailah, damailah manusia
Kita bersaudara

Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum dunia

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum
(Damailah manusia, kita bersaudara)

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum dunia
Damailah pada kamu semua




kalau korang semua faham apa yang aku maksudkan.. terima kasih..korang...

4 Fasa Diet Atkins


Assalamualaikum


Umumnya diet atkins mempunyai 4 fasa.

Semua fasa: Elakkan gula dan karbohidrat yang diproses.
Mulakan dengan induksi, kemudian menambah karbohidrat yang tidak diproses satu jenis pada satu masa sedikit demi sedikit.

Fasa induksi 1:
Makan protein, sayur-sayuran asas, lemak; purata 20gram karbohidrat setiap hari.

Berterusan penurunan berat badan fasa 2: 
Tambah kacang, kemudian buah-buahan rendah karbohidrat, maka yogurt keju segar, tomato & Limau nipis, kemudian kekacang; meningkatkan pengambilan karbohidrat dalam 5 dan 10 gram untuk kenaikan sehingga 80gram karbohidrat bersih setiap hari.

Pra-penyelenggaraan fasa 3: 
Tambah buah-buahan yang lain, maka sayur-sayuran yang lebih tinggi karbohidrat, maka bijirin penuh; secara beransur-ansur meningkatkan pengambilan Carb jika masih kehilangan berat badan.

Fasa penyelenggaraan 4: 
Memerhatikan karbohidrat untuk mengekalkan berat badan. Tetapkan nilai pengambilan karbohitrat anda.








October 15, 2015

Giveaway Nurfuzie Dot Com #1


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Give Away yang ditunggu tunggu oleh cik en dan sponsar sponsar cik en akan bermula pada 1/10/2015 sehingga 30/10/2015
Hadiah bernilai lebih dari RM 1000 boleh dimenangi dengan penyertaan 18 sponsar untuk 28 orang peserta yang bertuah. Mungkin anda salah seorangnnya. Jadi apa tunggu lagi, mari mencuba dengan join Giveaway Nurfuzie Dot Com #1 ini dengan syarat yang sangat mudah.
Kalau sertai Insyallah rezeki itu ada, Kalau tidak sertai sudah tentu rezekinya tiada
Ini syarat yang perlu untuk menjadikan rezeki itu jadi kenyataan


1. Buat satu entry bertajuk " Giveaway Nurfuzie Dot Com #1"

2. Follow  dan like semua sponsar dibawah ini  dan copy html dan paste di HTML entri korang :

Follow Blog
Nurfuzie , Julia Jamaludin , Lisa Hlovate , Along , MrsYatie , KhalidKyle , Shad , Nona , Farah , Athirah Diyana , Ejulz , Addin , Nik Ainaa , KawaidesuConcept , Emy Amelia , Irrayyan , Sporting Mummy , SayidahNapisah

Follow Instagram
Nurfuzie , Lisa Hlovate , Along , Shad , KhalidKyle , Athirah Diyana , Ejulz , Nik Ainaa , KawaidesuConcept , Nona , Emy Amelia , Marsha farprettybylh

Follow Twitter


Follow Google+


Masukkan Dalam Bloglist
Farah , MrsYatie , Addin , Irrayyan , SayidahNapisah

Fanpage

Nurfuzie.com
Along Maisuri
Shad
Ejulz
Farprettybylh
Kawaidesu Concept
Sayidah Napisah
Emy Amelia
Carehappytips
Jeragat LESS? Seronok
Follow
Cahaya Farah
Irrayan

3. Publish dan letakkan link entri tersebut di komen entri  Giveaway Nurfuzie Dot Com #1 sahaja

Tarikh Give away ini bermula 1/10/2015 sehingga 30/10/2015.

