Assalamualaikum dan Salam Ramadhan...
Apa perasaan korang kalau someone yang special dalam hidup korang gerak korang bangun tidur hari-hari tiap-tiap pagi? sebelum tidur dengar 'bedtime' story dari mereka-mereka yang special ni. Mesti happy kan sebab ada orang yang caring kat kita. Dulu aku pun pernah rasa macam korang semua rasa. Even kalau kat rumah pun, my parents pun selalu gerak i bangun. My little sisters.
Teringat kenangan dua tahun lepas. Memandangkan sekarang tengah bulan puasa, so aku nak share something tentang kenangan bangun sahur. Kalau duduk dekat rumah, of course la my mom yang kejutkan. Dulu masa study kat maktab, boleh dikira dengan jari berapa kali i turun DS untuk sahur. Dan kebanyakkannya, aku bangun minum air, makan kurma sudah. Sahur jugak. Tapi masa dua tahun lepas cepat atau lambat mesti wajib 'someone' tu call aku sebab nak tahu aku ni bangun ke tak? haha. macam tahu-tahu je. kadang-kadang memang dah lewat pun. Walaupun masa tu sempat minum air kosong je seteguk. Roommate aku yang lain masa tu semuanya hanyut di alam mimpi. Huhu.. Tak baik terkenang sesuatu yang dah tak ada. Barang yang lepas tak elok dikenangkan lagi. Betullah apa orang cakap, bila ada orang yang yang sayangkan kita, hargailah mereka. Jangan jadi macam aku. Tapi aku buat semua tu bersebab. Sebab aku rasa aku patut dahulukan apa yang patut untuk kami berdua. Then, korang tunggu je lah story ye akan datang.
4.30 pagi, 31 Julai 2012
Aku bangun bila dengar alarm jam hp aku menjerit-jerit suruh aku bangun. Tak sampai satu minit lepas aku matikan alarm, 'Nananananananana.... engkaulah ratu di mahligai permata...' siapa pulaklah yang call aku pagi-pagi ni. '.cyunkAyah is calling...' aku pun jawab...
'hello, yah... hmmm...'
'hah, kakak dah bangun belum?..'
'hmm.. dah.. ada apa ayah tepon kita ni?..'
'takde ape-ape... saje je'
then... lalalalala... '
see? Ayah aku call aku pagi-pagi semata-mata nak kejutkan aku bangun sahur. Ni mesti sebab semalam mak call aku. then waktu tu aku baru bangun, dan terlepas sahur. So sweet~ Ayah ni suka tau buat kejutan macam ni. Sweet kan my father? call semata-mata nak kejutkan anak dia supaya anak dia tak terlepas sahur. Tak perlu nak suruh orang lain call kejutkan sahur. Lainlah kalau dah rela hati. Apa boleh buatkan?
Itulah salah satu kenangan time bulan puasa yang aku ingat sampai sekarang...
Itulah salah satu kenangan time bulan puasa yang aku ingat sampai sekarang...
No comments:
Post a Comment