Showing posts with label fact. Show all posts
Showing posts with label fact. Show all posts

September 24, 2014

29 Fakta Mengenai Lelaki Yang Wanita Perlu Tahu....



Assalamualaikum uolls..




Jom tengok 29 Fakta Tentang Lelaki Yang Wanita Perlu Tahu

1. Sebenarnya lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. Sebab itu, dia selalu meminta anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin anda terlihat mempesona.

2. Lelaki sangat benci dikhianati. Walau luaran mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah.

3. Ketika saat ini dia menyukai anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. Hal ini adalah wajar, tetapi bukan berarti anda tidak pernah ada di hatinya.

4. Jika dia mengatakan “Ya, memang aku tidak memahami kamu,” itu maknanya pemikiran dia dan anda berbeza. Bukan bererti tak boleh bersatu, tetapi saling mencuba untuk memahami satu sama lain.

5. Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, anda selalu ada di dalam fikirannya. Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya anda hari ini.

6. “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telefon. Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang anda.

7. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai anda, dia akan menerima anda apa adanya. Tak peduli anda gemuk, hitam atau berjerawat. Mereka mungkin akan memberi nasihat pada anda untuk diet ketika anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai anda.

8. Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman anda. Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di wajah anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona.

9. Lelaki tidak suka jika anda bercerita tentang bekas kekasih anda. Walau kadang-kadang dia suka cerita tentang bekas kekasihnya kepada anda, tapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah bekas kekasih anda.

10. Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua anda, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan anda!.

11. Jangan berusaha membuat lelaki marah,kerana mereka adalah makhluk tuhan yang mudah marah.

12. Lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai.

13. Saat anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita.

14. Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh…….lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada anda. Seperti wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu.

15. Lelaki tidak akan pernah boleh tidur, jika dengan perlahan anda mengusap belakangnya. Dan membelai lembut kepalanya. Percayalah, jika anda melakukan ini pada kekasih anda, maka ia akan terus menerus merindukan anda.

16. Jika anda berkata tidak, yang ada di dalam fikiran lelaki adalah “Akan aku cuba lagi”. Masihkah anda ingat saat dia meminta anda menjadi kekasihnya dulu-dulu?.

17. Anda tidak akan pernah boleh membuat lelaki memahami dalam sekali bual saja. Mereka makhluk yang cerdas, tetapi susah bagi mereka untuk memahami anda. Begitulah lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang susah difahami.

18. Lelaki benci gay! Bukan bermaksud diskriminasi atau jahat, tetapi terkadang mereka tidak habis berfikir, mengapa seseorang boleh menyukai sesama jenisnya.

19. Lelaki sangat menyayangi ibunya.

20. Anda tidak akan pernah boleh memahami lelaki, kecuali anda menyediakan waktu untuk mendengar keluh kesah mereka dan bukan melulu bercerita tentang diri anda.

21. Wanita, adalah kelemahan setiap lelaki. Mereka tidak akan tahan melihat air mata jatuh dari mata Anda. Mereka juga tidak suka melihat anda bersedih.

22. Tak seperti wanita, lelaki lebih jujur dan terbuka tentang diri mereka. Mereka lebih menerima kekurangan dan menerima apa adanya.

23. Walau kadang-kadang mereka kelihatan selekeh, tetapi pada dasarnya lelaki suka kebersihan,bau wangi, dan keindahan.

24. Lelaki lebih suka pada wanita yang menghargai dirinya apa adanya.

25. Lelaki mencintai seorang wanita yang boleh menjadi sahabat, sekaligus kekasih baginya.

26. Jika ada seorang lelaki yang menceritakan masalahnya, anda cukup mendengarkannya sahaja. Jangan beri nasihat atau menyalahkan dirinya.

27. Jika ada seorang lelaki menyukai anda, lihat lebih jauh ke dalam matanya. Mata adalah jendela hati, dan ia tak pernah menipu.

