September 4, 2014

Rumah kata pergi, kubur kata mari...

Assalamualaikum uolls..

p/s : maaf cerita ni panjang sikit, bahasa tunggang langgang, tak salah blog.. memang blog lisa hlovate tau..


Korang jangan pelik kalau tengok blog aku macam selekeh jep skrg ni.. jarang update.. sebab aku tengah undercontrol mood... dengor macam dashyat benor ngupenyer... aku selalu mendecokan blog aku.. konon nak transform la.. sekali tengok kod berjujuk... naik juling bijik mato den ni.. poning... InsyaAllah aku tengah tunggu sorang insan yang baik hati dan cun melecun lagi comel untuk design full template blog aku.. tunggu ok..

Berbalik pada tajuk aku kat atas tu... korang rasa aku maksudkan sape?

"Rumah kata pergi, kubur kata pergi..."

ayat ni sesuai sangat bagi pada seseorang yang sudah berumur.. bahasa kasar yer... tua bangka yang miang keladi... kalau korang tak tau... aku sekarang kerja kat sebuah syarikat kontraktor ni... dengan je kontraktor.. of coz la kerja dengan lelaki.. tak kisah la kan.. masalahnya ada insan-san yang pantang nampak dahi licin ni.. pantang jumpa perempuan je.. fikiran dah kelain...

ceritanya macam ni, orang ni aku bagi nama En. S (bukan nama sebenar ok).. S ni merupakan supplier untuk lori dan jentera berat... sebab company tmpt aku kerja tu selalu sewa lori dia.. then satu hari ni dia mintak tolong aku suruh taipkan surat untuk dia.. (takde komputer).. then aku tulisla.. bos aku suruh.. dia nak beli rumah ats orang katanya.. then dah siap tu.. dia tanya nama aku.. aku cakap la is... sebab selalu memang kat tempat kerja orang panggil is jer.. lagipun dia cakap tak tahu nama aku sapa... selalu datang ambik payment macam tu tapi tak tahu nama... so aku jawap dengan elok.. takde syak ape-ape...then semalam, aku kat ofis lagi tengah tunggu mak aku datang jemput aku balik kerja.. tibe ada no tak kenal mesej... aku bajet mungkin member kelas masa kat umt kut.. mungkin x save no... dia cakap nak call boleh.. seriau la aku.. sebab aku memang tak layan orang kenal.. lagi-lagi lelaki... ntah sapa-sapa... then, lepas aku tanya sapa? aku cakap "saya tak jawap call orang tak kenal, maaf" baru dia cakap dia tu sapa... lagi la terkejut badak aku.. dia cakap nak datang ofis esok (means hari ni) nak jumpa majikan aku... setahu aku, kat ofis tu cuma 3 insan je yang tahu, bos, isteri bos, dan sorg lagi, project coordinator.... aku nak syak orang pun tak baik kan... kalau la dia call cakap macam-macam memang ke dalam lah jawap yer...

Esoknya (pagi tadi) isteri bos aku (kak R) datang dia suruh call en S sebab nak ambik payment.. aku ceritalah semua kat dia.. then sekarang bos aku pun dah tau.. tak tau la nnati dia kena macam mana... takut jugak aku... nanti sebab aku bisnes diorang berantakan pulak... lagi satu umur dia dah 49 tahun, bina dua tu...seram aku dengar... for secure.. aku kunci ofis sentiasa.. sebab memang aku duduk sorang kat ofis.. nasib aku la memang.. dugaan tuhan...

pengajaran untuk korang semua, pembaca blog aku, hati-hati dengan lelaki sekarang, sebab zaman sekarang semua lelaki tak boleh percaya, jangan duduk sorang-sorang kat tempat sunyi..



ni bukan iklan produk ea.. aku memang anti gila golongan macam ni.. mintak jauh la... 




p/s : kak long pesan aku kena kawen cepat, supaya ada orang jaga adik dia yang comel dan cun ni.. risikkan anak sultan sorang boleh? sory kalau korang rasa entry ni tak sesuai.. tapi aku rasa aku kena cerita supaya korang berhati-hati dan tak jadi macam aku.. lepas ni kena pergi kerja macam orang arab la... biar oarang tak tertarik perhatian.... 

No comments:

Post a Comment