September 24, 2014

29 FAKTA TENTANG WANITA YANG ANDA PERLU TAHU……


Assalamualaikum uolls..

harini nak kongsi sedikit fakta tentang wanita yang perlu uolls semua tahu.. (yeps, nak tulis siap-siap dalam diari la tu!!)




29 Fakta Tentang Wanita Yang Anda Perlu Tahu
  1. Kajian Universiti Illinois, wanita lebih penyayang dan setia berbanding lelaki. Rasulullah S.A.W bersabda, “Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa orang penyayang tidak akan sia-sia”.
  2. Lelaki hanya mampu menahan kesakitan sehigga 47 Del tetapi wanita mampu menahan kesakitan sehigga 57 Del ketika sakit bersalin. Itu bersamaan 20 tulang dipatahkan serentak. Khas untuk lelaki, hargailah ibu dan isteri anda.
  3. Mengikut kajian, dalam keadaan stress atau situasi tidak terkawal, lelaki cenderung untuk mengelak tetapi wanita cenderung memilih untuk menyelesaikannya.
  4. Kajian menunjukkan memori wanita lebih kuat berbanding lelaki terutama perkara yang berkaitan dengan emosi. Sebab itu wanita lebih sensitif. 
  5. Naluri wanita lebih kuat dari lelaki. Ibu lebih bersikap melindungi dan tahu secara semulajadi bila situasi merbahaya untuk anak sedangkan bapa perlu berfikir sejenak sebelum sedar akan bahaya. 
  6. Ucapan ‘hi’ dari insan kesayangan mampu menceriakan hati wanita sepanjang harinya.
  7. Senjata wanita adalah air mata.
  8. Jika dia kata dia okey bila korang bergaduh, dia pasti tak okey. wanita selalu kata saya okey sedangkan jiwa mereka kacau saat itu.
  9. Bila cemburu wanita selalu buat pasangan mereka cemburu dengan tindak tanduk mereka. Hanya itu saja cara mereka untuk tarik perhatian pasangannya dan menduga adakah pasangannya cemburu dan masih sayang padanya.
  10. Wanita kurang suka berpasangan dengan lelaki lebih muda kerana selain faktor kematangan, wanita mudah rendah diri bila kekasihnya bersama dengan insan lebih muda dari dirinya.
  11. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang matang dalam membuat keputusan.
  12. Wanita sangat mudah jatuh cinta pada lelaki yang caring.
  13. Wanita benci lelaki yang kerap mungkir janji.
  14. Wanita sangat suka pada kejutan.
  15. Wanita mudah cair pada lelaki yang bermata cantik.
  16. Wanita suka lelaki tegas, kerana itu lambang seorang pemimpin. Mereka yakin pilihan mereka tepat memilih lelaki yang tegas kerana yakin si dia dapat memandu hidupnya.
  17. Wanita tak berapa suka pada lelaki yang sweet talker, kerana mereka takut kamu kaki mengurat.
  18. Wanita akan tersipu-sipu malu dengan lelaki yang mereka punya perasaan sedangkan dengan lelaki lain mereka mampu bercakap selamber tanpa control apabila berbual.
  19. Wanita tak berani menatap mata kekasihnya kerana dia sentiasa rasa malu pada buah hatinya, sifat malu pada buah hati akan sentiasa ada selamanya walau telah berpuluh tahun mereka hidup bersama.
  20. Wanita tak mampu berhadapan dengan pesaing dalam cinta mereka. Pasti terserlah riak wajah tak selesa pada wajah mereka. Kerana itu orang bermadu tak boleh tinggal sebumbung.
  21. Wanita tak mampu mengawal emosi marahnya, pasti terpamer dari riak muka, perbuatan atau percakapannya walau sedaya upaya mereka cuba melindungi perasaan marah mereka pada kekasihnya.
  22. Wanita lebih tertarik kepada lelaki yang lebih tinggi dari dirinya.
  23. Wanita suka lelaki berbadan tegap dan sasa.
  24. Wanita sukar jatuh cinta kali kedua kepada insan yang telah mencurangi cinta mereka.
  25. Wanita akan hilang mood jika berhadapan dengan lelaki yang terlalu serius.
  26. Cinta pada wanita bererti kejujuran, kesetiaan dan saling memahami.
  27. Wanita sukar mencari keburukan lelaki yang dia sangat sayang.
  28. Wanita sering merajuk kerana ingin dipujuk
  29. Wanita benci kepada lelaki yang pilih kasih terutama bagi yang bermadu dalam cinta. Adil kah anda dalam membahagia rasa sayang?


1 comment:

  1. Betul sangat.. wanita nampak kuat pada luaran tetapi jiwa lembut ;)

    ReplyDelete