Showing posts with label Cabaran20hari. Show all posts
Showing posts with label Cabaran20hari. Show all posts

July 2, 2015

#Cabaran20hari - Pengalaman Manis di Bulan Puasa



Assalamualaikum...


Pengalaman Manis di Bulan Puasa. sebenarnya banyak sangat peristiwa manis masa bulan puasa.. kalau boleh nak tulis semua tapi memang sampai raya tahun depan tak habis lagi. amboi, nampak tak propa?

Supprise Birthday Celebration

takkan la kita boleh lupa birthday kita kan.. peristiwa ni berlaku waktu aku sem 1 masa study di umt. kami berenam waktu tu.. bestfriend aku la, aku, kak long, nur, meor, mat, faiez..tambah sorang lagi amirul.. kami memang selalu kemana-mana bersama-sama..lagi-lagi aku, kak long dan nur.. kadang-kadang rasa macam berada dalam dunia kitorang sendiri.

hari tu kami semua keluar ke bandar kuala terengganu untuk cari keperluan untuk hari raya. macam baju raya.. tapi aku tak beli pun sebab apa? mak kan dah jahitkan baju.. then aku tak syak apa-apa lagi.. masih cool..dorang pun watlek watpeace jer...dorang ni lupa birthday aku ke? terlintas jugak...selalunya kitaorang nak cari souvenir memang kat pasar payang.. sampai kat kedai membuat keychain..diorang hadiahkan keychain nama " Happy Birthday Is" pada aku dan "Happy Birthday Faiez" untuk faiez.. ingat jugak dorang birthday aku..hahaha..

habislah menyoping di sana..kami pun pulang.. aku balik ke umt bersama nur, dan faiez..kak long, mat, mirul dan meor katanya balik kemudian.. ada barang tak beli agaknya...cuma kami berjanji nak berbuka puasa bersama di kafe fpe (falkuti pengurusan & ekonomi)..agak jauh dengan hostel sebenarnya. dah la gelap.. hahaha.. berani giler kan kitaorang..sampainya waktu berbuka aku, nur dengan faiez pun bergegas ke sana.. kak long kata nak pergi saing mat dan yang lain..tak pe la... geram jugak tunggu orang tak sampai... .cukup semuanya, kami pun berbuka...

Tup! 

lampu tiba-tiba terpadam.. alah ada sesiapa tersalah tekan suiz la kut.. aku pun wat lek wat peace la.. watak utama...hahaha... tiba-tiba......jeng jeng jeng

Keluarlah sebiji kek coklat dalam kesamaran waktu maghrib..hahaha..

Pop! bunyi mercun, tapi kecik je la..kan nak raya waktu tu... terharu tak yah cite la.. seumur hidup tak pernah kut ada kawan sebaik tu dan seakrab tu sampai sanggup tipu kawan diorang sebab nak prank kan birthday.. 27 Ogos 2010... 25 hari bulan birthday aku.. 26hb birthday faiez.. kongsi kek... rasa nak nangis... mastermind dia siapa lagi kalau tak kak long.. kuang asam sayang betul...

Kisahnya, waktu aku, nur, faiez tu balik tu..diorang pergi beli kek coklat tu.. bila nak balik tu..naik bas cas ligas..tapi kami student umt cakap tu bas keranda sebab kayu.. mana jumpa bas badan dia kayu..kat terengganu je ada tau..boleh dia naik bas pergi uitm chendering..tu la tipu orang lagi... kan dah salah bas..patutlah dorang sampai lambat kat kafe tadi..rupanya ada mee di sebalik udang! eh salah.. udang di sebalik mee....

Thanks korang sebab sudi jadi kawan, adik beradik dan family yang baik untuk aku... Pengalaman manis di bulan puasa yang tak kan pernah aku lupa.. dan birthday yang aku akan rindui dan ingat sampai ke anak cucu..



kek coklat ni la watak utama dia sebenarnya..


birthday boy dan girl potong kek.. yang ketengah tu..jadi penghadang.. berdua-duaan nanti ada orang ketiga.. berdua kang macam potong kek kawen pulak.. ni berlima ni.. nur mak orang cuba interprem..meor galah..


mastermind..macam padan je korang.. hahaha..


ni la nurisnadia.. nama yang senior kitaorang beri.. even waktu tu tak rapat dengan member sekelas tapi kami kamching dengan senior tau..


best ke dapat main tepung..tak lupa kucing hitam tu nak tumpang gembira...


tengoklah..kanak-kanak riang bergambar.. sure guling-guling korang tengok gambar ni...


comel tak budak berdua kat bawah tu.. mau meroyan korang tengok gambar ni.. 
*kurusnya aku...hahaha


kecik-kecik tak cukup hisap susu ye dik...


bye, sekian kisah paling panjang..kenangan manis ku...









