October 2, 2015

Umat Sudah Nazak..

Assalamualaikum..


Baru-baru ini saya bagi ceramah di sebuah sekolah menengah. Antara point yang saya sebut pada pelajar ialah:


"Masalah ramai lelaki pada hari ini ialah video lucah. Manakala masalah wanita hari ini ialah artis lelaki hensem terutama dari korea dan barat..."


Setelah selesai ceramah, guru di sekolah tersebut jumpa saya dan berkata:
"Ustaz Adnin, apa yang ustaz cakap tu betul. Kat sekolah ni, banyak kes. Ada sekumpulan pelajar lelaki yang menggunkan makmal komputer untuk tengok video lucah beramai-ramai, dan henset pelajar perempuan juga penuh dengan drama korea di history nya...."


Saya diamkan diri. kemudian, guru tersebut sambung:
"Tapi ustaz Adnin, kalau ustaz nak tahu, zaman sekarang, bukan lelaki je yang terjebak dengan video lucah. Perempuan pun ramai. Saya pernah buat bancian pada anak-anak murid sekolah, yang mana, 60% dari pelajar perempuan telah mengaku bahawa mereka pernah tengok video lucah, bahkan selalu...."


Bila saya dengar tu, saya tundukkan muka, sedih, pilu, pedih hati bila dengar....


"UMAT SEDANG TENAT DAN NAZAK".


Itulah yang saya ungkapkan pada guru tersebut.
"Ya Allah, jadikanlah tarbiah sentap ini wasilah yang baik untuk kami sampaikan tarbiah pada maysrakat di universit dan sekolah, agar mereka yang lalai di buai mimpi, kembali bangkit menjadi singa..."




- Tarbiah Sentap -







#SharingforUmmah
#TarbiahSentap

1 comment:

  1. apabila dunia kini terlalu mengharapkan teknologi..inilah hasilnya yg terjadi

    ReplyDelete