October 14, 2015

FUYOOO !!! GIVEAWAY by Mama Darwiish




klik banner untuk join

FUYOOO !!! GIVEAWAY 
by Mama Darwiish

Hadiah :

1x Leonovo A560 + 8Gb SD Card 
1x Cartoon Power Bank 8800 mAh 
1x Mini MP3
1x Neesya Serum
1x Cash RM50

Tempoh :

28 Sept 2015 - 28 Okt 2015
Pengumuman Pemenang 31 Okt 2015


Syarat-syarat :

1. Blogger yang beralamat di malaysia
2. Wajib mempunyai akaun instagram
3. Follow, Add, Like semua blog, fanpage, G+, instagram penaja
4. Copy Code yang disediakan dan paste di ruang html blog anda
5. Tag minimum 3 rakan anda yang lain dan pastikan mereka tahu
6. Tinggalkan link penyertaan & emel di kotak komen entri ini


Pemilihan pemenang :

1. Kesemua pemenang akan dipilih menggunakan random
2. Penyertaan akan terbatal jika gagal ikut syarat terutama No.2
3. Pemenang akan dihubungi melalui email


Follow Blog :

http://mamadarwiish.blogspot.my/
http://sharingiscaring-fiza.blogspot.my/
http://unclezuan.com/
http://mrspuex.blogspot.my/
http://mekzumbie.blogspot.my/
http://www.hafizhafizol.my/
http://aderakukeysah.blogspot.my/


Follow G+ : 


Blurrydino


Like Page Penaja :

Mama Darwiish
SuperMom With SuperKids
Blog Uncle Zuan
MrsPuexDotBlogspotDotCom
Gloxina17
Acacia Beauty Care HQ
Qyra Beauty Care


Follow Instagram :

@aiinbaharom
@fizaabdrahman
@unclezuan11
@znooraini
@mek_zumbie
@hafiz_hafizol
@khalidkyle
@gloxina17
@acaciabeautycarehq

October 13, 2015

Air Asia Blogger's Community

Assalamualaikum...



Dear lisa fariza,

We would like to extend our warmest greetings from us at AirAsia Bloggers’ Community (AABC).

At AABC, we are constantly looking for those with achingly good blogging talents be it via illustrations, photos, words or a combination of everything.

We are pleased to invite you to be part of AABC and we would like to get to know you better through this online form.

....................................bla bla bla.. sebahagian daripada ayat terpaksa dipotong..........................








October 11, 2015

Launching my new baby! Lyssa BeautyShoppe



Assalamualaikum.


Dengar sini rakyat-rakyat beta! amboi kekwat bak hang..
ok procede, selain daripada blogging dan juga berkerja office hour kalau korang semua tak tahu..aku juga giat berniaga atas talian.. cakap melayu macam pelik.. omputih kata business online.. selain dari dua business yang kadang-kadang tak menang tangan nak update @farprettybylh dan @cotton_farprettybylh ... aku baru sahaja lancarkan satu lagi cabang business produk kecantikan... Lyssa BeautyShoppe walaupun aku sedar facebook, instagram dan media sosial lain sebenarnya hampir membunuh dunia blog?

kenapa aku cakap macam tu.. nak tulis panjang-panjang dekat facebook pun boleh... nak upload gambar cantik-cantik dekat instagram la of course! nak business? confirm hampir 99.9% dekat facebook dan instagram... sedih.. dalam pada itu, kita harus sedar bahawa entry yang kita post di blog sangat mudah di cari, kekal forever kata kau dan senang sangat nak ada dalam search engine google, yahoo dan lain-lain.. tu salah satu cara kenapa kita masih perlu berbisnes di blog.. meluaskan rangkaian lebih kekal lama..nasib la kau lisa, orang business kau pun sibuk gak nak business.. tak kisah.. sebab berniaga tu kan 9/10 sumber rezeki.. Semoga usaha aku untuk mencantikkan lagi pembaca dan bakal-bakal pembeli produk kecantikkan aku sama cantik macam aku.. sepatutnya aku bold kan CANTIK MACAM LISA HLOVATE.. biar nampak macam over janji yakin.