28. Lelaki lebih menyukai wanita yang cerdas, berbanding wanita yang hanya tahu tentang make up dan mini skirt.

29. Fantasi lelaki tentang wanita adalah satu-satunya fantasi yang tidak mungkin dibatasi. Sekalipun mereka telah memiliki pasangan dan keluarga.


betul ke lelaki???

29 FAKTA TENTANG WANITA YANG ANDA PERLU TAHU……


Assalamualaikum uolls..

harini nak kongsi sedikit fakta tentang wanita yang perlu uolls semua tahu.. (yeps, nak tulis siap-siap dalam diari la tu!!)




29 Fakta Tentang Wanita Yang Anda Perlu Tahu
  1. Kajian Universiti Illinois, wanita lebih penyayang dan setia berbanding lelaki. Rasulullah S.A.W bersabda, “Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa orang penyayang tidak akan sia-sia”.
  2. Lelaki hanya mampu menahan kesakitan sehigga 47 Del tetapi wanita mampu menahan kesakitan sehigga 57 Del ketika sakit bersalin. Itu bersamaan 20 tulang dipatahkan serentak. Khas untuk lelaki, hargailah ibu dan isteri anda.
  3. Mengikut kajian, dalam keadaan stress atau situasi tidak terkawal, lelaki cenderung untuk mengelak tetapi wanita cenderung memilih untuk menyelesaikannya.
  4. Kajian menunjukkan memori wanita lebih kuat berbanding lelaki terutama perkara yang berkaitan dengan emosi. Sebab itu wanita lebih sensitif. 
  5. Naluri wanita lebih kuat dari lelaki. Ibu lebih bersikap melindungi dan tahu secara semulajadi bila situasi merbahaya untuk anak sedangkan bapa perlu berfikir sejenak sebelum sedar akan bahaya. 
  6. Ucapan ‘hi’ dari insan kesayangan mampu menceriakan hati wanita sepanjang harinya.
  7. Senjata wanita adalah air mata.
  8. Jika dia kata dia okey bila korang bergaduh, dia pasti tak okey. wanita selalu kata saya okey sedangkan jiwa mereka kacau saat itu.
  9. Bila cemburu wanita selalu buat pasangan mereka cemburu dengan tindak tanduk mereka. Hanya itu saja cara mereka untuk tarik perhatian pasangannya dan menduga adakah pasangannya cemburu dan masih sayang padanya.
  10. Wanita kurang suka berpasangan dengan lelaki lebih muda kerana selain faktor kematangan, wanita mudah rendah diri bila kekasihnya bersama dengan insan lebih muda dari dirinya.
  11. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang matang dalam membuat keputusan.
  12. Wanita sangat mudah jatuh cinta pada lelaki yang caring.
  13. Wanita benci lelaki yang kerap mungkir janji.
  14. Wanita sangat suka pada kejutan.
  15. Wanita mudah cair pada lelaki yang bermata cantik.
  16. Wanita suka lelaki tegas, kerana itu lambang seorang pemimpin. Mereka yakin pilihan mereka tepat memilih lelaki yang tegas kerana yakin si dia dapat memandu hidupnya.
  17. Wanita tak berapa suka pada lelaki yang sweet talker, kerana mereka takut kamu kaki mengurat.
  18. Wanita akan tersipu-sipu malu dengan lelaki yang mereka punya perasaan sedangkan dengan lelaki lain mereka mampu bercakap selamber tanpa control apabila berbual.
  19. Wanita tak berani menatap mata kekasihnya kerana dia sentiasa rasa malu pada buah hatinya, sifat malu pada buah hati akan sentiasa ada selamanya walau telah berpuluh tahun mereka hidup bersama.
  20. Wanita tak mampu berhadapan dengan pesaing dalam cinta mereka. Pasti terserlah riak wajah tak selesa pada wajah mereka. Kerana itu orang bermadu tak boleh tinggal sebumbung.
  21. Wanita tak mampu mengawal emosi marahnya, pasti terpamer dari riak muka, perbuatan atau percakapannya walau sedaya upaya mereka cuba melindungi perasaan marah mereka pada kekasihnya.
  22. Wanita lebih tertarik kepada lelaki yang lebih tinggi dari dirinya.
  23. Wanita suka lelaki berbadan tegap dan sasa.
  24. Wanita sukar jatuh cinta kali kedua kepada insan yang telah mencurangi cinta mereka.
  25. Wanita akan hilang mood jika berhadapan dengan lelaki yang terlalu serius.
  26. Cinta pada wanita bererti kejujuran, kesetiaan dan saling memahami.
  27. Wanita sukar mencari keburukan lelaki yang dia sangat sayang.
  28. Wanita sering merajuk kerana ingin dipujuk
  29. Wanita benci kepada lelaki yang pilih kasih terutama bagi yang bermadu dalam cinta. Adil kah anda dalam membahagia rasa sayang?


