June 22, 2012

Aku tinggalkan Dia kerana Allah SWT

Assalamualaikum dan selamat awal pagi.. hehe.. ^__^

puisi malam hari ni  tulis buat insan yang pernah ada dalam hati aku.. hehe.. siapa dia masih menjadi rahsia.. biar masa dan takdir yang menentukannya... jalan ini yang aku pilih... dan aku berharap dia juga begitu... InsyaAllah dengan restu dari Allah SWT...

Aku tinggalkan Dia kerana Allah SWT..
Saat kasih dan sayang itu baru bercambah..
Aku putuskan untuk pergi...

Jauh di sudut hati aku sakit...
Namun aku tak mahu kita lalai....
Lalai dengan segala perintah Allah SWT...
Alpa dengan tujuan kita yang sebenarnya...
sehingga lupa cita-cita kita dulu....

Aku ingin kita dahulukan apa yang kita cari..
Aku ingin kita kumpul dulu bekalan untuk esok...
Aku ingin kita belajar erti sebuah kesabaran...
Melawan haluan arus nafsu yang melalaikan.....

Seandainya kita diciptakan untuk bersama...
Aku pasti Allah SWT telah siapkan pelamin yang indah buat kita...
Cuma masa yang bisa menentukan cepat atau lambat...

Semoga Allah SWT sentiasa memberikan kesabaran kepada diri kita...

June 11, 2012

workaholic dah tumbang!!

Assalamualaikum...

Akhirnya malam nie hampir 80% aku siap kemas bilik . tinggal tunggu Eira balik je esok petang . touch up sikit skit lepas tu siap kemas . then boleh study dengan tenang . pulun tulang sem ni bah! tak tau betul tak tatabahasa aku ni .

Semalam pagi pagi aku dah bangun . cepat cepat packing ape yang patut . then sambung plan semalam nak buat apam polkadot . jadik walaupun tak berapa nak nampak dot dot yer tapi sedap sebab taruk jem strawberry . dalam resepi patutnya guna kaya . oleh kerana nak olah jadi resepi sendiri jadi aku tukarlah jadi jem strawberry . hasilnya yang tengah aku duk ngap ngap nie... dalam pada buat buat tu aku dengan linda dah macam orang keje spital . dua dua pakai mask . yang linda memang allergic dengan habuk . kalau kena habuk sikit bersin tak habis habis sampai bergegar rumah . sampai nak sesak nafas aku pakai mask . mana nak tahan hidung sumbat lagi dengan batuk peritnya lagi . tahan jela... telan panadol banyak mana pun tak jalan . petangnya before aku balik sempat lah shopping barang sikit ganti plan semalam nak gi pasar minggu tak jadi . yang penting i got my new sandal!!! cantik ala ala hawai sikit . balik je dari kedai sambung kemas lagi . lepas makan tengok jam ada 10 minit pukul 7 . sempat ni pergi tengok kak wana . dari hari dia eksiden hari tu aku belum sempat lagi nak jenguk dia .

Sebak dia bila jumpa kak wana tak tau nak kata . nak nangis aku masa aku peluk dia . melelehlah jugak walaupun ditahan tahan . naseb baik takde sapa nampak . korang tau kan situasi aku masa tu . kalau aku ada dalam kereta dengan kak wana masa kejadian tu . nauzubillah . aku takut nak bayangkan . rupa rupa dalam pada aku nak pergi jumpa kak wana , dia pun memang nak sangat jumpa aku . sedih sangat . masa before bertolak pergi stesen bas tu , kak wana sempat lagi datang rumah kasi baju . rupa rupanya senyap senyap dalam pada aku balik dari rumah dia tu dia pergi beli baju tu . adalah 30 minit dia pergi beli baju tu . Ya Allah hanya Tuhan saja yang tahu ape aku rasa . kenangan tula kak wana cakap . baju sempena kenangan aku dengan kak wana . tak pernah aku sangka sangka . terasa diri ini tersangat dihargai . 





Naek je bas tak ramai pun orang yang cam . takde pun studeng cam aku . naseeb pun baik ada ariep balik sama tarikh dengan aku . adalah insan jugak yang baik hati teman aku balik rumah walaupun pakcik teksi tu hantar kat rumah dia dulu . dahlah hujan rintik rintik masa tu . mana nak tahan sejuk lagi . sampai sampai je tak sempat tidur dulu terus kemas bilik . so far tersangatlah penat . balik lambat sehari pun dah ponteng satu hari . balik lambat pun penat balik cepat pun penat sebab tak cukup rehat . harap harap esok demam aku kebahlah . takmo ponteng ponteng yer .