Jadi, sebagai die hard fan blog lisa hlovate, sudi-sudilah follow beauty blog Lyssa BeautyShoppe dan likes facebook pages .. tak habis edit lagi blog tapi harap-harap senang la nak dapat info dan membantu korang semua... nak cantik kan?


Latest Product
Nature Republic - Soothing & Moisture ALOE VERA 92% Soothing Gel RM 29.00 exclude postage


October 7, 2015

Resepi Rahsia Burger Yang Sedap

Assalamualaikum...


Scroll facebook pagi-pagi, eh-eh, nampak video cara masak burger sedap dan mudah..boleh try ni.. alang-alang share la dengan korang..


video
Kuali
Sebaiknya dari jenis besi yang tebal. Memang harganya mahal sikit, sebab ia lebih bagus kerana haba dari api akan lebih stabil dan menyeluruh. Sebelum masak cuci kuali dulu. Gunakan axion/sunlight atau yang sama waktu dengannya. Kebiasaannya peniaga burger tak basuh kuali dengan betul. Mereka simbah-simbah jer dengan air kemudian gosok dengan scraper. Tak menjaga kebersihan langsung!

Api
Gunakan api kecil. Sebabnya ialah, jangan sesekali masak burger pakai api besar. Nanti daging burger cepat hangus, jadi garing macam keropok dan rasanya tak best. Hanya memasak burger menggunakan api kecil atau sederhana saja.

Marjerin
Sapukan marjerin ke serata kuali. Sapu thin layer saja. Jangan bubuh banyak – membazir. Ini supaya nanti time nak masak kuali tak melekat. Saya syorkan 2 jenis iaitu Planta atau Pelangi. Pelangi (keluaran Felda) lebih murah harganya.

Daging
Sebaikya daging sudah di-defrost-kan (nyahbeku) terlebih dulu agar cepat masak. Tapi jika daging tu masih beku – tak apa. Letak saja di kuali, cuma jangan sesekali gatal tangan besarkan api – inilah penyebab daging burger keras, garing dan hangus. Biar jer daging tu jadi lembut dan masak perlahan-lahan. Tak payah sibuk-sibuk letak marjerin, nanti daging tu akan keluar minyak sendiri.

==============================================================

Ada 3 Teknik

Teknik Menggoreng
Balik-balikkan daging burger time memasak. Tak payah sibuk-sibuk tekan daging tu. Siapa yang ajar? Kalau korang rajin tekan-tekan daging tu, nanti semua jus daging dia hilang. Daging jadi hilang rasa dan keras! Rasa dah jadi tak sedap.

Teknik Ketuk Lubang
Teknik ini sangat bagus, sebabnya ialah selain dari membantu agar daging semuanya masak, ia juga jadi tempat untuk perencah meresap dan terperangkap. Selain itu juga, agar daging tetap tebal dan lembut – terasa apabila digigit dan dikunyah.

Teknik Merempah
Setelah diketuk-ketuk sampai berlubang, sila pastikan daging telah masak kemudian tekan sikit daging tu untuk membuang minyak yang berlebihan. Tekan 2-3 kali jer – jangan over pulak. Lepas tu bubuhlah perencah ikut step
iaitu:
  • Worchestershire Sauce – Lea & Perrins. Jangan letak banyak, ala kadar sahaja.
  • Kicap Perasa – Saya lebih suka brand Maggi.
  • Serbuk Lada Sulah (Optional) – Apa-apa brand pun boleh.
  • Serbuk Lada Hitam (Optional) – Apa-apa brand pun boleh.
  • Serbuk Kari Daging (Optional) – Apa-apa brand pun boleh.
  • Air Bawang Putih – Buat sendiri.

Saya lebih suka guna serbuk lada hitam menggantikan serbuk lada sulah sepenuhnya sebab rasanya lebih best dan mantap serta nampak eksklusif.