April 23, 2014

95 fakta mengenai lelaki yang kita patut tahu!


Assalamualaikum...

TEMPOH TUNTUTAN HADIAH GIVEAWAY TELAH DI TUTUP - Harap Maklum
15/4/2014 - 17/4/2014 


Terlebih dahulu aku ucapkan tahniah kepada pemenang 1st giveaway yang aku baru buat.. Pada yang tak menang cuba lain kali yer... Terima kasih sebab sudi follow blog aku dan bagi kerjasama untuk ikut semua syarat-syarat penyertaanyer...

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

95 fakta mengenai lelaki yang kita patut tahu!


1.Lelaki tidak benar-benar memilih gadis yang cantik. Mereka lebih suka gadis yang pembersih dan kemas.
2.Lelaki benci kekasih di'ngurat'
3.Seorang lelaki boleh suka anda untuk seminit, dan kemudian melupakan anda.
4.Ketika seorang lelaki berkata dia tidak memahami anda, itu hanya bermakna anda tidak berfikir seperti dia.
5."Awak buat apa tu? " atau " Awak dah makan? "adalah soalan biasa pertama seorang lelaki bertanya di telefon hanya untuk mengelakkan gagap.
6.Mungkin lelaki mengurat sepanjang hari tapi sebelum mereka pergi tidur, mereka selalu berfikir tentang gadis yang benar-benar mereka sayang.
7.Ketika seorang lelaki benar-benar menyukai anda, dia akan mengabaikan semua perangai buruk anda.
8.Lelaki cair bila melihat senyuman gadis.
9.Lelaki akan melakukan apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis itu.
10.Lelaki benci kalau anda berbicara tentang bekas teman lelaki anda


11.Apabila lelaki berhasrat ingin bertemu orang tua anda. Biarkan mereka. ... Jangan harap..
12.Lelaki juga boleh menangis!
13.Jangan mengapi-ngapikan seorang lelaki. Percayalah. Dia akan mengamuk walaupun dia nerd sekalipun.
14.Lelaki tidak dibuai oleh mimpi dan terlalu mengharap.
15.Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah meninggalkan mereka, dan ini membuat lebih sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka.
16.Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tidak ada jalan untuk kembali.
17.Memberikan lelaki mesej tergantung seperti "Kau tau apa?!... Argh ... Takde apa-apa!" Akan membuatnya memberi kata putus yang tidak pernah anda fikirkan.
18.Seorang lelaki mampu mengurat dengan beribu cara tetapi mereka biasanya gagap ketika mereka bercakap dengan seorang gadis mereka benar-benar cinta.
19.Ketika seorang lelaki membuat "umm" berpanjangan atau memberi bermacam alasan bila anda meminta dia untuk melakukan sesuatu untukmu, sebenarnya dia ingin mengatakan bahawa dia tidak menyukai anda.
20.Ketika seorang gadis berkata "tidak", seorang lelaki mendengarnya sebagai "cuba lagi esok". 