Aku rasa hari tu aku kerja non-stop takde cuti . tu yang aku demam ni . maybe sebab penat kut . kerja buat kuih tu sebulan . tu pun cuti ahad je . lepas tu naik office cuti ahad jugak tu pun sekali dalam masa dua minggu kerja situ . dah lima hari nak balik baru cuti nak rest . tu pun masih nak panggil aku kerja . mana nak rest . jadi nilah hasilnya nak balik sakitnya pulak datang . Doa-doa semoga aku sihat esok . lepas tu boleh pergi PK (pusat kesihatan ) UMT nak berurut dengan pakcik ogawa . kalau tak sihat jugak terpaksa lah jumpa doktor mintak mc . susah tau demam . naseb baik takde pil nak kena telan . nasihat aku kalau kerja tu jangan kuat-kuat sangat nanti dah sakit macam aku kan susah . semua penyakit nak keluar .


June 9, 2012

sindrom seram sejuk flufever

assalamualaikum...

got fever again!! mentang-mentang esok malam dah nak bertolak balik dah balik UMT tiba-tiba rasa nak demam pulak . memang dah ada bau-bau fever dah petang tadi . segala kejadah mak nenek dalam hidung gua pulak tak keluar . lagilah pening kelapa eh silap!! kepala aku pening . . . . 

baju tak pack lagi . biarlah esok je cari . plan esok nak try buat apam polkadot . harap-harap sempatlah . kepala gua pun dah berat sangat dah ni . pening . nak kata wa manyak sangat tidur siang tadi memang takda la sangat . kena hujan pun tak . sikit 2 titik je . entahlah dah tibe0tibe nak datang . macam tak kasi wa balik jer...

pagi tadi kami satu family pergi family day KLINIK SHARIFAH NUR . pagi dah siap-siap semua kitorang pun pergi parit raja . lalu parit karjo then jumpa satu kereta ni.. lambat giler bawak... amoi rupenyer.... then masuk satu jalan kampung.. jauh jugak... jumpa 10 simpang... tengok aku siap kira...sampai sana ada pertandingan mewarna...derma darah... alamak ape function aku kat sini.. nak derma darah macam tak takut pulak kan?? jarum dah lah panjang elok sihat jadi sakit...last last aku pun masuk dalam farmasi.... dulu kalau i amek farmasi kan best... boleh bukak farmasi one day....mak aku pergi check darah.. alhamdulilllah result ok.. ternyata takde masalah kesihatan...
kebetulan family day diorang ade buat potongan aku pun beli lah satu pro untuk BiOlife vision.. ade kandungan bilberry... bagus untuk mata... almaklum lah datin ni rabun... beli vitamin... i amek satu kotak... Bco + Lysine Tablet... ayah dengan mak amek produk calcium.. tak ingat ape name die... tapi semua ayah bayar... wa.... best2...

then jalan-jalan punya jalan nampak tudung corak ada juntai juntai ala yang pesen sekarang tu... beli lah jugak 2 pasang.. pantang betul.. tengok tengok dalam kedai tu.. banyak tudung.. jubah tapi semua  panjang panjang.. maaffff i tak cukup ketinggian lah u... i ni kecik dan comel jer.....

huhu...patut ye sekarang aku dah ade dalam bas dah sekarang ni nak balik .... tak pun dah kat rumah sewa.... tapi disebabkan wa extend cuti satu hari.. tengok ma... i got flu... and then fever... wa.... dengki la... ok malam ni nak tidur puas puas malam last tidur dekat rumah... sedih sedih....



wa.... hari tu member sekolah dulu masuk wad sebab jangkitan paru-paru... cepat-cepat sihat ea..





June 7, 2012

gambargrapher #1

assalamualaikum...




jari luka + cincin + hp samsung
diambil 2 tahun lepas waktu sambutan hari raya kelab revof

June 6, 2012

Alhamdulillah.. Allah swt masih lindungi aku

Assalamualaikum..

