June 9, 2016

DIY SKRUB KOPI




Kopi sememangnya sejenis minuman yang sangat menyegarkan dan menyamankan. Seperti terbayang-bayang tatkala sedang menikmati sarapan pagi sebelum berangkat ke tempat kerja, di hidangkan dengan secangkir kopi pekat yang amat memberikan kesan positif pada hari itu.. Mood pagi-pagi biasalah..baru bangun tidur, mata pun layu jer. Bila minum secawan kopi terus segar sampai ke tempat kerja.

Umumnya kita sememangnya sudah didedahkan dengan khasiat biji kopi yang mana sangat baik untuk kesihatan. Mengandungi anti oksidan yang tinggi yang;…………………..(khasiat)

Ada fakta mengatakan kopi mampu…………………

Pernah kita terfikir selain dijadikan sebagai minuman, kopi juga berguna untuk kecantikan. Hari ini saya ingin berkongsi mengenai do it yourself diy cara menggunakan kopi sebagai scrub..Apa yang menarik adalah kita menggunakan kopi yang kita sudah gunakan. Tidakkah itu satu tindakan penjimatan yang bijak.



1.Seelok-eloknya gunakan kopi yang sudah dikisar dengan kasar, kalau halus takjadilah scrub.

2. Gunakan ucang atau serbuk kopi yang dah digunakan

3. Tapis sehingga bersih,

4. Lumurkan ke seluruh tubuh badan dan muka

5. Bilas dengan air bersih dan sabun mandi.

6. Anda akan dapat rasakan kulit anda menjadi licin dan mulus.



Manfaat scrub kopi

1. Menjimatkan wang kerana tidak perlu membeli scrub yang mahal kerana boleh menggunakan bahan yang ada dirumah

2. Menhilangkan daki dan sel-sel kulit mati

3. Kulit menjadi licin, halus dan mulus.





selamat mencuba >.<

terlambat sudah..




Lama giler aku tak update blog. Last update kalau korang tengok 30hb dec tahun lepas.. umangaiii lamo.. kemain lagi semangat template baru nak rajin-rajin update.. rupanya idok.. teman busy dengan study teman.. tak sempat teman nak update blog teman..bisnes teman pun terberhenti..teman rasa teman perlukan pembantu untuk bisnes teman. Ada tak di antara kome yang berminat nak jadi bisnes partner teman? Apa aku cakap orang perak ni? insyaAllah memandangkan aku cuti panjang bulan puasa ni dapat la update blog laju2. Mungkin.. banyak benda nak buat ni.. nak raya..nak update blog..


So whats up perkembangan terbaru? As a nursing student.. banyak sebenarnya nak cerita.. nanti  aku susun baik2 aku update kat sini… nak cerita hari ni jugak crame tangan hakak nak menaip.. ni pun tangan dah sakit sebab salah teknik masa nak angkat sangkar kucing.. dr Kenneth help me!! Umangaiii hensem doe dr ni.. dr kat hospital tempat aku praktikal..


Ape pun.. tak terlambat untuk aku mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca blog ini.. juga kepada semua peminat iolss.. ok terperasan… semoga ramadhan kali ni memberi seribu pengertian dan rahmat buat kita.. tahun lepas ramai sepupu aku kawen.. tahun ni aku banjir anak sedara sepupu.. tolong kesat air mata aku sket.. awat aku yang tak kawen lagi ni.. ni tak nak ni… takpe takpe….tunggu saya habis study nanti awak muncul yer.. 27 kut.. Andalusia la aku…

December 30, 2015

Pengakhiran yang bermakna buat tahun 2015

Assalamualaikum..