21.Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda benar-benar inginkan sebelum dia faham itu dengan jelas.
22. Lelaki benci gay!
23. Lelaki sayangkan ibu mereka.
24. Seorang lelaki akan sanggup mengorbankan wang untuk makan semata-mata ingin membelikan anda beberapa kuntum bunga ros.
25. Seorang lelaki sering terfikir tentang gadis yang suka padanya. Tapi ini tidak bererti bahawa lelaki menyukainya.
26. Anda tidak akan pernah memahami lelaki kecuali anda dengar cakap dia.
27. Jika seorang lelaki mengatakan pada anda dia mencintaimu sekali dalam seumur hidup. Dia benar-benar kata begitu.
28. Hati-hati. Lelaki mampu menyebarkan gosip keseluruh dunia lebih pantas berbanding perempuan.
29. Perempuan adalah kelemahan lelaki.
30. Lelaki sangat terbuka tentang diri mereka.


31. Ada baiknya untuk menguji seorang lelaki terlebih dahulu sebelum anda percaya padanya. Tapi jangan biarkan dia menunggu.
32. Tidak ada lelaki yang jahat ketika bercinta.
33. Lelaki benci kalau pakaian mereka menjadi kotor. Meskipun titik kecil.
34. Lelaki akan benar-benar mengagumi gadis-gadis yang mereka suka meskipun jika mereka tidak secantik mana.
35. Kawan baik anda, yang menjadikan dia sebagai rujukan bagi teman lelaki anda tentang masalah dengan anda mungkin berakhir dengan teman lelaki anda syok pada dia.
36. Jika seorang lelaki memberitahu anda tentang masalah , dia hanya perlukan seseorang untuk mendengar dia. Anda tidak perlu memberi nasihat ...
37. Sebuah tindakan biasa yang membuktikan bahawa lelaki itu menyukaimu adalah ketika dia menggoda anda.
38. Seorang lelaki sentiasa ada cara untuk membuat anda tidak rapat dengan lelaki lain.
39. Lelaki cinta gadis yang menggunakan otak dikepala lebih dari gadis otak di kasut.
40. Lelaki cuba untuk mencari patung yang gadis ingin namun sayangnya pasti akan memilih yang salah.


41. Lelaki boleh berbual tentang apa pun.
42. Lelaki tidak boleh menyimpan rahsia yang perempuan beritahu mereka.
43. Lelaki berfikir terlalu banyak.
44. Fantasi lelaki tidak terbatas.
45. Ketinggian seorang perempuan tidak penting tetapi berat amat penting bagi lelaki.
46. Lelaki cenderung lebih serius dengan hubungan mereka dan menjadi terlalu cemburu.
47. Ketika seorang gadis membuat lelaki menempuh pelbagai halangan selama bercinta, sukar baginya untuk melepaskan gadis itu.
48. Tidak mudah bagi seorang lelaki untuk melepaskan kekasihnya setelah mereka putus terutama ketika mereka sudah bersama selama 3 tahun atau lebih.
49. Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda inginkan sebelum bersama dengan lelaki itu.
50. Seorang lelaki perlu mengalami putus cinta, kerana jika dia terlalu bagus, tidak pernah putus cinta, tidak pernah rasa sakit hati, dia tidak akan matang dan menjadi dewasa.


51. Ketika didatangi pelbagai kesulitan, lelaki lebih cenderung menyalahkan diri sendiri berbanding menyalahkan kekasihnya. Mereka juga mampu melukai diri sendiri secara fizikal.
52. Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah, tapi mempunyai keazaman yang lemah
53. Lelaki mungkin adalah harimau dalam kumpulan sebaya mereka, tetapi mampu dijinakkan oleh perempuan.
54. Ketika seorang lelaki berpura-pura menjadi tenang, check adakah dia berpeluh. Anda mungkin akan melihat bahawa dia gugup.
55. Ketika seorang lelaki mengatakan dia akan tergila-gilakan gadis itu. Dia benar-benar maksudkannya.
56. Ketika seorang lelaki meminta anda untuk meninggalkan dia sendirian, dia hanya bermaksud, "Jangan pergi dan dengar saya"
57. Lelaki tidak benar-benar memiliki kata putus.
58. Ketika seorang lelaki mencintai anda, dia memberikan yang terbaik dalam dirinya.
59. Jika seorang lelaki mula berbicara serius, ianya sangat penting!
60. Jika seorang lelaki terlalu senyap, katakan sesuatu! Mungkin dia ada masalah.


