December 30, 2015

Pengakhiran yang bermakna buat tahun 2015

Assalamualaikum..

(entry kali ni mungkin panjang sikit.harap tabahkan hati untuk habis baca)

Kurang dari 26 jam lagi kita akan menginjak ke tahun baru 2016..terlalu banyak kenangan dan perkara yang berlaku dalam tahun ni. Seperti yang korang tahu tahun lepas keluarga aku diuji dengan mak aku kemalangan jalan raya. Alhamdulillah keadaan beliau semakin pulih. Walaupun aku terpaksa korbankan hari kerja aku selama sebulan lebih, tak termasuk kerja lompong-lompong (half day) sebab jaga mak dekat hospital. Yang mana tempat yang banyak mengajar aku erti kesabaran, ketabahan dan kasih sayang. Di kala waktu adik aku masih kat asrama waktu tu (kmns) dan lagi sorang tengah praktikal dekat JB. Ayah aku pulak tak berapa sihat. Cekalkan hati jer waktu. Kadang-kadang aku berfikir kenapa berat betul kami diuji. Mungkin ada hikmahnya.

                Dalam pada mak kemalangan tu, kebetulan bos tempat aku kerja tu pergi umrah. Kat office pulak kebanyakannya hanya aku yang tahu. Kelam kabut sikit la kerja kat office. Nanti kejap-kejap isteri bos (kak ima aka bos no2) call. Kejap-kejap anak dia (shasha) call aka pembantu aku tak  rasmi.. hahahahaha. Tapi merekalah yang banyak tolong aku masa mak eksiden, tolong hantar aku balik rumah kalau ayah takda. Macam-macam. Ibarat yer kami dah macam satu family yang rapat.

                Tahun 2015 juga tahun yang bermakna bagi aku kerana azam aku dah tercapai iaitu nak dapatkan lessen memandu. Walaupun drama lesen memandu dari tahun 2013 lagi tapi akhirnya lulus jugak dengan 3 kali test. Hebat betul, sampai jpj pun dapat cam. Dia kasi chance aku lulus kut hari tu. Cuma aku tak dapat kelepasan dari ayah lagi sebab aku tak mahir bawak kat jalan yang berbukit-bukit. Malangnya jalan ke Bandar adalah jalan yang penuh dengan bukit, turun naik turun naik, selekoh kiri kanan. Teringat pulak aku jalan nak pergi KMNS, jalan bukit putus. Sudahlah bukit, lori banyak, seriau kau! Tak tau la bila aku akan bawak kereta sendiri agaknya


                Tahun ini jugak aku dapat tawaran menghadiri temuduga latihan separa perubatan selepas aku lulus ujian online. Tawakal je la dapat ke tak. Yang penting pengalaman. Lagipun ni dah kali ketiga aku pergi temuduga kerja kerajaan. Yang dua tu untuk jawatan yang sesuai dengan kelayakan aku. Kenapa aku pilih bidang lain? Aku fikir umur aku pun makin meningkat. Temuduga pun asyik tak dapat, mungkin aku perlu cuba bidang lain. Lagi pun tak semestinya belajar tu, kerja pun sama. Aku pun pilih 5 jawatan (MA, farmasi, xray, terapi cara kerja dan jururawat. Sebulan selepas tu result pun keluar. Kau rasa apa?

Tahniah! Anda Berjaya dalam temuduga. Lapor diri 4 January 2015. Scroll ke bawah 5 jawatan tu. Tengok bawah sekali latihan jururawat.

Maigodd. Alhamdulillah, ni mesti sebab aku cerita aku jaga mak kat hospital, sepupu aku jururawat (lebih 5 orang kut) lama jugak nak tahu result dapat posting kursus kat mana. Tup tup keluar dekat KOLEJ KEJURURAWATAN KUALA PILAH. Ok kuala pilah, dah pernah pergi sebab linda dulu study kat kmns. Nak kena lalu bukit putus lagi ni. Dan kebetulan kawan baik kak long (bff aku) study situ gak dan baru teringat rahmat member baik masa kat umt pun tunggu posting, dia bakal MA study dekat kolej perubatan seremban. Kecik je pusing-pusing.

*uniform kerja aku suatu hari nanti

                Itulah sedikit sebanyak coretan untuk tahun 2015, permulaan yang diuji dengan ujian yang berat dan di akhiri dengan kegembiraan buat kami sekeluarga. Aku melangkah ke sector kerajaan. Yang mak ayah aku idam idamkan. Insyaallah satu hari nanti aku dapat membatu keluarga pula. Teringat buku profil murid masa sekolah rendah. Cita-cita apa? Aku tulis doctor sebab aku minat sains, guru dengan pensyarah. Sekali dapat tawaran jururawat. Dunia perubatan jugak. Nak jadi doctor spm resultku tak lepas..hehehe..

Akhir kata, harap dengan bermulanya tahun baru marilah kita buka buku baru. Hidup baru dengan azam baru. Doakan aku dapat jadi student yang berjaya dengan cemerlang di sana nanti dan insyaallah jadi seorang jururawat yang dapat berkhidmat pada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan Negara.. Doakan tau! Terima kasih kepada korang yang baca blog picisan aku ni. Baru tukar template baru ni, nafas baru untuk blog LISA HLOVATE ( dah banyak kali orang tanya aku hlovate ke? SAYA BUKAN HLOVATE, SAYA LISA, hlovate tu nickname sahaja) *kena cari nama lain kut.


Jangan lupa doakan aku tau!

6 comments:

  1. Tahniah Lisa...berkat kesabaran menjaga ibu di hospital Allah hadiahkan jawatan jururawat.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah tahniah lisa :)

    Kuala Pilah?
    Boleh la dating pasni kui3~

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah..cik kumbang pun duk pilah jugak..best la pahni..boleh dating..

      Delete
  3. selamat hari jururawat sedunia., hehe2

    ReplyDelete
  4. Unwanted obstructions in connecting with the server in Gdax Support
    Are you confronting errors while connecting with the server in Gdax? To solve your this query, you can trust reliable professionals who have the ability to fix every query or doubt in no time with accuracy. The experts will assist every step in the plain manner so that you can memorize it. You have to dial Dial Gdax Support Number 1-888-764-0492 and discuss your query with them. They are ready to assist you irrespective of time.
    For more info: https://www.cryptophonesupport.com/wallet/gdax/

    ReplyDelete
  5. POKERVVIP Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia ^^
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat :)
    Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino

    Agen Poker online
    Agen Poker Pkv
    Agen Poker Online
    Bandar Poker PKv
    Poker online
    Agen Poker Online Terpercaya
    Situs Judi Poker Online Indonesia
    Bandar Poker
    poker online
    Agen Poker Online Terpercaya

    ReplyDelete