January 13, 2013

Food Journal : Chicken Black Pepper

assalamualaikum....

hari ni aku nak share satu resepi baru aku.. Chicken Black Pepper.. imma delicious rite??


homemade chicken black pepper by me!!!  (resepi in BM ok..sorry)


1/2 ekor ayam (dipotong kecil)
serbuk kunyit dan garam untuk mengoreng ayam
1 biji bawang besar (tumbuk)
3 biji bawang putih (tumbuk) - boleh lebihkan, ikut selera masing-masing
1 inci halia (tumbuk)
3 sudu cili giling - boleh kurangkan kalau tak suka pedas
2 biji cili merah dan hijau
1 batang kayu manis
2 biji bunga lawang
1 s/b jintan manis (tumbuk)
1 s/b lada hitam (tumbuk)
kicap manis
gula dan garam secukup rasa
air secukupnya
minyak masak 


Mula-mula goreng ayam sampai masak dan garing. Selepas itu ketepikan. Masukkan bahan yang telah ditumbuk (bawang besar,bawang putih dan halia). Tumis sampai naik bau, masukkan jintam manis dan lada hitam yang telah ditumbuk. setelah sebati masukkan pula cili giling... gaul rata dan masukkan kicap... selepas itu masukkan sedikit air.. biarkan sampai mereneh.. tambahkan gula dan garam secukupnya.. kacau rata.. kalau kuah nampak pekat tambahkan sedikit air.. selepas itu masukkan ayam yang sudah digoreng tadi...
ok siap!!

ni la menu pantas dan ringkas aku.. boleh lebihkan black pepper kalau nak rase limpahan dia yang macam chicken prosperity McD..




now enjoy your food. don't forget a bismillah and eating du'a..


January 2, 2013

buku baru hidup baru!!!

Assalamualaikum....
kosong je? hari tu kosong? semalam kosong? hahaha.. nampak sangat aku malas nak update kan.. so far banyak sangat cerita yang aku nak share... tapi kalau nak tulis mau terseliuh jari aku nak menulis... parapppa.. i'm lovin it!! eh ape aku merepek nie??? ntah ape-ape la kau ni is...

where have you been?? long time not see la kakak... sekarang ni aku tengah LI a.k.a berkerja tanpa gaji selama tiga bulan di salah satu pusat kerajaan... eh? hahahaa.. aku sekarang tengah praktikal kat FRI Gelang Patah... hah?? yup... dah dekat sebulan lebih kat sini.. nak dekat dengan rumah konon... 2 jam lebih jugak la nak sampai.. kalau bawak kereta tu tahap 60 km/jam... ingat dapat lah aku balik rumah tiap-tiap weekend... macam yani selalu buat... balik rumah tiap-tiap minggu tak pernah miss!!! namun apa kan daya.. weekend pun busy... mini project baru nak run.. bangun pagi, pergi kerja, balik rumah, pergi kerja, pergi kerja balik, balik, tidur.. tu je la hari-hari... sampai dah sebulan pun tak perasan... eh? dah sebulan aku kat sini la...





memandangkan kerja aku kat sini under makmal kualiti air... ok, kena recap balik lecture Dr. Hii... hari-hari kena pergi sampling... pagi dan petang.. tapi jangan risau cukup 3 bulan aku kat sini boleh tengok muka siapa paling berbelang.. kaki siapa paling lawa.. pagi-pagi before pergi kerja siap-siap pakai losyen... masuk lab basah jugak tangan tu... tapi memang patut pun... masuk sini semua penyakit datang... masa mula-mula datang sini batuk tak hilang-hilang... lama.. adalah nak dekat sebulan... memang amatlah tak selesa.... terbatuk sana terbatuk sini... sedih rasa.... sekarang ni tengah naik gatal kaki gatal tangan.. mungkin sebab main air masa sampling kut.. lepas ni kena siap-siap beli dettol... basuh kaki tangan dengan dettol... biar kuman tu semua lari jauh... nyah kau dari sini...




doktor datang check air (sampling)



sampling


check lagi....



kami sedang busy... sila jangan ganggu!!




see betape serius aku buat keje.. mulut muncung.. tudung tak sempat nak betulkan.. merajuk sebenarnya..




kena tinggal... ni semua sebab abah dengan yani..


so far setiap pelajar LI ada mini projek diorang... kalau aku bawah department kualiti air... aku kena buat kajian a.k.a. research tentang kajian bahan buatan sangkar.. nampak susah... hahaha... susah la jugak... nak cari maklumat bagai...  rasa macamm student master pulak kan.... tak pun FYP...  tapi takpe dapat penyelia perempuan.. best.. kadang-kadang kelakar... comel pulak tu... macam kakak-kakak aku kadang-kadang... oleh kerana aku ni kecik... dan kadang-kadang penakut... bila jumpa dia nak minta sain buku log rasa macam nak pergi jumpa cikgu... nampak tak??? betapa aku rindu zaman sekolah... kelakar-kelakar....
sekarang ni aku tolong mai dengan yani buat projek rumpai laut diorang...  lepas ni memang akan jadi atlet marathon sebab berlari ke sana ke sini nak sampling... pergi check parameter air... mana nak pergi kolam... mana nak tengok rumpai... tambah air dia... analisis dalam makmal lagi... tambah projek aku lagi... hari tu ade 18 tangki akuarium... ni dah tambah lagi 6 tangki akuarium... mau terbeliak biji mata ni... takpe takpe yang penting  knowledge...  kena saiko dengan mr selvam dah  bagus... 


by the way dah tahun baru 2013...azam baru?? nak poket tebal-tebal... nak ambil lesen kereta.. sebab baru  lepas kena puji dengan mak sebab tunjuk jalan kat highway masa balik hari tu.. then sambung degree.. yeay!!! tu yang paling best sebab dah dapat green light....



pic credit to : abah a.k.a. mohd nur