November 12, 2015

Nasi Lemak 60 Sen


Assalamualaikum...

Nasi Lemak 60 Sen | Apa boleh harapkan dalam sebungkus nasi lemak 60 sen.. bukan senang nak jumpa nasi lemak berharga bawah seringgit..Masa zaman sekolah saya sekitar tahun 2000 sehingga 2009 pun sudah tiada nasi lemak berharga RM1.00 yang sedap.. Saya memang seorang pengemar nasi lemak.. Sewaktu saya berkampung di hospital tahun lepas, ada satu nasi lemak yang agak sedap. orang panggil nasi lemak 50 sen sebab saiznya yang sebesar tapak tangan saya.. Tapak tangan saya bukanlah besar mana.. macam student sekolah rendah sahaja.. hehehehe.. tapi harga sebenarnya RM1.50.. agak mahal untuk saya bagi nasi lemak sebesar itu...




ini adalah Nasi Lemak 60 Sen yang saya gempar gempurkan tadi.

Apa yang ada dalam nasi lemak 60 sen ini.. Nasi Lemak, Sambal Tumis dan pemetik gitar aka telur dadar. Nasi yang sedap, cukuplah untuk alas perut sampai ke tengah hari.. kalau rasa tak cukup tambah lagi sebungkus.. 60 sen sahaja...berbaloi dengan harga dan rasanya...Lokasi di depan pejabat tempat saya kerja.. di Taman Sri Mewah, Senggarang.. yang dari batu pahat atau rengit memang jauh.. untuk penduduk sekitar sini.. mungkin gerai tu agak kurang dikenali.. agaknya ramai yang tak tahu kewujudan nasi lemak 60 tu kut....

4 comments:

  1. murah juga ya . ingat sekarang dah rm2 - rm3 dah semua.. mahalll

    http://hostingmalaya.com

    ReplyDelete
  2. huh ! kat area peserai pun paling murah rm1 .. mana ada lagi dah bawah rm1. hai ! salam kenal ^.^

    ReplyDelete
  3. Sega Saturn and Saturn - Titanium Art
    Sega Saturn and Saturn. titanium network surf freely Sega Saturn and Saturn. 2020 edge titanium Sega Saturn and Saturn. Sega Saturn and titanium easy flux 125 amp welder Saturn. Sega Saturn and Saturn. Sega Saturn and Saturn. Sega dei titanium exhaust wrap Saturn and Saturn. Sega Saturn and Saturn. Sega ceramic vs titanium curling iron Saturn and Saturn.

    ReplyDelete