Lepas selesai semua perencah, anda balikkan daging sekali, lepas tu tekan sekali jer dan angkat. Letak kat roti yang telah disediakan. Sekali lagi ditekankan, pastikan memasak daging jangan over cook, nanti rasa dia hilang dan keras.

Air Bawang Putih
Ia bertujuan untuk mengelakkan daging jadi over dry. Air bawang putih akan menggantikan jus daging yang sebahagiannya telah hilang waktu proses memasak tadi. Cara buatnya senang jer. Korang kupas bawang putih lepas tu ketuk bagi hancur. Masukkan dalam botol, bubuh air dan goncang! Tak payah bubuh garam tau.

===============================================================

Roti Burger
Lepas belah dua, korang sapu marjerin.
Sapu thin layer saja tapi menyeluruh. Bakar roti di kuali di bahagian isi tengah saja. Bahagian kulit atas dan bawah jangan bakar. Karang berminyak dan lembik pulak. Jangan gatal-
gatal tangan tekan roti tu time membakarnya. Lepas bahagian yang dibakar tu dah jadi perang sikit, korang angkatlah. Sebaiknya letak atas alas berjaring bukan di tempat yangg rata seperti pinggan. Letak kat alas berjaring akan membuatkan hot air circulation pada roti lancar. Roti jadi gebu, garing dan mantap. Jika korang letak kat tempat flat, roti nanti jadi lembik.

Sayur
Lepas roti dah dibakar. Korang bubuhlah sayur. Ni ada beberapa pilihan sayur.
Salad, lettuce, kobis, tomato, bawang kuning / Holland, timun.
Salad, lettuce dan kobis – sebaiknya korang hiris ler. Kobis tu paling bagus kalau dihiris
halus2, baru ler mantap. Tomato juga perlu dihiris. Bawang korang boleh pilih sama ada nak hiris atau potong dadu. Timun lebih baik kalau timun jepun – lebih rangup dan tiada risiko liat dan pahit seperti timun biasa. Saya suka combine lettuce/kobis + bawang potong dadu + timun jepun.

Sos Cili
Sebaiknya gunakan sos cili yang ada brand la seperti Maggi, Kimball etc. Saya lebih suka sos cili jenis ala Thai agar rasanya tidak masam. Jangan pakai sos cili murah, nanti rasa burger tak sedap.

Sos Tomato
Kalau nak gunakan sos tomato, carilah yang rasanya kurang masam. Gunakan sedikit sahaja. Saya tak suka sos tomato.

Sos Lada Hitam
Kalau letak ni pun sedap… tambah sodap. Syaratnya pastikan sos lada hitam tu pedas-pedas manis sikit. Korang boleh adjust sendiri dengan kicap manis cap Kipas Udang + sedikit gula atau madu. Insya’allah sedap.

Mayonis
Mayonis yang paling sesuai ialah brand Ladys Choice. Tapi harganya mahal. Brand murah rasanya agak masam sedikit – masam tak bagus untuk burger citarasa Malaysia ini. Kalau korang nak jimat, korang beli jer mayonis pakai paket jenama murah sikit. Lepas tu korang adjust dengan menambah gula castor atau gula icing barang sesudu dua lepas tu gaul rata.

Keju
Kalau nak letak keju pun boleh, cuma mahal ler sikit.

Telur
Guna telur ayam yer, bukan telur itik atau penyu. Telur ni untuk Benjo sahaja mulanya. Tapi sekarang dah jadi trend burger tambah telur jadi burger special. Ada macam-macam fesyen dan teknik. Ada yang masak pakai acuan (old style), ada yang buat dadar lepas tu lipat dan ada yang buat dadar lepas tu bungkus daging burger.
Bagi saya, jika nak rasa telur tu benar-benar terasa ialah dengan mengunakan teknik acuan. Telur akan utuh dalam bentuk alaminya dan ketebalannya itulah yang menyebabkan rasa telur itu muncul. Kalau dah jadi pembungkus daging, rasa telur tu dah kalah habis oleh rasa daging. So what for letak telur? Ia lebih kepada untuk membuat mata para pelanggan
tertarik aja. Tapi ingat… makan burger pakai mulut, gigi, lidah dan tekak… bukan pakai mata! Tapi selera orang lain-lain. Lantak dia ler.