Memandangkan cuti semester aku tinggal berbaki 5 hari lagi, walaupun sebenarnya telah ditambah satu hari dengan sengaja maka aku pun ambil kesempatanlah resign awal . barang-barang pun banyak yang tak kemas lagi . mana nak cari baju nak cari kasut tiket tak beli lagi . nanti ada pulak separuh jalan itu tertinggallah ini terlupa nak bawalah . satu kerja nak ulang alik balik rumah . kata orang tua-tua tak elok kalau dah keluar rumah ni suka patah-patah balik . memang semalam aku dah cakap dengan kak wana yang semalam last aku kerja kat situ . nak jugak rest before balik umt . lepaskan tension ke . ayah lagi lah bising tanya hari-hari bila aku nak resign kerja . 

Nak dijadikan cerita pagi tadi aku dengan linda naik bas pergi bandar semata-mata nak beli tiket jer . nilah nak ambil peluang masa ayah takde . kalau ayah ada jangan haraplah . linda lagilah sekali pergi bandar sorang-sorang pun tak pernah . aku ada lah jugak hangout ngan kawan-kawan sekolah . tu pun boleh dibilang dengan jari seumur hidup aku ni . mula-mula tunggu bas tu lama sangat dah lah aku taksuka menunggu tapi nak buat macam mana tunggu jela . boleh pulak ngam-ngam sampai sana sakit perut teramatlah sangat . rasa nak pengsan pun ada . kalau diikutkan hati nak balik je . naseb baik ada adik aku linda . lepas bei tiket bas aku pun round lah kedai-kedai kat situ . masuk satu kedai ni aku beli la stater kit Bio Essence Tanaka White . ya ampun aku boleh pulak lupa.. kalau aku masuk kedai tu memang banyak promoter . promoter minyak wangi produk kecantikan syampu. lemas . bukan tak suka. bagus. tapi tu lah tak bebas pulak nak buat pilhan . lepas tu , masuk The Store jumpa satu beg ni tengah sale . dah la cantik warna pink pulak . nak beli dah . tapi tak jadi sebab bajet pulak tak ngam . gaji bulan ni dah lar belum dapat . last-last aku tinggallah handbag tu dengan kenangan yang tak kesampaian . dajh lar sakit perut elok-elok je duduk dalam bas nak balik hilang pulak sakit perut . memang kurang asam betul .

sampai rumah nak dekat pukul satu , ayah pulak dah keluar .... selamatttttt ....
elok-elok je landing kat dalam bilik petang tadi tibe mak beritahu kak wana EXCIDENT . memang tengah hari tadi adik aku sorang lagi tu tak balik masa lunch hour . aku pun try lah call yani tak angkat . eila tak angkat . Ita tak angkat . Kak Ziela pun tak angkat . mana semua orang ni . call semua tak angkat . tak kan semua stop kerja pergi hospital tengok Kak Wana . impossible !! . last-last dapat jugak . alhamdulillah yani tak apa-apa sebab dia stay kat office . Kak Wana je balik . 

petang tadi mak aku sempatlah jenguk Kak Wana . teruklah jugak . especially tempat duduk belakang . dianya pulak luka kat kaki dengan luka sikit-sikit kat kepala dengan tengkuk . memang tak salah dia pun rasanya . lori yang yang sondol dia dari arah belakang . dari jauh memang Kak Wana dah signal . dia nampak lori tu dah dekat dia berhenti lah ingat lori tu nak potong . last-last dia kena sebat . jauh jugak terbabas . kalau tengok keretanya . bahagian belakang memang habis remuk . nasib baik tadi aku tak kerja dan memang niat nak berhenti terus je dan nasib baik jugak yani tak ikut kak wana balik . kalau tak mungkin aku tak duduk depan laptop ni menulis cerita ni . mungkin aku sekarang kat hospital . tapi malang tak berbau . dah memang benda nak jadi . kak wana pulak tak bernasib baik . subhanallah.. tu je lah aku boleh cakap . Ya Allah Ya Tuhan masih lindungi aku dari sebarang perkara buruk . tak boleh aku nak bayangkan . kalaulah aku kerja tadi . kalaulah aku ikut kak wana balik . sebab aku lah orang yang paling suka sekali balik time lunch hour . tu lah benda nak jadi . tadi aku kena panggil kerja balik . tengoklah macam mana .



semoga cepat sembuh kak wana