November 8, 2015

4 Idea Jana Pendapatan Melalui Penulisan





Hari demi hari semakin banyak blog-blog baru yang muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan.Kalau dulu blog adalah medium untuk bercerita kisah kehidupan seharian seperti blogger Fatin Liyana, Hanis Zalikha, Maria Elena.Saya juga dulu menulis blog sekadar ikut kawan.Tulis tentang kehidupan seharian berada diperantaun. Namun dek kerana kekangan waktu, jadual belajar yang padat, blog saya terbengkalai dan kembali aktif selepas tamat belajar.

Zaman sekarang banyak blogger yang lahir kebanyakkan menjadikan blog mereka sebagai salah satu medium untuk menjana pendapatan sampingan. Malahan ada yang sanggup untuk berhenti kerja untuk memberi tumpuan sepenuhnya pada blog mereka. Tak kurang pula yang ada pelajaran yang bagus tetapi memilih bidang blogger atau penulisan sebagai kerjaya.




Penulisan umumnya terbahagi kepada dua iaitu penulisan kreatif dan penulisan non-kreatif. Penulisan kreatif ialah penulisan dalam bentuk novel, cerpen, lagu, puisi dan sewaktu dengannya. Sebagai Faizal Tahir yang mengunakan bakatnya dalam penulisan lagu dan menjadi penyanyi dan juga composer yang Berjaya. Bagi Penulisan non-kreatif pula berbentuk informatif dan antaranya adalah seperti penulisan buku panduan, ebook, artikel, blog dan sebagainya. Pasti anda kenal Blogger Abang Ensem yang menulis ebook tentang hartanah. Lihat saja bagaimana ebook hartanah beliau yang menjadi panduan perunding-perunding hartanah di luar sana.




Antara idea yang boleh digunakan dalam menjana pendapatan adalah.

4 Idea Jana Pendapatan Melalui Penulisan

Menulis Ebook

Ebook merupakan buku digital yang mana kita tidak perlu lagi membeli buku fizikal, kita hanya beli buku dalam bentuk softcopy  dan baca buku di komputer, tablet malahan telefon yang kita pegang hari-hari bila-bila masa daan di mana sahaja. Namun penulisan ebook memerlukan kita mempunyai ilmu yang luas dalam sesuatu yang kita hendak tulis. Mungkin anda pandai membuat kek coklat lembab, anda boleh hasilkan ebook tentang kek coklat moist yang dilengkapi dengan resepi, gambar langkah demi langkah untuk membuat kek coklat moist

Menulis Buku

Sewaktu kecil anda pasti tak melepaskan peluang menonton cerita animasi doremon atau naruto. Sepupu saya mempunyai hampir semua koleksi lengkap sekual cerita tersebut. Atau mungkin anda minat dengan cerita sekual Harry Potter yang merupakan adaptasi dari novel karya JK Rowling. Lihat sahaja berapa ramai peminat dan penyokong Harry Potter. Sudah tentu karya-karya beliau terjual berjilid-jilid dan diulang cetak berkali-kali.

Menulis Blog

Ada banyak  saluran yang anda boleh gunakan bagi menjana pendapatan melalui blog. Selalunya blog yang mempunyai trafik yang tinggi sudah tentu dapat menjana pendapatan yang lumayan. Syarikat-syarikat yang baru meningkat naik kebanyakannya mengambil pendekatan menggunakan blogger untuk mempromosikan produk mereka. Dari situ kita boleh menulis artikel pengiklanan berbayar untuk mempromosikan produk mereka. Selain itu, blog juga boleh menjana pendapatan melalui affiliate contohnya ashadee, job dirumah dan banyak lagi.

Menulis Akhbar dan Majalah

Surat khabar, majalah yang kita baca hari-hari itu ditulis oleh wartawan yang berkerja di syarikat penerbitan. Kebanyakan mereka mempunyai latar belakang akademik dalam bidang penulisan. Namun ada juga blogger yang menjadi wartawan, tapi perlulah jadi blogger yang menghasilkan penulisan yang bak dan bermanfaat untuk orang lain.




Apa pun dalam pada kita menulis untuk menjana pendapatan atau sekadar suka-suka, kita perlu betulkan niat kita dalam menulis. Kalau boleh tulislah sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain. Jangan kita lupa, sebagaia blogger, penulisan kita akan kekal selagi kita tak buang ia, selagi itu orang akan baca. Anggaplah penulisan kita satu hari nanti menjadi saham kita di akhirat. Insya Allah.

3 comments:

  1. Tgh berusaha untuk jana pendapatan melalui blog..hope boleh la ikut jejak mcm blogger2 otai yg ada antaranya bergantung sepenuhnya pendapatan melalui blog..mmg salute..hehe

    ReplyDelete
  2. bestnya blogger2 yg bleh jana pendapatan ribu2 dr blog aje...teringin juga

    ReplyDelete
  3. betul tu, tapi malangnya belum cukup kreteria. huhu

    ReplyDelete