Madu
Korang juga boleh cuba letak madu pada daging burger. Guna madu murah sahaja seperi brand Tesco etc. Saya dah test, ramai orang suka.

Habis dah pun cerita pasal resepi memasak burger. Ingat, burger yang sedap harus berasa sedikit manis, sedikit pedas dan agak “soggy”/”basah”. Rasa masam akan merosakkan rasa burger.




Selamat mencuba.. ni entry copy paste jer dari fb.. facebook memang sedang membunuh blog kan?

October 5, 2015

Anyone can help me??

Assalamualaikum..





nak minta tolong korang semua, tolong suggest pada lisa public transport dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya? kalau boleh yang paling cepat, best dan selesa... nanti komen kat bawah okay... 


Macam mana nak tegur orang lagi TUA?


Assalamualaikum..


Macam mana nak tegur orang lagi TUA terutama MAK AYAH atau abang kakak kita sendiri? tanpa buat dia tersinggung, terasa hati atau lain-lain

---

1. Dakwah ini penuh SENI.. Ia tak SEMESTINYA korang nak dakwah ni, korang kena tegur secara DIRECT..

kena cakap face to face..
kena bagi "ceramah" pada mereka..
kena bagi "tazkirah" ringkas pada mak ayah..

Tak semestinya..

Dalam Sunnah Rasulullah ada tunjukkan bertapa seninya dan kreatifnya dakwah ni..

Rasulullah berdakwah dengan cara bagi makan pada Yahudi buta..
Rasulullah berdakwah dengan cara tegur direct pada sahabat..
Rasulullah berdakwah dengan cara hantar surat utusan kepada raja-raja sekeliling Mekah seperti Kaisar, Rom, Yaman, dan lain2..

Bahkan Rasulullah dan sahabat berdakwah dengan cara PERANG dengan SENJATA hingga runtuhnya empayar Byzantine, empayar Parsi, dan sebagainya..

Dakwah ni seni..

Cuma korang kena guna 'otak' sikit untuk kreatifkan cara dakwah DENGAN SYARAT mesti ikut SYARAK dan PRINSIP ISLAM !

Janganlah korang nak dakwah pada orang hisap rokok, korang join merokok sekali.. Atau korang nak berdakwah pada perempuan, tapi couple dengan perempuan tu dengan alasan nak dakwah pada dia..
Tu bengong namanya..



2. Dalam kes hari ni, terutama nak dakwah pada orang yang lebih tua, terutama ibu bapa, kena ada SKILL..

saya ulang balik, kena ada SKILL..
ELAKKAN untuk tegur DIRECT..
Contoh kalau mak kita tak pakai tudung, ELAKKAN untuk tegur direct dengan kata, "mak, pakai tudung la.. aurat tu.."

Sebab apa?

Sebab biasanya orang lebih tua dari kita ni ada EGO nya tersendiri.. Jadi kita kena pandai "main", kalau tak kita kena sembur dengan kata-kata,

"Jangan pandai mengajar orang tua la.. aku lagi banyak makan garam dari kau.."



3. Macam mana SKILL nak tegur mak ayah?

(1) Tegur dalam bentuk BERKONGSI CERITA.. Biasanya perempuan ada kelebihan untuk skill ni.. 
Contohnya ;
korang baru balik rumah.. Korang borak-borak dengan mak korang.. Sampailah korang mula 'masuk jarum'.. Macam mana?
Korang cakap la begini (ini contoh je, tak semestinya kena tiru),"Mak.. tadi kat sekolah ustazah kat kena pakai tudung.. Cuba mak pakai tudung.. mesti nampak comey punya.. serius mak.. pakai la.."
Ini contoh je.. korang boleh buat yang lebih baik sebab korang lebih MEMAHAMI situasi korang sendiri..
saya bagi panduan umum je..


