Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

November 4, 2015

The Legend Resort Cherating







The Legend Resort Cherating
GPS: 4.103689242, 103.3838367
Lot 1290, Mukim Sungai Karang, Cherating - 26080 - Kuantan- Pahang Darul Makmur, Malaysia

Apa Yang Best?

The Legend Beach Resort Cherating yang cantik lagi menawan ini dibina di atas pantai berpasir tak jauh dari pantai Cherating. Tahu je la pantai cherating macam mana pasir putih putih kuning dan laut membiru..memang cantik.Bilik-bilik hotel yang berjubin menghadap taman-taman. Jubin digilap mencerminkan cahaya aliran masuk dari tingkap-tingkap besar yang menghadap ke taman-taman di tempat peranginan dipenuhi dengan berkembang pelepah kelapa. Memang sesuai buat mereka yang nak berehat dari suasana hiruk pikuk bandar.

October 5, 2015

Anyone can help me??

Assalamualaikum..





nak minta tolong korang semua, tolong suggest pada lisa public transport dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya? kalau boleh yang paling cepat, best dan selesa... nanti komen kat bawah okay... 


March 4, 2015

8 Negara Ini Disenarai Berpatutan Untuk Travel Selama 1 Tahun. #3 Agak Mengejutkan!




Satu ketika dulu (zaman 60-an dan 70-an) Bahamas dan Paris telah senaraikan antara negara yang tidak mahal dan menjadi pilihan oleh mereka yang gemar mengembara untuk jangka waktu yang lama.

Tapi kini 2 negara ini telah terkeluar dari senarai disebabkan oleh kos sara hidup yang meningkat tinggi.

Mengakhiri tahun 2014, 8 negara berikut telah disenaraikan oleh Truth Inside of You sebagai antara negara yang masih mampu anda habiskan selama 1 tahun jika anda mahu mengembara sambil melakukan kerja sampingan untuk menampung kos sara hidup dan perbelanjaan disepanjang tempoh 1 tahun pengembaraan di negara tersebut.

Mari kita mulakan.

1. Thailand



Kadar purata kos sewa bilik untuk 1 bulan (1 bilik) : USD300

Kadar purata kos Utilities (air, api) : USD70

Selain dari harga barang yang murah, Thailand juga antara destinasi kegemaran para expatriate untuk bekerja di luar negara. Patutlah mat saleh bersepah di sana, kan?

2. Guatemala



Kadar purata kos sewa bilik untuk 1 bulan (1 bilik) : USD320

Kadar purata kos Utilities (air, api) : USD120

Negara yang terkenal dengan Kota Purba Mayan ini juga sebenarnya adalah tempat bermulanya seluar denim biru. Bagi yang meminati kisah dan lokasi purba seperti ini, Guatemala boleh dijadikan destinasi anda untuk mengembara sambil bekerja sampingan.

3. Malaysia



Kadar purata kos sewa bilik untuk 1 bulan (1 bilik) : USD223

Kadar purata kos Utilities (air, api) : USD50

Aha, Malaysia masuk senarai. Bagi pelancong asing Malaysia antara destinasi mereka untuk melancong sambil bekerja sambilan. Mungkin yang ramai mengajar English di British Embassy tu adalah traveller?

4. Panama



Kadar purata kos sewa bilik untuk 1 bulan (1 bilik) : USD540

Kadar purata kos Utilities (air, api) : USD75

Pernahkah anda terfikir mahu melihat matahari naik di Pasifik dan terbenam di Atlantik di negara yang sama? Jika ye, Panama adalah tempatnya.

Bukan itu saja, rawatan kesihatan juga tak mahal di sini. Hanya sekitar USD35 saja. Manalah tau anda teruja berenang sakan di Lautan Pasifik dan Lautan Atlantik sampai tercedera pula. Bukan senang nak berada di 2 lautan di negara yang sama, kan?

Kedua-dua lautan ini juga menawarkan air yang jernih dan sangat sesuai untuk aktiviti snorkeling.

