Showing posts with label tarbiah sentap. Show all posts
Showing posts with label tarbiah sentap. Show all posts

October 28, 2015

Aku Ingin Berubah




Nak berubah... tapi...

***

"Allah hanya akan ubah orang yang nak berubah. Orang yang tak nak dan nak tak nak, Allah takkan ubah..."

Orang yang ikhlas nak berubah, dia takkan beralasan. Dia akan sanggup menempuh segala onak duri, kutukan dan cercaan manusia, dan sebagainya. Kerena dia sedar, nak masuk syurga memang kena bersusah payah.

Orang nak exam, akan push diri dia gila-gila untuk skor exam.

Orang nak dapat duit sanggup kerja pagi petang siang malam sebab nak sara hidup.

Mengapa kita tak boleh berkorban untuk Allah?

Punca kita susah nak berubah ialah kita sering bagi alasan untuk berubah. Kerana, orang yang NAK berubah, dia takkan bagi alasan.

Hendak 1000 daya, tak nak 1000 dalih.

Ya Allah, berilah kami kekuatan!

Moga Allah kurniakan kami dan korang kekuatan!

6 Tips Aku Ingin Berubah




6 TIPS "AKU INGIN BERUBAH"

1. Terus BERUBAH bila rasa nak BERUBAH
2. BERHUBUNG dengan Allah dalam SOLAT
3. Tampung ISTIQAMAH dengan ISTIGHFAR
4. FUTUR jangan sampai LUNTUR
5. HIJRAH dari dimensi MAKSIAT
6. UBAT hati dengan TAUBAT

Ibnu Qayyim pernah berkata:
"Sukatlah hatimu dalam tiga waktu. Ketika melihat pengebumian mayat apa yang kau rasa? Ketika membaca Al-Quran apa yang kau rasa? Dan ketika melihat saudara seagamamu dizalimi apa yang kau rasa? Jika engkau langsung tidak berasa apa-apa, maka carilah hati kerana sesungguhnya engkau tidak mempunyai hati."

Jom ambil masa seketika untuk muhasabah balik diri kita. 
Sejauh mana hati kita dekat dengan Allah?
 Atau adakah hati kita telah mati?

Semua manusia mampu berubah. Samada kita hendak ataupun tidak sahaja.

Semoga Allah memberkati niat dan usaha kita untuk berubah InsyaAllah.
Moga Allah ampunkan kita semua dan ganjari syurga

Kenapa Hati Boleh Tenang


Kenapa hati boleh tenang?

Saya ada persoalan untuk kita fikirkan tengah hari ni. Kenapakan, bila manusia stress duduk di kawasan bandar, kita akan cari pemandangan alam kat luar bandar seperti pergi laut, hutan, pulau, panjat gunung dan sebagainya?

Ada yang kata sebab ketenangannya. Tapi, kenapa kita tenang bila pergi ke sana melihat pemandangan alam sekitar? Apa puncanya? Hehe.

Antara faktor utamanya adalah, sebab alam sekitar itu BERZIKIR mengingatii Allah dengan cara mereka sendiri. Mereka berkumpul sekelompok dan berzikir. Dengan zikir kepada Allah, akan jadi tenang.

"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun."
(Surah al Isra 17 : 44)

Hati kita tenang sebab kita hanya menumpang ketenangan mereka saja. Sebab tu hati kita rasa tenang, damai, tenteram dan segala bagai.
Tetapi persoalannya kan.... Sampai bila kita nak tumpang ketenangan mereka? Takkan la selamanya nak duduk laut, nak tinggal atas gunung, nak lepak dalam hutan dan sebagainya. Akhirnya kita kena balik rumah, balik ke bandar dan sebaganinya.
So macam mana nak tenang semula?
Formulanya senang je, dengan berzikir pada Allah juga. Tanya pada diri kita, sehari berapa banyak kali kita istighfar pada Allah? Rasulullah yang maksum takde dosa tu pun, sehari istighfar sampai 70 kali. Ada riwayat lain kata, Rasulullah istighfar sampai 100 kali.
Kenapa kita susah nak istighfar sedangkan Rasulullah pun istighfar? Dah jom istighfar sekarang, jangan baca je. Hehe
Lepas tu, sehari berapa mukasurat kita baca al Quran? Atau seminggu sekali je baca? Bacalah al Quran at least sehari satu muka surat. Bukan lama sangat pun.
Saya tahu, ramai yang tak sempat membaca sebab sibuk kerja. Tapi takkan korang takde waktu rehat langsung? Kerja 8 jam takde rehat? Waktu rehat tu, baca la al Quran walau 1 muka surat.
Kejap lagi nak pukul 1, dah nak rehat. So, nanti rehat bacalah al Quran. Dan jadikan habit korang. Ok? :)