(2) Tegur dalam bentuk BERGURAU tapi bukan SINDIR atau PERLI.. 
Yang ni susah sikit, sebab kebiasaannya orang akan ingat kita menyindir.. Tapi korang usahalah jaga NADA korang supaya tak bunyi menyindir..
          Contohnya :

"Ayah, saya rasa ayah mesti lagi kuat kalau tak merokok.. takpun ayah mesti lagi super hensem punya.."
Kalau super hensem tu macam sindir pula.. tapi ikut korang la, sebab korang lebih memahami situasi korang..

(3) Tegur dalam bentuk BARANGAN atau HADIAH.. 
Yang ni biasa sesuai buat masa hari jadi, anniversary, atau hari2 yang special untuk parents korang...
Contohnya korang bagi hadiah al Quran sambil SELITKAN NOTA kat Quran tu.. korang tulis la, 
"Semoga Ayah baca quran ni selalu ya.. Saya nak juga pahala mengalir daripada bacaan ayah.."
          ataupun korang bagi hadiah tudung labuh pada mak atau akak korang..dan korang SELITKAN           NOTA kata situ, contohnya korang tulis,
"Semoga setiap kali mak atau kakak pakai tudung ni, ada pahala untuk kita semua dan jadi sebab kita semua masuk Syurga.. teringin nak kumpul sama-sama dalam Syurga..."
atau apa2 jua lah yang korang rasa sesuai..

(4) Tegur dalam bentuk SURAT. 

Yang ni nampak macam zaman dulu kala.. tapi okay je kalau korang nak praktikkan..
Korang tulis lah surat hantar ke kampung.. Tapi janganlah obvious sangat..
Maksudnya, surat pertama dan kedua sekadar tanya khabar dan sebagainya.. dah masuk surat ketiga barulah buat teguran sikit..
atau kalau mak ayah korang ni jenis ada facebook, korang share lah something kat wall korang.. dengan harapan mereka baca..

(5) Tegur guna ORANG KETIGA.. 

Yang ni korang kena minta tolong makcik atau pakcik korang yang lebih baik sikit untuk tegurkan..
atau minta sesiapa yang mak ayah korang respek untuk tegur mereka..
Biasanya mereka akan dengar cakap atau pandangan orang yang mereka lagi hormat..


4. Saya rasa 5 pandangan saya ni pun dah cukup untuk korang practicekan..

atau korang ada idea baru yang lebih segar dan power, boleh sharekan kat ruangan komen..

DAN PALING PENTING SEKALI..

korang usaha macam mana pun, kalau takde DOA tak guna juga.. Sebab Allah lah yang kawal hati-hati manusia..

Doa SUNGGUH2.. menangis2..

seperti mana korang boleh doa dan solat istikharah nak dapatkan jodoh sampai menangis2, khusyuk, sampai termimpi2..

kenapa tak korang doa untuk mak ayah korang sampai nangis2, khusyuk dan termimpi2 mak ayah korang dapat hidayah?

wallahu'alam


Ikhlas,
Tarbiah sentap untuk korang semua!


#TarbiahSentap
#SharingforUmmah

Macam mana kita nak tegur....



Assalamualaikum..


Macam mana kita nak tegur atau nasihat seseorang TANPA kita buat dia terasa hati, tersinggung, atau lain2? sebagai mana kita tahu, kita yang menegur ni kadang rasa takut  nak tegur lagi lagi kawan kita.. percayalah umat sudah nazak..