61. Lelaki percaya bahawa tidak ada cinta pada pandangan pertama, dan kemudian menyedari pada akhirnya bahawa dia salah.
62. Lelaki suka perempuan yang bersikap keperempuanan.
63. Lelaki tidak suka perempuan yang suka pukul lelaki
64. Seorang lelaki dapat mengetahui apakah gadis itu suka padanya tapi tidak pernah yakin kecuali gadis itu kata kepadanya.
65. Seorang lelaki akan membuang-buang masa dengan video game dan bola sepak, sama seperti seorang gadis yang terhadap novel dan make-up
66. Lelaki cinta gadis yang boleh memasak atau membuat kek. .... Amat-amat cinta.
67. Lelaki suka seperti perempuan yang seperti ibunya. No kidding! ... ... Tetapi hanya bila lelaki itu bersedia
68. Seorang lelaki mempunyai masalah lebih banyak daripada yang boleh anda lihat dengan mata anda.
69. Kawan baik teman lelaki anda tahu segalanya tentang dia. Gunakan peluang ini!
70. Jangan sombong. Lelaki boleh dengan mudah menyerah pada tanda pertama akan putus cinta.


71. Jangan bias. Cuba mencintai seorang lelaki tanpa prasangka dan anda akan terkejut.
72. Lelaki lebih banyak bercakap daripada perempuan terutama ketika topik tentang perempuan.
73. Lelaki tidak memahami kenyataan "Get Lost" dengan baik.
74. Lelaki benar-benar berfikir bahawa perempuan adalah sukar dibaca dan mempunyai keputusan tak terduga tapi masih menyayangi mereka.
75. Lelaki tidak peduli tentang bagaimana berkilau kasut mereka tidak seperti perempuan.
76. Lelaki cenderung membuat tanggapan yang tidak benar terhadap perempuan bahawa semua perempuan itu sama, dan mereka akan menyedari bahawa mereka salah.
77. Setiap lelaki boleh menangani semua masalah-masalahnya oleh dirinya sendiri. Tetapi dia terlalu keras kepala untuk menghadapinya.
78. Lelaki merasa begitu keberatan ketika seorang gadis bersumpah.
79. Titik kelemahan lelaki berada pada lutut.
80. Ketika suatu masalah mula timbul, seorang lelaki biasanya membuat dirinya nampak cool tapi masih memikirkan cara mengatasinya.


81. Ketika seorang lelaki memandangmu, dalam kepala dia hanya ada 2 perkara. Mengutuk atau syokkan kamu.
82. Apabila anda menangkap teman lelaki anda curang dan dia meminta peluang kedua, berikan kepadanya. Tapi ketika anda menangkap dia lagi dan dia meminta peluang lain, tinggalkan saja. Dia tidak serius dengan anda.
83. Jika seorang lelaki membenarkan anda memutuskan perhubungan, ini bermakna dia benar-benar mencintai anda.
84. Jika anda mempunyai teman lelaki, dan kawan teman lelaki anda selalu menjeling anda, itu jelas menunjukkan bahawa dia cemburu setiap kali anda dengan kekasih anda, dan dia lebih cintakan anda lebih daripada teman lelaki anda.
85. Lelaki belajar dari pengalaman bukan dari novel cinta yang perempuan baca dan mengambil sebagai asas pengalaman mereka.
86. Anda boleh mengetahui adakah seorang lelaki benar-benar terluka atau sakit ketika dia menangis di depan anda!
87. Jika seorang lelaki tiba-tiba meminta anda untuk dating, tanyakan dulu mengapa.
88. Ketika seorang lelaki kata dia tidak boleh tidur jika dia tidak mendengar suara anda meskipun hanya untuk satu malam, letak telefon. Dia juga kata begitu untuk gadis lain. Dia hanya ingin mengurat anda dan kadang-kadang hanya untuk permainkan anda.
89. Anda benar-benar boleh mengatakan bahawa seorang lelaki memiliki niat yang baik jika anda melihat dia bersembahyang ketika keluar dating.
90. Lelaki tidak akan mencari nasihat dari seorang lelaki melainkan dari seorang gadis.


