June 30, 2014

Resepi Mee Rebus Johor



Assalamualaikum uolls.. Salam Ramadhan Al Mubaraq..

Hari ni hari kedua kita berpuasa, so aku nak share satu resepi makanan wajib korang cuba bila datang negeri Johor kesayanganku <3 . Harus bangga sebab hari ni 30 JUN 2014 adalah birthday TMJ.. hahahaha...




MEE REBUS JOHOR DARUL TAKZIM (JDT)
(biar org kate aku syok sendiri. I'm Johorian Blogger)

Resepi ni bukannya asal dari aku. tapi aku share dari blog masak-masak yang aku paling suka. Blog Azlita Masam Manis.

Rujukan : Iza Akma Azlita Masam Manis

300 gm daging kisar atau udang segar ~ ita guna daging batang pinang dan hiris nipis
1/2 cawan udang kering ~ disangai dan kisar halus
5 sudu makan cili kisar ~ boleh tambah jika suka pedas
2 sudu makan rempah kari
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 kiub pati daging
250 gm keledek oren ~ direbus dan di lenyek
1/2 air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
1/2 buku gula Melaka ~ ita tambah
air secukupnya
minyak untuk menumis

2 batang serai ~ dititik
8 kuntum bunga lawang

Bahan Kisar
3 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inc halia
3/4 inc lengkuas
1 biji buah keras
Sedikit air

Penyediannya
  1. Mula-mula kita rebus keledek hingga empuk. Kemudian keledek itu dilenyek ~ ketepikan 
  2. Panaskan minyak dalam periuk
  3. Masukkan bunga lawang dan serai yang dititik.
  4. Apabila naik harum masukkan bahan kisar dan tumis
  5. Masukkan cili kisar dan terus menumis hingga garing dan berbau harum
  6. Kemudian masukkan udang kering yang telah dikisar halus dan tumis semula hingga sebati.
  7. Masukkan daging, kacau sebentar hingga daging hampir empuk ~ tambah air jika kuah terlalu kering.
  8. Selepas itu masukkan rempah kari dan serbuk ketumbar kacau rata.
  9. Masukkan air secukupnya ~ kuantiti air bergantung kepada kepekatan kuah
  10. Bila kuah dah mendidih masukkan kiub daging dan biarkan mendidih semula.
  11. Akhir sekali masukkan keledek yang telah dilenyek, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa
  12. Didihkan semula kuah seningga kuah sedikit pekat
  13. Setelah serasi rasanya boleh lah dihidangkan.
Mee rebus kebiasannya di makan bersama
  • Mee kuning ~ yang dicelur
  • Taugeh ~ juga dicelur
  • Tauhu digoreng dan dipotong dadu
  • Telur rebus
  • Limau kasturi
  • Daun sup dan daun bawang yang dihiris halus
  • Cili merah dan cili hijau yang dihiris halus
  • Bawang goreng
  • Dan tepung goreng rangup




Selamat mencuba ^_^
Nak balik rumah masak.. bye2.


June 12, 2014

Terbang Tunduk by Fynn Jamal

Assalamualaikum..







Korang sure kenal Fynn Jamal kan.. Aku pernah cerita pasal kokping kat blog aku kat sini #lullaby Arjuna Beta by Fynn Jamal

Ni aku share satu lagi karya beliau Terbang Tunduk . Lagu ni dibuat khas untuk Kapten Dato' Halim Othman yang mewakili Malaysia bagi Krissakti (TeamHalim88) ke Redbull Air Race..




KRISAKTI Team
RedBullAirRace



Terbang Tunduk by Fynn Jamal

Bertahanlah, wahai raksa, jangan kau terhenti
Berpautlah, wahai nyawa, ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi

Jauhnya kau terbang
Siapa sangka?
Getir yang menghalang tak besar mana

Payah payah semalam
Moga mudah selama

Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak-henyak
Biar di belakangmu

Jangan dikenang
Moga dibuang dendam dan sayu

Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati.

Lirik : Fynn Jamal
Komposer : Fynn Jamal, Tri Hadzir, Ag Coco
Terbitan : Kamar Seni Enterprise

'Kata-kata Fynn Jamal'

So we wont forget
Apa jua kebesaran dan kemegahan yang kita dapatkan buka pelepasan untuk kita membesar dan memegah. Moga tak lupa asal usul kita.
Support our team.
#TeamHalim88
#RedbullAirFrance
#MyAirRace

www.facebook.com/halimothmanmy

Kalau korang nak tau Majalah 3, TV3 ada menyiarkan segmen khas pada 9 Jun 2014 yang lalu mengenai Dato' Halim Othman ni dan lagu Terbang Tunduk ni.. Memandangkan Fynn Jamal ni duduk kat Kazashtan (betul x ek eja?) so diorang bekerja menggunakan media sosial skype dan whatapps je.. Kagum aku sekejap... kalau nak tengok ulangannya boleh tengok dekat www.tonton.com.my


wasalam.. sari berita terkini . +___+
Belanja sikit gambar juna.










Juna comel <3