October 28, 2015

Kenapa Hati Boleh Tenang


Kenapa hati boleh tenang?

Saya ada persoalan untuk kita fikirkan tengah hari ni. Kenapakan, bila manusia stress duduk di kawasan bandar, kita akan cari pemandangan alam kat luar bandar seperti pergi laut, hutan, pulau, panjat gunung dan sebagainya?

Ada yang kata sebab ketenangannya. Tapi, kenapa kita tenang bila pergi ke sana melihat pemandangan alam sekitar? Apa puncanya? Hehe.

Antara faktor utamanya adalah, sebab alam sekitar itu BERZIKIR mengingatii Allah dengan cara mereka sendiri. Mereka berkumpul sekelompok dan berzikir. Dengan zikir kepada Allah, akan jadi tenang.

"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun."
(Surah al Isra 17 : 44)

Hati kita tenang sebab kita hanya menumpang ketenangan mereka saja. Sebab tu hati kita rasa tenang, damai, tenteram dan segala bagai.
Tetapi persoalannya kan.... Sampai bila kita nak tumpang ketenangan mereka? Takkan la selamanya nak duduk laut, nak tinggal atas gunung, nak lepak dalam hutan dan sebagainya. Akhirnya kita kena balik rumah, balik ke bandar dan sebaganinya.
So macam mana nak tenang semula?
Formulanya senang je, dengan berzikir pada Allah juga. Tanya pada diri kita, sehari berapa banyak kali kita istighfar pada Allah? Rasulullah yang maksum takde dosa tu pun, sehari istighfar sampai 70 kali. Ada riwayat lain kata, Rasulullah istighfar sampai 100 kali.
Kenapa kita susah nak istighfar sedangkan Rasulullah pun istighfar? Dah jom istighfar sekarang, jangan baca je. Hehe
Lepas tu, sehari berapa mukasurat kita baca al Quran? Atau seminggu sekali je baca? Bacalah al Quran at least sehari satu muka surat. Bukan lama sangat pun.
Saya tahu, ramai yang tak sempat membaca sebab sibuk kerja. Tapi takkan korang takde waktu rehat langsung? Kerja 8 jam takde rehat? Waktu rehat tu, baca la al Quran walau 1 muka surat.
Kejap lagi nak pukul 1, dah nak rehat. So, nanti rehat bacalah al Quran. Dan jadikan habit korang. Ok? :)

Ketenangan ni selamanya akan dapat dengan ingat Allah. Ingat Allah bukan waktu kita stress, waktu ada problem, waktu ada masalah dan macam2, tapi LEBIH dari tu. Iaitu ingat Allah waktu kita senang, gembira, dapat gaji dan sebagainya. Ingat Allah waktu senang, insyaAllah Allah akan ingat kita waktu kita susah.
ok? :)

Jom istighfar dan baca al Quran sekarang.
-----

#TarbiahSentap
#SharingForUmmah

No comments:

Post a Comment