91. Perempuan dibenarkan untuk menyentuh hal-hal melibatkan diri lelaki. 'Tetapi bukan pada rambut mereka!'
92. Jika seorang lelaki kata kamu cantik,lelaki itu suka anda.
93. Lelaki benci perempuan yang gedik.
94. Lelaki mencintaimu lebih dari kau mencintai dia JIKA dia serius dalam hubungan anda.
95. Lelaki cair ketika gadis menyentuh tangan-tangan mereka ..


Thanks sudi baca.. :)

July 4, 2013

Chocolate's addict

Assalamualaikum...

Acece.. ape kabor korang?? harap-harap ada la yang sudi jawab salam aku tu... memandang hari ni kerja pun tak banyak sangat... so masa yang terluang ni lebih baik kita hupdate blog kita nie yer... kalau big bos tau nie... hehehe.. masalahnya jah.. ada ke yang baca blog kau nie.. eh?? biarlah lah kita dengan dunia kita.. orang buat facebokk kau nak jugak.. orang berbelog kau pun nak... tak kesah lah mak jemah hoi... yang penting i happy you...

Last week, my second big boss pergi langkawi... sampai hati tak ajak bos kecik ni... lalalala.. keje la.. mana boleh main-main.... yang penting balik mesti bawak balik cokelat untuk kite ea...yaaa.. tak mintak pun dia bagi... hehehehe... by the way, aku memang seorang insan yang pencita chocolate atau dalam bahasa melayu ye coklat atau cokelat selain seorang pencinta kucing... penyayang latekan.....

nak kasi review sikit tentang antara cokelat feberet aku....


Cadbury Dairy Milk... paling aku suka black forest.. sedap sangat ... manis dan rasa nikmat sangat-sangat...
sambil-sambil tu berangan macam dalam iklan dia duduk kat buaian tepi pantai..sedapnya...


yang ni buat aku rasa special and dihargai.. wah gitu....


yang ni kak long aku kasi.... sedap.. memang rasa kaya gitu kalau makan cokelat ni...


special dark chocolate.. tapi yang paling sedap special darl chocolate with rice crips..entah betul tak aku eja...


sedap sangat-sangat... tapi manis la amat.....nak hadiah nie... yang dark chocolate pahit..



kalau nak lepaskan gian tak dapat makan cokelat... poket pun sakit.. i ambik ni...


Ya Allah... syurga hershey's....



cute tak?? kalau ada satu boleh buat collection...

Lepas ni kalau korang nak bagi present kat aku.. bagi la cokelat banyak2 gerenti aku senyum sampai telinga....




June 26, 2013

50 Insane fact about hair???


Assalamualaikum..

bile cakap pasal rambut... mesti korang terfikir perempuan.. bak kata orang rambut tu mahkota wanita.. even adik aku linda rambut die memang panjang macam pontianak... hahaha.. dulu rambut aku panjang jugak tapi atas sebab study dan sibuk untuk uruskan rambut aku pun potong just nice look je...
 well... berbalik pada topik kita sebenarnya... 

50 INSANE FACT ABOUT HAIR!!!!  (open new tab for full resolution)






welll.. ni pun cukup buat aku tercopong... ohhh yaa... kan kan..

kbyes...by si sewel yang boring..