Assalamualaikum.....
Ikan Siakap Masam Manis
Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
2 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil serbuk kunyit
Serbuk lada hitam
Secubit garam
Minyak untuk mengoreng
Bahan-bahan untuk membuat sos
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 sentimeter halia
5 camca besar tomato puri
1/2 botol sos cili
Sedikit bunga cengkih
Sedikit bunga lawang
Sedikit buah pelaga
Satu batang kayu manis
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara penyediaan
1. Lumurkan ikan siakap dengan tepung jagung, garam, kunyit dan serbuk lada hitam.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ikan sehingga kekuningan. Angkat dan biarkan seketika.
3. Untuk membuat sos, panaskan sedikit minyak dan tumiskan bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis.
4. Setelah naik bau, masukkan cili boh dan sos tomato, tumiskan lagi sehingga naik bau.
5. Ketika menghias, tuangkan sos yang telah dimasak tadi ke atas ikan siakap..
Selamat mencuba!!!
No comments:
Post a Comment