Ketenangan ni selamanya akan dapat dengan ingat Allah. Ingat Allah bukan waktu kita stress, waktu ada problem, waktu ada masalah dan macam2, tapi LEBIH dari tu. Iaitu ingat Allah waktu kita senang, gembira, dapat gaji dan sebagainya. Ingat Allah waktu senang, insyaAllah Allah akan ingat kita waktu kita susah.
ok? :)

Jom istighfar dan baca al Quran sekarang.
-----

#TarbiahSentap
#SharingForUmmah

Apa Usaha Aku Untuk Berubah?


“APA USAHA AKU UNTUK BERUBAH?”

Pertama, saya nak yakinkan korang semua bahawa, semua orang BOLEH berubah. Sejahat mana, seteruk mana, sekejam mana, sejahil mana, dia boleh berubah dengan satu syarat iaitu, dia NAK berubah, bukan NAK TAK NAK.

Saya nak cerita sikit.
1) Saya ada seorang kawan, yang obsess Shah Rukh Khan. Obsess tahap kritikal. Semua movie shah rukh khan dia beli, dia khatam marathon movie, dia dengar semua lagu shah rukh khan, beli poster tampal kat dinding, gambar shah rukh khan dia letak kat dompet, dan juga wallpaper henset. Sampai, dia kata, kalau boleh, dia nak kahwin dengan shah rukh khan. Obsess gila bapak.
TAPI, bila dia dah TAHU benda tu salah dan bila dia di tegur oleh kawan dia, apa dia buat? Adakah dia menolak teguran dan menyalahkan orang yang menegurnya?
TIDAK.
Tapi, bila dia kena tegur, dia terus rasa bersalah, sebab selama ni dia tak tahu benda tu dosa. So, dia balik rumah, menangis teresak-esak, dalam keadaan menangis teresak-esak, badan menggigil, dia PAKSA diri dia untuk pecahkan semua CD shah rukh khan yang dia dah beli, dia koyakkan poster dan gambar, dia campak CD, dia bakar majalah-majalah yang berkaitan dengannya, dalam keadaan menangis teresak-esak dan menggigil!!
Alhamdulillah, dia berjaya tinggalkan ketagihannya pada masalah tersebut. Dan kini, beliau merupakan tokoh wanita yang sangat hebat, bahkan saya sendiri mengkagumi beliau.
Persoalannya, kepada mereka-mereka yang ketagih drama korea jepun, ketagih dan obsess pada artis korea jepun, seperti EXO, big bang, tae yang, super junior, girls generation, juga artis-artis barat seperti Justin Bieber, 1D, Austin mahon dan sebagainya, apakah USAHA korang untuk berubah?

2) Saya ada seorang kawan. Dia ketagih video lucah. Apa yang dia buat untuk berubah? Dia wajibkan diri dia:
“Kalau aku tengok video lucah, aku akan denda diri aku dengan sedekah RM50 dan baca 50 muka surat buku agama…”
Akhirnya, sampai satu tahap, dia dah sedekah ribuan ringgit dan dah baca ribuan muka surat buku agama, sehingga duit dia habis. Dan, akhirnya, dia berjaya tinggalkan ketagihan video lucah tersebut.

