Assalamualaikum..
(entry kali ni mungkin panjang sikit.harap tabahkan hati
untuk habis baca)
Kurang dari 26 jam lagi kita akan menginjak ke tahun baru
2016..terlalu banyak kenangan dan perkara yang berlaku dalam tahun ni. Seperti yang
korang tahu tahun lepas keluarga aku diuji dengan mak aku kemalangan jalan raya.
Alhamdulillah keadaan beliau semakin pulih. Walaupun aku terpaksa korbankan
hari kerja aku selama sebulan lebih, tak termasuk kerja lompong-lompong (half
day) sebab jaga mak dekat hospital. Yang mana tempat yang banyak mengajar aku
erti kesabaran, ketabahan dan kasih sayang. Di kala waktu adik aku masih kat
asrama waktu tu (kmns) dan lagi sorang tengah praktikal dekat JB. Ayah aku
pulak tak berapa sihat. Cekalkan hati jer waktu. Kadang-kadang aku berfikir
kenapa berat betul kami diuji. Mungkin ada hikmahnya.
Dalam pada
mak kemalangan tu, kebetulan bos tempat aku kerja tu pergi umrah. Kat office
pulak kebanyakannya hanya aku yang tahu. Kelam kabut sikit la kerja kat office.
Nanti kejap-kejap isteri bos (kak ima aka bos no2) call. Kejap-kejap anak dia
(shasha) call aka pembantu aku tak
rasmi.. hahahahaha. Tapi merekalah yang banyak tolong aku masa mak
eksiden, tolong hantar aku balik rumah kalau ayah takda. Macam-macam. Ibarat yer
kami dah macam satu family yang rapat.
Tahun 2015
juga tahun yang bermakna bagi aku kerana azam aku dah tercapai iaitu nak
dapatkan lessen memandu. Walaupun drama lesen memandu dari tahun 2013 lagi tapi
akhirnya lulus jugak dengan 3 kali test. Hebat betul, sampai jpj pun dapat cam.
Dia kasi chance aku lulus kut hari tu. Cuma aku tak dapat kelepasan dari ayah
lagi sebab aku tak mahir bawak kat jalan yang berbukit-bukit. Malangnya jalan
ke Bandar adalah jalan yang penuh dengan bukit, turun naik turun naik, selekoh
kiri kanan. Teringat pulak aku jalan nak pergi KMNS, jalan bukit putus. Sudahlah
bukit, lori banyak, seriau kau! Tak tau la bila aku akan bawak kereta sendiri
agaknya
Tahun ini
jugak aku dapat tawaran menghadiri temuduga latihan separa perubatan selepas
aku lulus ujian online. Tawakal je la dapat ke tak. Yang penting pengalaman. Lagipun
ni dah kali ketiga aku pergi temuduga kerja kerajaan. Yang dua tu untuk jawatan
yang sesuai dengan kelayakan aku. Kenapa aku pilih bidang lain? Aku fikir umur
aku pun makin meningkat. Temuduga pun asyik tak dapat, mungkin aku perlu cuba
bidang lain. Lagi pun tak semestinya belajar tu, kerja pun sama. Aku pun pilih
5 jawatan (MA, farmasi, xray, terapi cara kerja dan jururawat. Sebulan selepas
tu result pun keluar. Kau rasa apa?
Tahniah! Anda Berjaya dalam temuduga. Lapor diri 4 January 2015. Scroll ke bawah 5 jawatan tu. Tengok bawah sekali latihan jururawat.
Maigodd. Alhamdulillah, ni mesti sebab aku cerita aku jaga
mak kat hospital, sepupu aku jururawat (lebih 5 orang kut) lama jugak nak tahu
result dapat posting kursus kat mana. Tup tup keluar dekat KOLEJ KEJURURAWATAN
KUALA PILAH. Ok kuala pilah, dah pernah pergi sebab linda dulu study kat kmns. Nak
kena lalu bukit putus lagi ni. Dan kebetulan kawan baik kak long (bff aku)
study situ gak dan baru teringat rahmat member baik masa kat umt pun tunggu
posting, dia bakal MA study dekat kolej perubatan seremban. Kecik je pusing-pusing.
*uniform kerja aku suatu hari nanti
Itulah sedikit
sebanyak coretan untuk tahun 2015, permulaan yang diuji dengan ujian yang berat
dan di akhiri dengan kegembiraan buat kami sekeluarga. Aku melangkah ke sector kerajaan.
Yang mak ayah aku idam idamkan. Insyaallah satu hari nanti aku dapat membatu
keluarga pula. Teringat buku profil murid masa sekolah rendah. Cita-cita apa? Aku
tulis doctor sebab aku minat sains, guru dengan pensyarah. Sekali dapat tawaran
jururawat. Dunia perubatan jugak. Nak jadi doctor spm resultku tak
lepas..hehehe..
Akhir kata, harap dengan bermulanya tahun baru marilah kita
buka buku baru. Hidup baru dengan azam baru. Doakan aku dapat jadi student yang
berjaya dengan cemerlang di sana nanti dan insyaallah jadi seorang jururawat
yang dapat berkhidmat pada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan Negara..
Doakan tau! Terima kasih kepada korang yang baca blog picisan aku ni. Baru tukar
template baru ni, nafas baru untuk blog LISA HLOVATE ( dah banyak kali orang tanya
aku hlovate ke? SAYA BUKAN HLOVATE, SAYA LISA, hlovate tu nickname sahaja)
*kena cari nama lain kut.
Jangan lupa doakan aku tau!