(entry kali ni mungkin panjang sikit.harap tabahkan hati untuk habis baca)

Kurang dari 26 jam lagi kita akan menginjak ke tahun baru 2016..terlalu banyak kenangan dan perkara yang berlaku dalam tahun ni. Seperti yang korang tahu tahun lepas keluarga aku diuji dengan mak aku kemalangan jalan raya. Alhamdulillah keadaan beliau semakin pulih. Walaupun aku terpaksa korbankan hari kerja aku selama sebulan lebih, tak termasuk kerja lompong-lompong (half day) sebab jaga mak dekat hospital. Yang mana tempat yang banyak mengajar aku erti kesabaran, ketabahan dan kasih sayang. Di kala waktu adik aku masih kat asrama waktu tu (kmns) dan lagi sorang tengah praktikal dekat JB. Ayah aku pulak tak berapa sihat. Cekalkan hati jer waktu. Kadang-kadang aku berfikir kenapa berat betul kami diuji. Mungkin ada hikmahnya.

                Dalam pada mak kemalangan tu, kebetulan bos tempat aku kerja tu pergi umrah. Kat office pulak kebanyakannya hanya aku yang tahu. Kelam kabut sikit la kerja kat office. Nanti kejap-kejap isteri bos (kak ima aka bos no2) call. Kejap-kejap anak dia (shasha) call aka pembantu aku tak  rasmi.. hahahahaha. Tapi merekalah yang banyak tolong aku masa mak eksiden, tolong hantar aku balik rumah kalau ayah takda. Macam-macam. Ibarat yer kami dah macam satu family yang rapat.

                Tahun 2015 juga tahun yang bermakna bagi aku kerana azam aku dah tercapai iaitu nak dapatkan lessen memandu. Walaupun drama lesen memandu dari tahun 2013 lagi tapi akhirnya lulus jugak dengan 3 kali test. Hebat betul, sampai jpj pun dapat cam. Dia kasi chance aku lulus kut hari tu. Cuma aku tak dapat kelepasan dari ayah lagi sebab aku tak mahir bawak kat jalan yang berbukit-bukit. Malangnya jalan ke Bandar adalah jalan yang penuh dengan bukit, turun naik turun naik, selekoh kiri kanan. Teringat pulak aku jalan nak pergi KMNS, jalan bukit putus. Sudahlah bukit, lori banyak, seriau kau! Tak tau la bila aku akan bawak kereta sendiri agaknya


                Tahun ini jugak aku dapat tawaran menghadiri temuduga latihan separa perubatan selepas aku lulus ujian online. Tawakal je la dapat ke tak. Yang penting pengalaman. Lagipun ni dah kali ketiga aku pergi temuduga kerja kerajaan. Yang dua tu untuk jawatan yang sesuai dengan kelayakan aku. Kenapa aku pilih bidang lain? Aku fikir umur aku pun makin meningkat. Temuduga pun asyik tak dapat, mungkin aku perlu cuba bidang lain. Lagi pun tak semestinya belajar tu, kerja pun sama. Aku pun pilih 5 jawatan (MA, farmasi, xray, terapi cara kerja dan jururawat. Sebulan selepas tu result pun keluar. Kau rasa apa?

Tahniah! Anda Berjaya dalam temuduga. Lapor diri 4 January 2015. Scroll ke bawah 5 jawatan tu. Tengok bawah sekali latihan jururawat.

Maigodd. Alhamdulillah, ni mesti sebab aku cerita aku jaga mak kat hospital, sepupu aku jururawat (lebih 5 orang kut) lama jugak nak tahu result dapat posting kursus kat mana. Tup tup keluar dekat KOLEJ KEJURURAWATAN KUALA PILAH. Ok kuala pilah, dah pernah pergi sebab linda dulu study kat kmns. Nak kena lalu bukit putus lagi ni. Dan kebetulan kawan baik kak long (bff aku) study situ gak dan baru teringat rahmat member baik masa kat umt pun tunggu posting, dia bakal MA study dekat kolej perubatan seremban. Kecik je pusing-pusing.