5. Nepal



Kadar purata kos sewa bilik untuk 1 bulan (1 bilik) : USD90

Kadar purata kos Utilities (air, api) : USD30

Negara yang lokasinya disepit 2 negara besar iaitu India dan China, Nepal dikenali sebagai lokasi mencari diri bagi pengembara dari barat kerana budaya dan amalan keagamaan oleh penduduk di negara ini.

6. Vietnam



Kadar purata kos sewa bilik untuk 1 bulan (1 bilik) : USD300

Kadar purata kos Utilities (air, api) : USD50

Harga makanan masih murah di sini ditambah pula kebanyakan sayuran dan buah-buahan adalah hasil tanaman penduduk setempat.

Vietnam merupakan negara yang sedang pesat membangun. Ramai di kalangan pelajarnya yang sedang giat belajar bertutur bahasa Inggeris.

7. Nicaragua



Kadar purata kos sewa bilik untuk 1 bulan (1 bilik) : USD150

Kadar purata kos Utilities (air, api) : USD40

Kos sara hidup di negara ini jugak antara yang murah berbanding negara lain. erletak di bahagian Amerika tengah, dengan USD10 sehari anda boleh bergerak dan menerokai negara ini dengan menggunakan kenderaan awam.

8. India



Kadar purata kos sewa bilik untuk 1 bulan (1 bilik) : USD150

Kadar purata kos Utilities (air, api) : USD40

India merupakan negara yang terkenal dengan Taj Mahal dan sejarah lamanya. Tak ketinggalan juga Bollywood. Dengan kos sara hidup sebanyak USD400 sebulan sudah membolehkan anda merantau selama setahun di negara ini.

Sumber : Earth We Are On

Amacam? Dah tetapkan destinasi pilihan untuk 2015?

Like page The Vocket di Facebook.

#copycat

November 18, 2014

278 Jam Tanpa Henti


Assalamualaikum uolls..


278 Jam Tanpa Henti | Anda Si Ulat Buku? Anda boleh duduk statik membaca selama berjam-jam? Anda pakai spek tebal macam saya? Anda minat membaca buku dari luar negara? 75-95% Discount in 3.5 Milloin Books... Teruja tak payah ceritalah.. aku memang ulat buku.. tak ulat buku la kalau tak pakai spek tebal macam aku ni.. Sebenarnya sebelum ni BBW ni dah lama dah buat.. dari tahun 2009.. oleh kerana jauh jadi aku masih belum berpeluang nak pergi.. Namun menyimpan cita-cita nak pergi.. InsyaAllah, yang akan datang ni..gua akan pegi beb.. bawak troli, beg tarik.. troli gerabak.. kalau anda legend ulat buku macam aku, jangan bawak beg ikea.. putus bahu korang nak bawak buku nanti.. dah la banyak buku kulit keras..



"Biar gambar berbicara" legeng ulak buku spek tebal. (slang teganu lebih skek)




Terbayang buku harry potter (dah khatam movie pun takpe) , Twilight, buku resepi, novel...macam-macam lagi la... Paling penting 75-95% discounts.. Perempuan, normal la..Sale Sale ni memang dalam tangan uolls.. Jadilah pengguna yang bijak dengan berbelanja di waktu sale sahaja..  lepas ni nak bungkus semua buku-buku masa sekolah yang kat rak buku tu.. nak penuhkan dengan buku baru...



Dapatkan lebih info tentang THE BIG BAD WOLF BOOK SALE



Awak kat mane? Awak kat mane? Awak kat mane?

Saya di THE BIG BAD WOLF BOOK SALE la.. 


How to Getting Here??

MIECC is just 20 minutes from Kuala Lumpur City Centre and 30 minutes from the Kuala Lumpur International Airport.

By LRT/KTM
Take the Kelana Jaya line to KL Sentral, and switch to KTM Komuter
On KTM Komuter, take the Rawang-Seremban line to Serdang station.
Walk across to MIECC!

By bus
Metrobus 8, 22 or 68 / RapidKL U41 to Serdang KTM station
Walk across to MIECC!
Map




*Exclusive untuk pemegang kad kredit hong leong bank.. 5% diskaun tambahan dan hadiah misteri..



I'm coming!!!!