July 1, 2015

#Cabaran20Hari - Pengalaman Pahit di Bulan Puasa



Assalamualaikum....


Pengalaman Pahit di Bulan Puasa

Alhamdulillah, setakat memori yang kadang-kadang pelupa ni.. takda lah lagi peristiwa yang pahit berlaku pada aku masa bulan puasa.. Paling-paling sedih pun sebab tak dapat berbuka puasa dengan family, rindu masakan mak yang tak kan pernah sama dengan masakan orang lain.. jauh sekali masakan sendiri.. ahakss.

Ingat lagi waktu tu aku lama giler tak balik kampung.. ajak member satu daerah pun tak nak balik jugak... gigih ku penebalkan muka pergi tanya azri kawan sekampung, pemilik ferrari merah berkuasa
kuda ajak dia balik kampung.. "awak, kita kan sekampung...." sambil buat mata kelip-kelip. chait! aku mesej dia je la.. alhamdulillah dapat balik juga walaupun berdua... apa yang membuatkan aku nak balik sangat sebab aku sampai termimpi dua orang adik aku... pergh, gila kentang punya mimpi... nak balik! nak balik! mungkin sebab aku rindu rumah sangat kut...btw, thanks azri ahchunga sebab tumpangkan aku balik kampung sangat selalu.. hehehe.. budi baikmu, claim nanti raya, aku masakkan roti jala untuk kau!!









June 30, 2015

#Cabaran20Hari - Menu Wajib di Bulan Ramadhon



Assalamualaikum..


Cerita tentang menu wajib di bulan puasa bagi aku, takdalah sampai wajib sangat.. tapi tiap kali puasa mesti ada..


Mee/Mee Hoon/Mee Tiaw Goreng



June 29, 2015

#Cabaran20Hari - Resepi Hidangan Sahur


Assalamualaikum...


Cabaran hari ini, resepi hidangan sahur.. sahur dalam hidup aku memang wajib la ada nasi.. lauk pulak tak kisah la.. yang ada dalam peti ais tu la yang di masak.. tapi biasanya kurang pedas, takut nanti sakit perut keesokkan harinya..ok, resepi ni sebenarnya main bubuh apa yang ada jer...


Ayam Masak Lemak Tak Pedas Pun?

(nak ganti dengan udang, sotong atau ikan pun boleh..daging tak pernah dengar lagi..)

*portion ini untuk 5 orang

June 28, 2015

#Cabaran20Hari - Pengalaman Sahur


Assalamualaikum...

Cerita tentang pengalaman sahur.. sebenarnya aku dah pernah cerita dalam blog ni.. kenangan sahur
tapi masa tu aku study lagi dekat umt... bangun sahur selalu dah hujung-hujung waktu.. tu pun sebab orang kejut..hahaha..beruk benor ngupenye...

Waktu kecik-kecik memang mak la yang akan kejut kami sekeluarga..paling tak boleh lupa mesti kena habiskan nasi dan satu gelas besar air teh.. takut takde tenaga katanya masa puasa nanti..Bila masuk asrama, selalu jugak turun dewan selera untuk bersahur, ramai je yang tak bangun..dah la mak cik ds selalu masak sedap time sahur, udang besar giler. kalau time lain, memang tak jumpa la..

June 27, 2015

#Cabaran20Hari - Apa Erti Puasa Pada Anda


Assalamualaikum semua..



Selamat berpuasa, even hari ni dah hari yang ke dua belas dah kita di bulan ramadhon....

So far, tahun ni paling best sebab satu family lengkap ada kat rumah.. mak, ayah, aku, dan dua orang adik tersayang, yani dan linda... Alhamdulillah kesihatan  mak pun makin baik, next check up bulan lapan nanti.. Memandangkan dah lama tak update blog, aku nak join satu cabaran iaitu #Cabaran20HariPuasa/Raya2015 ... harap-harap dapat istiqamah lah yer.. almaklum, curi-curi update blog waktu lunch hour kat ofis.. Jangan bagitau bos i ok!!