June 11, 2012

workaholic dah tumbang!!

Assalamualaikum...

Akhirnya malam nie hampir 80% aku siap kemas bilik . tinggal tunggu Eira balik je esok petang . touch up sikit skit lepas tu siap kemas . then boleh study dengan tenang . pulun tulang sem ni bah! tak tau betul tak tatabahasa aku ni .

Semalam pagi pagi aku dah bangun . cepat cepat packing ape yang patut . then sambung plan semalam nak buat apam polkadot . jadik walaupun tak berapa nak nampak dot dot yer tapi sedap sebab taruk jem strawberry . dalam resepi patutnya guna kaya . oleh kerana nak olah jadi resepi sendiri jadi aku tukarlah jadi jem strawberry . hasilnya yang tengah aku duk ngap ngap nie... dalam pada buat buat tu aku dengan linda dah macam orang keje spital . dua dua pakai mask . yang linda memang allergic dengan habuk . kalau kena habuk sikit bersin tak habis habis sampai bergegar rumah . sampai nak sesak nafas aku pakai mask . mana nak tahan hidung sumbat lagi dengan batuk peritnya lagi . tahan jela... telan panadol banyak mana pun tak jalan . petangnya before aku balik sempat lah shopping barang sikit ganti plan semalam nak gi pasar minggu tak jadi . yang penting i got my new sandal!!! cantik ala ala hawai sikit . balik je dari kedai sambung kemas lagi . lepas makan tengok jam ada 10 minit pukul 7 . sempat ni pergi tengok kak wana . dari hari dia eksiden hari tu aku belum sempat lagi nak jenguk dia .

Sebak dia bila jumpa kak wana tak tau nak kata . nak nangis aku masa aku peluk dia . melelehlah jugak walaupun ditahan tahan . naseb baik takde sapa nampak . korang tau kan situasi aku masa tu . kalau aku ada dalam kereta dengan kak wana masa kejadian tu . nauzubillah . aku takut nak bayangkan . rupa rupa dalam pada aku nak pergi jumpa kak wana , dia pun memang nak sangat jumpa aku . sedih sangat . masa before bertolak pergi stesen bas tu , kak wana sempat lagi datang rumah kasi baju . rupa rupanya senyap senyap dalam pada aku balik dari rumah dia tu dia pergi beli baju tu . adalah 30 minit dia pergi beli baju tu . Ya Allah hanya Tuhan saja yang tahu ape aku rasa . kenangan tula kak wana cakap . baju sempena kenangan aku dengan kak wana . tak pernah aku sangka sangka . terasa diri ini tersangat dihargai . 





Naek je bas tak ramai pun orang yang cam . takde pun studeng cam aku . naseeb pun baik ada ariep balik sama tarikh dengan aku . adalah insan jugak yang baik hati teman aku balik rumah walaupun pakcik teksi tu hantar kat rumah dia dulu . dahlah hujan rintik rintik masa tu . mana nak tahan sejuk lagi . sampai sampai je tak sempat tidur dulu terus kemas bilik . so far tersangatlah penat . balik lambat sehari pun dah ponteng satu hari . balik lambat pun penat balik cepat pun penat sebab tak cukup rehat . harap harap esok demam aku kebahlah . takmo ponteng ponteng yer .

Aku rasa hari tu aku kerja non-stop takde cuti . tu yang aku demam ni . maybe sebab penat kut . kerja buat kuih tu sebulan . tu pun cuti ahad je . lepas tu naik office cuti ahad jugak tu pun sekali dalam masa dua minggu kerja situ . dah lima hari nak balik baru cuti nak rest . tu pun masih nak panggil aku kerja . mana nak rest . jadi nilah hasilnya nak balik sakitnya pulak datang . Doa-doa semoga aku sihat esok . lepas tu boleh pergi PK (pusat kesihatan ) UMT nak berurut dengan pakcik ogawa . kalau tak sihat jugak terpaksa lah jumpa doktor mintak mc . susah tau demam . naseb baik takde pil nak kena telan . nasihat aku kalau kerja tu jangan kuat-kuat sangat nanti dah sakit macam aku kan susah . semua penyakit nak keluar .


No comments:

Post a Comment