***

Apa yang saya nak sampaikan?
Saya cuba nak kita semua tanya diri masing-masing:
“Apakah usaha aku untuk berubah?”
Ya.
Memang sometimes kita dah taubat, tapi kita ulang semula dosa yang sama. Berkali-kali.
Tapi, adakah itu menjadi alasan untuk kita tak teruskan usaha untuk berubah?
Ingat wahai kawan…
Allah takkan putus asa mengampunkan kita.
Syaitan takkan putus asa menyesatkan kita.
Kenapa kita perlu putus asa untuk berubah?
“Kadang-kadang, kita kena PAKSA diri kita untuk berubah. Kadang-kadang….”
Ya Allah, ampunkan dosa kami, berilah kami kekuatan untuk berubah, dan istiqomah dalam perubahan!!”

October 23, 2015

Allah Sangat Cintakan Kau!


Kawanku...

Hmm..
Tak tahu nak ulas macamana.
Pernah tak kita rasa tertekan, buat dosa, dah taubat, tapi kita buat balik. Kemudian kita taubat, tapi lepas tu jatuh semula ke maksiat yg sama..
Berulang-ulang, ulang dan ulang..
Orang yang hatinya HIDUP, pasti dia akan merasa sangat sedih, pedih dan amat terseksa kerana terpenjara dengan dosa noda.
Satu je nak pesan.
Jangan putus asa wahai kawan.
Saidina ali pernah bagitahu:
"Orang yang paling untuk ialah orang yang sering di uji dgn dosa, dan dia bertaubat..."
Kawan..
Taubat ni bukan magik.
Bukan taubat sekali, esok terus dapat tinggal maksiat.
Tidak.
Taubat ni realistik. Kena taubat, taubat, taubat dan taubat. Bahkan, kalau rasa tak pernah buat dosa pun kena taubat.
Kerana apa?
Kerana Allah sangat CINTA hambanya yang bertaubat..
Ya wahai kawan..
Allah CINTA KAU kalau KAU bertaubat!
Setiap kali kita sujud, menangis pilu mengenang dosa, insaf dan doa merayu merintih memohon ampun, setiap kali itulah ALLAH SANGAT MENCINTAI KAU wahai kawanku...
Ingat...
"Pintu taubat takkan terbuka dgn sekali ketuk, tetapi, pintu taubat akan terbuka setelah kia ketuk berkali-kali.."
Moga Allah bagi kita hidayah dan kekuuatan untuk kita sering melazimi taubat.
-------
Moga bermanfaat. Share pada kawan2 agar ramai yang bersemangat untuk bertaubat.
#tarbiahsentap

October 5, 2015

Macam mana kita nak tegur....



Assalamualaikum..


Macam mana kita nak tegur atau nasihat seseorang TANPA kita buat dia terasa hati, tersinggung, atau lain2? sebagai mana kita tahu, kita yang menegur ni kadang rasa takut  nak tegur lagi lagi kawan kita.. percayalah umat sudah nazak..

---

1. Rumah korang pernah blackout tak? Atau kalau orang Johor cakap "takde karen"?

Masa korang lama bergelap tu, tiba2 lampu hidup.. Apa berlaku? Mesti mata korang SAKIT kan?
Tapi lama-lama korang akan rasa okay..bahkan korang rasa GEMBIRA sebab ada orang hidupkan lampu..Macam tu juga nasihat dan peringatan.. Ia ibarat cahaya atau lampu..Orang yang kita nak tegur tu memang dalam kegelapan pun.. Kalau kita bagi dia cahaya tiba2, memang dia akan sakit untuk MULA-MULA..Dia akan terasa hati, tersinggung, etc.. Walaupun korang dah sampaikan dengan nada paling halus dan merdu bak buluh perindu..Mereka akan tetap terasa hati.. Sebab mereka dalam gelap..tapi lama-lama....percayalah dia akan HARGAI korang sungguh2.. Betul..