*uniform kerja aku suatu hari nanti

                Itulah sedikit sebanyak coretan untuk tahun 2015, permulaan yang diuji dengan ujian yang berat dan di akhiri dengan kegembiraan buat kami sekeluarga. Aku melangkah ke sector kerajaan. Yang mak ayah aku idam idamkan. Insyaallah satu hari nanti aku dapat membatu keluarga pula. Teringat buku profil murid masa sekolah rendah. Cita-cita apa? Aku tulis doctor sebab aku minat sains, guru dengan pensyarah. Sekali dapat tawaran jururawat. Dunia perubatan jugak. Nak jadi doctor spm resultku tak lepas..hehehe..

Akhir kata, harap dengan bermulanya tahun baru marilah kita buka buku baru. Hidup baru dengan azam baru. Doakan aku dapat jadi student yang berjaya dengan cemerlang di sana nanti dan insyaallah jadi seorang jururawat yang dapat berkhidmat pada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan Negara.. Doakan tau! Terima kasih kepada korang yang baca blog picisan aku ni. Baru tukar template baru ni, nafas baru untuk blog LISA HLOVATE ( dah banyak kali orang tanya aku hlovate ke? SAYA BUKAN HLOVATE, SAYA LISA, hlovate tu nickname sahaja) *kena cari nama lain kut.


Jangan lupa doakan aku tau!

December 23, 2015

Supplemen Yang Bagus Untuk Anak Anda


Assalamualaikum..

Di pagi yang mulia ini, aku nak kongsikan mengenai supplemen atau makanan tambahan yang amat sesuai untuk anak-anak anda. Walaupun aku ni takda anak lagi..kahwin pun tak mana datang anaknya...Ok, memandangkan ada dikalangan pembaca blog aku ni kemungkinan ibu dan bapa. Caliph Jus Minda Sunnah merupakan suplement untuk anak anda yang berasaskan makanan Sunnah dan dihasilkan dalam bentuk cecair yang memudahkan pengambilan. Rasa mixberry yang masam-masam manis memang budak-budak suka



Apa kelebihan Caliph Jus Minda Sunnah ni? Jus ini tinggi dengan kandungan Serat, Kalsium, Vitamin dan Minerals yang sangat membantu untuk tumbesaran dan perkembangan otak kanak-kanak. Amalan pengambilan gabungan makanan sunnah ini melalui Caliph Jus Minda Sunnah bukan sahaja mampu menjadi pemangkin kepada kesihatan terunggul, malahan membantu anak anak kita memperoleh keberkatan dengan mengamalkan makanan sunnah dalam kehidupan seharian, In Shaa Allah. Caliph Jus Minda Sunnah ini mengandungi makanan sunnah yang amat kaya dengan vitamin, mineral dan serat yang dapat membantu sistem imunisasi tubuh anak anda. Antaranya ;

  • Kurma :Kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C serta Niasin
  • Madu :Mengandungi Vitamin A, B-Kompleks, C, E dan K, Kalsium, Sulphur, Fosforus, Zat Besi, Karbon, Kalium, Klorin, Kuprum, Manganase, Silica, Riboflavin, Protein, Pottasium, 10Hda, Kromium
  • Kismis : Mengandungi Magnesium, Zat Besi, Kalsium, Fosforus, Kalium, Vitamin C, B6, K, Folat dan Riboflavin
  • Buah Tin : Mengandungi Serat, Kalsium, Zat Besi, Vitamin B6 dan E, Pottasium
  • Delima : Mengandungi Pottasium yang sangat tinggi, Fosfor, Kalsium, Zat Besi, Sodium, Vitamin A, B1, B2, B3 dan C
  • Aprikot : Mengandungi Zat Besi, Pottasium, Beta Karotena, Vitamin B17 dan sangat tinggi kandungan seratnya
  • Omega 3 dan Omega 6 :Membantu meningkatkan kesihatan otak dan meningkatkan daya ingatan

Cara Pengambilan / Cara Penggunaan Caliph Jus Minda Sunnah
  • 1 hingga 3 Tahun - 2.5ml sebelum sarapan dan sebelum tidur
  • 4 hingga 6 Tahun - 5ml sebelum sarapan dan sebelum tidur
  • 6 Tahun ke atas - 10-20ml sebelum sarapan dan sebelum tidur

Kenapa saya harus memilih Jus Caliph untuk anak saya?

