February 26, 2014

Petua mudah penjagaan kulit wajah

Assalamualaikum.....

Hai korang! 

Permpuan memang sinonim dengan penjagaan kulit muka kan.. lelaki pun apa kurangnya... Tambahan lagi sekarang lambakan produk kecantikan di pasaran.. terpeulang kepada kita mahu pilih yang mana satu.. tapi haruslah sesuai dengan kulit kita... Bagi aku, aku suka guna petua-petua semula jadi.. sebab lebih selamat la..cuma bahan semula jadi tu mungkin susah nak dapat then memakan masa yang lama untuk dapatkan kesannya.. Ni aku nak share sikit petua yang aku kumpul-kumpul..


Petua Menghapuskan Jerawat


Untuk membersihkan muka dan menghapuskan jerawat, sila amalkan salah satu petua ini:-

1. Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
2. Setelah muka dibersihkan, tutup muka dengan kain tuala yang lembab. Dekatkan muka ke wap nasi atau air panas selama lima minit. Ulangi beberapa minit. Kemudian pakai penyegar muka.
3. Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari hingga jerawat berkurangan.
4. Jika jerawat masih sukar hilang, rebus beberapa helai daun teh warna hijau. Ketika suam, lekatkan pada jerawat dan biarkan sehingga ianya kering.
5. Tumbuk segenggam bunga melur bersama sedikit air hingga lumat. Sapukan ke muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air kelapa muda.
6. Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering, cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
7. Rendam segenggam beras hingga kembang. Toskan airnya. Tumbuk beras ini bersama segenggam biji betik muda hingga lumat. Campurkan dengan sedikit air. Gentelkan kecil-kecil dan jemur hingga kering. Apabila hendak memakainya, bancuh dengan air dan tempelkan di muka.
8. Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan besak sejuk. Tempelkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.

Petua Menghilangkan Bintik Hitam

1. Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan dua kali seminggu.
2. Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan muka dengan menggunakan air suam.
3. Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Kemudian goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali seminggu.

Petua Tegangkan Kulit Muka

1. Tumbuk beberapa helai daun jambu batu hingga lumat. Bancuh dengan air suam. Apabila sejuk, sapu pada muka. Lakukan setiap malam.
2. Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhkan bersama sedikit air kemudian sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.

Petua Menghilangkan Parut di Muka

Jerawat yang sudah kering akan meninggalkan parut di muka. Ada beberapa cara unuk menghilangkannya.

1. Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air.
2. Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.
3. Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
4. Rendam beberapahelai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
5. Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

Petua Kulit Muka Lembut dan Cerah

1. Parutkan seketul ubi kayu dan tempelkan pada muka. Biarkan hingga kering. Selepas itu cuci muka dengan air suam. Amalkan pada setiap malam.
2. Campurkan parutan lobak merah, kuning telur, sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan air bersih tanpa sebarang pembersih muka.
3. Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 30 minit. Setelah itu, cuci dengan air biasa. Lakukan tiga kali seminggu.
4. Kisar kulit telur hingga halus. Campurkan dengan air suam dan bedak sejuk. Sapukan campuran tadi pada muka. Urutkan kulit muka perlahan-lahan. Biarkan hingga bedak kering. Kemudian basuh dengan air suam.
5. Parut sebiji kentang. Perah airnya. Sapukan pada muka. Apabila separuh kering, cuci muka dengan air.
6. Kisar lima kuntum bunga cempaka dan lima kuntum bunga melur hingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada muka pada setiap malam.
7. Campurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka seperti memakai bedak sejuk. Lakukan setiap hari.

Hilangkan Parut Demam Campak

1. Demam campak biasanya meninggalkan tanda hitam. Untuk menghilangkannya, cubalah petua ini :-
* Gilingkan beberapa helai daun semambu hingga lumat.
* Sapukan di tempat berparut dan biarkan kering. Ulangi selama tiga hari.
2. Daun semambu juga boleh direbus untuk diminum airnya. Tujuannya untuk menghilangkan rasa gatal pada bekas demam campak.
3. Parut sebiji jagung muda hingga lumat. Sapukan pada bekas demam campak. Lakukan selama beberapa hari.

Petua Melicinkan Kulit Muka

Jika anda memiliki wajah yang kasar, jangan cepat putus asa. Cubalah petua ini:-

1. Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.
2. Campurkan satu sudu besar madu lebah dengan satu sudu besar susu tepung. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan sebentar. Kemudian basuh muka dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.
3. Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Lakukan setiap hari.
4. Giling tiga sudu besar kacang hijau. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan bersih.
5. Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka. Biarkan selama 3 minit sebelum dicuci dengan air suam.
6. Kisar dua biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum air setiap pagi. Lakukan selalu sehingga kulit muka kelihatan licin.
7. Setiap kali mandi, gosokkan tawas pada muka. Lakukan setiap pagi atau malam. Muka anda akan menjadi halus.

Petua Mengekalkan Seri Wajah

Wajah pengantin menjadi tumpuan ramai pada hari pernikahannya. Untuk menyerikan lagi, cubalah petua ini :-

* Goreng secawan beras tanpa minyak sehingga kekuningan. Kisar sehingga lumat.
* Campurkan dengan sedikit putih telur, air limau nipis dan satu sudu teh air kunyit.
* Tempekkan pada muka kecuali bahagian mata. Insya-Allah, wajah akan berseri pada hari persandingan.

Petua Menghilangkan Panau di Muka

1. Gosokkan halia pada kulit yang berpanau. Biarkan seketika, kemudian bilas dengan air biasa. Lakukan 3 kali sehari.
2. Tumbuk dua helai daun gelenggang hingga hancur. Sapukan pada kulit yang berpanau.

Petua Alat Solek Tidak Sesuai

* Basuh muka dengan air kelapa setiap hari sehingga bengkak-bengkak atau gatal sembuh.
* Jika masih belum menunjukkan tanda-tanda yang tidak baik, segeralah mendapatkan rawatan dari pakar kecantikan.

Petua Kulit Muka Berminyak

Parut buah epal hingga halus. Kemudian sapukan pada muka, bairkan selama 15 minit. Kemudian cucilah dengan air suam. Lakukan 3 kali seminggu.

Petua Melembabkan Muka

Bersihkan muka dengan air suam. Panaskan madu hingga menjadi suam-suam kuku. Sapukan madu ini pada muka dan urutkan perlahan-lahan. Biarkan setengah jam dan bersihkan.


Semoga bermanfaat buat korang semua..



Peace,
Aku curi masa update masa kat office..gila jahat..

No comments:

Post a Comment