2. Lagi satu, letak dalam mindset..

Kita nak tegur dan nasihat orang ni, JANGAN terlalu fikir dia akan kecik hati la, terasa hati la, apa la..nanti akhirnya korang pun tak nasihat dan tak tegur dia sampai masing2 mati..
DAN......
korang bayangkan...
Baru je korang nak melangkah masuk Syurga... Tiba-tiba kawan korang yang dulu masa kat dunia korang baru nak tegur tapi tak jadi sebab nak jaga hati mereka,
mereka tuntut pada Allah..
Mereka kata,
"ya Allah.. kat dunia James Bond tak pernah tegur aku untuk solat lima waktu.. Dia solat sendiri je..ya Allah.. kat dunia Joyah tak pernah tegur aku untuk tutup aurat.. dia pakai tudung labuh dan purdah sendiri-sendiri je..ya Allah.. kat dunia Jeman langsung tak nak ingatkan aku pasal solat, zikir semua tu.. WALAUPUN dia adik beradik KANDUNG aku ya Allah.. "

Masa tu korang nak jawab apa pada Allah?

Korang nak cakap yang korang nak jaga hati mereka ni depan Allah?
Hmm...so macam mana nak tegur? salah satunya adalah..

Share, Copy entry di ni di facebook, email, whatsapp..




#Tarbiah Sentap
#ShareForUmmah

October 2, 2015

Umat Sudah Nazak..

Assalamualaikum..


Baru-baru ini saya bagi ceramah di sebuah sekolah menengah. Antara point yang saya sebut pada pelajar ialah:


"Masalah ramai lelaki pada hari ini ialah video lucah. Manakala masalah wanita hari ini ialah artis lelaki hensem terutama dari korea dan barat..."


Setelah selesai ceramah, guru di sekolah tersebut jumpa saya dan berkata:
"Ustaz Adnin, apa yang ustaz cakap tu betul. Kat sekolah ni, banyak kes. Ada sekumpulan pelajar lelaki yang menggunkan makmal komputer untuk tengok video lucah beramai-ramai, dan henset pelajar perempuan juga penuh dengan drama korea di history nya...."


Saya diamkan diri. kemudian, guru tersebut sambung:
"Tapi ustaz Adnin, kalau ustaz nak tahu, zaman sekarang, bukan lelaki je yang terjebak dengan video lucah. Perempuan pun ramai. Saya pernah buat bancian pada anak-anak murid sekolah, yang mana, 60% dari pelajar perempuan telah mengaku bahawa mereka pernah tengok video lucah, bahkan selalu...."


Bila saya dengar tu, saya tundukkan muka, sedih, pilu, pedih hati bila dengar....


"UMAT SEDANG TENAT DAN NAZAK".


Itulah yang saya ungkapkan pada guru tersebut.
"Ya Allah, jadikanlah tarbiah sentap ini wasilah yang baik untuk kami sampaikan tarbiah pada maysrakat di universit dan sekolah, agar mereka yang lalai di buai mimpi, kembali bangkit menjadi singa..."




- Tarbiah Sentap -







#SharingforUmmah
#TarbiahSentap

September 14, 2015

Lelaki Murahan









Kalau dulu lelaki playboy hanya dirujuk kepada lelaki yang pakai seluar jeans, baju smart sikit, rambut ada jambul ayam sikit.
Yang up to date sikit, rambut gaya bajet korea celup cokelat.
Usha awek dengan ayat,

"Hye awak. Intro please? wink emoticon"

"Hye.. single ke? kalau dah berpunya, boleh kita scandal?"



--



Tetapi sekarang ada juga playboy yang pakai KOPIAH, SERBAN, JUBAH bagai, rambut tak nampak sebab pakai kopiah kan.
Yang up to date sikit, boleh bagi tazkirah kat depan. Siap buat usrah campur lagi, kononnya nak rapatkan ukhuwwah.
Usha muslimat dengan ayat,


"Enti dah solat? Malam tadi tahajjud tak? Moga ukhuwwah kita sampai ke an Narr. Eh, Jannah. Ukhuwwah fillah abadan abada birohmatikaya arhamar rohimin."


"Ana ni bukanlah yang terbaik. Ana sedar kat sana ramai lagi lelaki yang lagi soleh. Tetapi ana cuba juga jadi yang terbaik untuk enti. ana uhibukka fillah.. eh silap. Uhibukki fillah.."


--


Dua-dua perangai playboy ni adalah level syaitonirrojim.


Cuma yang menggunakan kopiah, serban, jubah bagai, ini lagi syaiton sebab menggunakan agama untuk usha/mengurat perempuan !


- Tarbiah Sentap