  • Kesemua kandungan di dalam Jus Caliph -Sunnah Supplement For Kids merupakan sumber yg tinggi dengan Serat, Vitamins, Minerals dan nutriens yang lain.
  • Kurma, Kismis, Madu, Delima dan Buah Tin merupakan makanan Sunnah yang sangat digalakkan diamalkan oleh semua umat Islam termasuk kanak kanak.
  • Setiap bahan yang terkandung dalam Jus Caliph memiliki kehebatannya tersendiri yang mampu menjadi penawar pelbagai penyakit dan perkembangan minda bukan sahaja terbukti secara saintifik, malahan turut diperakui khasiatnya oleh baginda Rasulllah S.A.W melalui hadis-hadis dan ayat-ayat suci Al-Quran.
  • Amalan pengambilan gabungan makanan sunnah ini melalui Jus Caliph bukan sahaja mampu menjadi pemangkin kepada kesihatan terunggul, malahan membantu anak anak kita memperoleh keberkatan dengan mengamalkan makanan sunnah dalam kehidupan seharian, In Shaa Allah.


Adakah Jus Caliph mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia?


YA.Jus Caliph- Sunnah Supplement For Kids tidak mendapat pengiktirafan sebagai ‘PRODUK TIDAK PERLU BERDAFTAR’ kerana ianya hanyalah makanan tambahan(food supplement) berasaskan buah buahan Gred Terbaik.



Produk ini sesuai untuk siapa?


Jus Caliph di formulasikan khas kepada kanak kanak seawal 1 tahun dan keatas.


Baca TESTIMONI DI SINI

CALIPH SUNNAH SUPPLEMENT FOR KIDS (350 ml) 
RM75 Free Postage
Whatsapp : 0145453205



December 22, 2015

ALOE VERA 99% SOOTHING GEL | LIPSTIK UNTUK BIBIR KERING


Assalamualaikum..


Aloe Vera 99% Soothing Gel Lipstick | Lipstick Untuk Bibir Kering. Umumnya lipstick sememang seperti isi dengan kuku, seperti doktor dan picagari (pengaruh cerita Tersuka Tanpa Sengaja..hehehe) . Kalau mak-mak kita, dia panggil gincu.. Ada macam-macam warna, dari warna nude sampai ke warna terang dan gelap..Ada di antara lipstick yang terjual di pasaran mengandungi merkuri dan plumbum yang mana mengakibatkan bibir kita menjadi gelap dan hitam. Nanti nampak macam orang merokok pulak, padahal kerana lipstik.

Tak dilupakan masalah bibir kering dan merekah sememang lumrah dalam hidup kita..Bagi aku yang agak susah untuk train diri minum air 8 gelas sehari, masalah bibir kering, merekah.. Nak pulak musim panas lagi la teruk, sampai luka dan berdarah sebab aku ada habit, kopek (koyak) kulit yang kering pada bibir.. Jadinya bibir tak cantik dan kalau pakai lipstick tak nampaklah texture yang lawa..


Aloe Vera 99% Soothing Gel Lipstick | Lipstick Untuk Bibir Kering


Kebaikan Aloe Vera 99% Soothing Gel Lipstick

  • Mengandungi pati aloe vera semula jadi
  • Berkesan melembabkan bibir
  • Membantu membaiki kulit kasar
  • Anti-penuaan
  • Mengekalkan bibir yg sihat
  • Mengelakkan bibir dari kering dan pecah
  • Menjaga bibir supaya lembut
  • Menjadi pelembab bibir




Testimoni Aloe Vera 99% Soothing Gel Lipstick


Jom cari Aloe Vera 99% Soothing Gel Lipstick!!!!