---

1. Rumah korang pernah blackout tak? Atau kalau orang Johor cakap "takde karen"?

Masa korang lama bergelap tu, tiba2 lampu hidup.. Apa berlaku? Mesti mata korang SAKIT kan?
Tapi lama-lama korang akan rasa okay..bahkan korang rasa GEMBIRA sebab ada orang hidupkan lampu..Macam tu juga nasihat dan peringatan.. Ia ibarat cahaya atau lampu..Orang yang kita nak tegur tu memang dalam kegelapan pun.. Kalau kita bagi dia cahaya tiba2, memang dia akan sakit untuk MULA-MULA..Dia akan terasa hati, tersinggung, etc.. Walaupun korang dah sampaikan dengan nada paling halus dan merdu bak buluh perindu..Mereka akan tetap terasa hati.. Sebab mereka dalam gelap..tapi lama-lama....percayalah dia akan HARGAI korang sungguh2.. Betul..


2. Lagi satu, letak dalam mindset..

Kita nak tegur dan nasihat orang ni, JANGAN terlalu fikir dia akan kecik hati la, terasa hati la, apa la..nanti akhirnya korang pun tak nasihat dan tak tegur dia sampai masing2 mati..
DAN......
korang bayangkan...
Baru je korang nak melangkah masuk Syurga... Tiba-tiba kawan korang yang dulu masa kat dunia korang baru nak tegur tapi tak jadi sebab nak jaga hati mereka,
mereka tuntut pada Allah..
Mereka kata,
"ya Allah.. kat dunia James Bond tak pernah tegur aku untuk solat lima waktu.. Dia solat sendiri je..ya Allah.. kat dunia Joyah tak pernah tegur aku untuk tutup aurat.. dia pakai tudung labuh dan purdah sendiri-sendiri je..ya Allah.. kat dunia Jeman langsung tak nak ingatkan aku pasal solat, zikir semua tu.. WALAUPUN dia adik beradik KANDUNG aku ya Allah.. "

Masa tu korang nak jawab apa pada Allah?

Korang nak cakap yang korang nak jaga hati mereka ni depan Allah?
Hmm...so macam mana nak tegur? salah satunya adalah..

Share, Copy entry di ni di facebook, email, whatsapp..




#Tarbiah Sentap
#ShareForUmmah

October 2, 2015

Umat Sudah Nazak..

Assalamualaikum..


Baru-baru ini saya bagi ceramah di sebuah sekolah menengah. Antara point yang saya sebut pada pelajar ialah:


"Masalah ramai lelaki pada hari ini ialah video lucah. Manakala masalah wanita hari ini ialah artis lelaki hensem terutama dari korea dan barat..."


Setelah selesai ceramah, guru di sekolah tersebut jumpa saya dan berkata:
"Ustaz Adnin, apa yang ustaz cakap tu betul. Kat sekolah ni, banyak kes. Ada sekumpulan pelajar lelaki yang menggunkan makmal komputer untuk tengok video lucah beramai-ramai, dan henset pelajar perempuan juga penuh dengan drama korea di history nya...."


Saya diamkan diri. kemudian, guru tersebut sambung:
"Tapi ustaz Adnin, kalau ustaz nak tahu, zaman sekarang, bukan lelaki je yang terjebak dengan video lucah. Perempuan pun ramai. Saya pernah buat bancian pada anak-anak murid sekolah, yang mana, 60% dari pelajar perempuan telah mengaku bahawa mereka pernah tengok video lucah, bahkan selalu...."


Bila saya dengar tu, saya tundukkan muka, sedih, pilu, pedih hati bila dengar....


"UMAT SEDANG TENAT DAN NAZAK".


Itulah yang saya ungkapkan pada guru tersebut.
"Ya Allah, jadikanlah tarbiah sentap ini wasilah yang baik untuk kami sampaikan tarbiah pada maysrakat di universit dan sekolah, agar mereka yang lalai di buai mimpi, kembali bangkit menjadi singa..."




- Tarbiah Sentap -







#SharingforUmmah
#TarbiahSentap

October 1, 2015

Are you the real Hlovate?



You are not the real Hlovate, right?
Posted by Aiman Harith on Wednesday, 29 April 2015