March 11, 2014

Benda-benda awkward dalam hidup

Assalamualaikum...

Hai korang!!

Dah selamat masuk bulan mac...Bulan ni banak jugak benda best.Isteri bos aku aka mem aka kawan borak aku kat ofis, kawan tengok cerita maya dela rosa akan pergi menunaikan umrah.. Sedih ada gembira pun.. Sedih sebab takde geng nak cite2..bos lelaki..tak syok...gembira sebab dia dapat pergi Mekah..buat umrah...Bila la agaknya aku dapat pergi sana...Bulan ni jugak...my cousin akan tamatkan zaman bujang dia....memang dah patut kahwin pun...lain la aku...banyak lagi wishlist yang tak tertunai..teheee....bulan ni jugak i akan pergi holidayyyy...sebenarnya tak rasmi..tak rancang pun..sebab ikut event tempat keje ayah,so alang-alang aku memang free,kang dah futher dah payah nak cuti...Banyak pulak mukadimah aku...Tak kira korang dah baca pun kan...lalalala...

Ermm, kadang-kadang pernah jugak rasa macam nak hempok je kepala ni kat dinding..tak pun menyelam lama-lama dalam air...Lari jauh-jauh...masuk hutan ke..pergi overseas tak payah balik mesia...tapi sayang nyawa lagi oi...cek tak kahwin lagi tau..Nak lari jauh-jauh masuk hutan..takut pacat,ulat le..tinggal kat overseas...tapi sayang mesia...

Sebab apa? Sebab buat perkara yang memalukan yang paling tak nak ngaku..

"Eh,aku kenal kau ke???"

"Eh,kau yang jatuh guling-guling macam filem hindustan masa naik basikal bila naik bukit pergi library ke???"
Panjang pulak soalan kau...

February 26, 2014

Petua mudah penjagaan kulit wajah

Assalamualaikum.....

Hai korang! 

Permpuan memang sinonim dengan penjagaan kulit muka kan.. lelaki pun apa kurangnya... Tambahan lagi sekarang lambakan produk kecantikan di pasaran.. terpeulang kepada kita mahu pilih yang mana satu.. tapi haruslah sesuai dengan kulit kita... Bagi aku, aku suka guna petua-petua semula jadi.. sebab lebih selamat la..cuma bahan semula jadi tu mungkin susah nak dapat then memakan masa yang lama untuk dapatkan kesannya.. Ni aku nak share sikit petua yang aku kumpul-kumpul..


Petua Menghapuskan Jerawat


Untuk membersihkan muka dan menghapuskan jerawat, sila amalkan salah satu petua ini:-

1. Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
2. Setelah muka dibersihkan, tutup muka dengan kain tuala yang lembab. Dekatkan muka ke wap nasi atau air panas selama lima minit. Ulangi beberapa minit. Kemudian pakai penyegar muka.
3. Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari hingga jerawat berkurangan.
4. Jika jerawat masih sukar hilang, rebus beberapa helai daun teh warna hijau. Ketika suam, lekatkan pada jerawat dan biarkan sehingga ianya kering.
5. Tumbuk segenggam bunga melur bersama sedikit air hingga lumat. Sapukan ke muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air kelapa muda.
6. Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering, cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
7. Rendam segenggam beras hingga kembang. Toskan airnya. Tumbuk beras ini bersama segenggam biji betik muda hingga lumat. Campurkan dengan sedikit air. Gentelkan kecil-kecil dan jemur hingga kering. Apabila hendak memakainya, bancuh dengan air dan tempelkan di muka.
8. Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan besak sejuk. Tempelkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.

Petua Menghilangkan Bintik Hitam

1. Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan dua kali seminggu.
2. Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan muka dengan menggunakan air suam.
3. Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Kemudian goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali seminggu.

Petua Tegangkan Kulit Muka

1. Tumbuk beberapa helai daun jambu batu hingga lumat. Bancuh dengan air suam. Apabila sejuk, sapu pada muka. Lakukan setiap malam.
2. Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhkan bersama sedikit air kemudian sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.

Petua Menghilangkan Parut di Muka

Jerawat yang sudah kering akan meninggalkan parut di muka. Ada beberapa cara unuk menghilangkannya.

1. Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air.
2. Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.
3. Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
4. Rendam beberapahelai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
5. Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

Petua Kulit Muka Lembut dan Cerah

1. Parutkan seketul ubi kayu dan tempelkan pada muka. Biarkan hingga kering. Selepas itu cuci muka dengan air suam. Amalkan pada setiap malam.
2. Campurkan parutan lobak merah, kuning telur, sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan air bersih tanpa sebarang pembersih muka.
3. Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 30 minit. Setelah itu, cuci dengan air biasa. Lakukan tiga kali seminggu.
4. Kisar kulit telur hingga halus. Campurkan dengan air suam dan bedak sejuk. Sapukan campuran tadi pada muka. Urutkan kulit muka perlahan-lahan. Biarkan hingga bedak kering. Kemudian basuh dengan air suam.
5. Parut sebiji kentang. Perah airnya. Sapukan pada muka. Apabila separuh kering, cuci muka dengan air.
6. Kisar lima kuntum bunga cempaka dan lima kuntum bunga melur hingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada muka pada setiap malam.
7. Campurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka seperti memakai bedak sejuk. Lakukan setiap hari.

Hilangkan Parut Demam Campak

1. Demam campak biasanya meninggalkan tanda hitam. Untuk menghilangkannya, cubalah petua ini :-
* Gilingkan beberapa helai daun semambu hingga lumat.
* Sapukan di tempat berparut dan biarkan kering. Ulangi selama tiga hari.
2. Daun semambu juga boleh direbus untuk diminum airnya. Tujuannya untuk menghilangkan rasa gatal pada bekas demam campak.
3. Parut sebiji jagung muda hingga lumat. Sapukan pada bekas demam campak. Lakukan selama beberapa hari.

Petua Melicinkan Kulit Muka

Jika anda memiliki wajah yang kasar, jangan cepat putus asa. Cubalah petua ini:-

1. Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.
2. Campurkan satu sudu besar madu lebah dengan satu sudu besar susu tepung. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan sebentar. Kemudian basuh muka dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.
3. Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Lakukan setiap hari.
4. Giling tiga sudu besar kacang hijau. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan bersih.
5. Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka. Biarkan selama 3 minit sebelum dicuci dengan air suam.
6. Kisar dua biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum air setiap pagi. Lakukan selalu sehingga kulit muka kelihatan licin.
7. Setiap kali mandi, gosokkan tawas pada muka. Lakukan setiap pagi atau malam. Muka anda akan menjadi halus.

Petua Mengekalkan Seri Wajah

Wajah pengantin menjadi tumpuan ramai pada hari pernikahannya. Untuk menyerikan lagi, cubalah petua ini :-

* Goreng secawan beras tanpa minyak sehingga kekuningan. Kisar sehingga lumat.
* Campurkan dengan sedikit putih telur, air limau nipis dan satu sudu teh air kunyit.
* Tempekkan pada muka kecuali bahagian mata. Insya-Allah, wajah akan berseri pada hari persandingan.

Petua Menghilangkan Panau di Muka

1. Gosokkan halia pada kulit yang berpanau. Biarkan seketika, kemudian bilas dengan air biasa. Lakukan 3 kali sehari.
2. Tumbuk dua helai daun gelenggang hingga hancur. Sapukan pada kulit yang berpanau.

Petua Alat Solek Tidak Sesuai

* Basuh muka dengan air kelapa setiap hari sehingga bengkak-bengkak atau gatal sembuh.
* Jika masih belum menunjukkan tanda-tanda yang tidak baik, segeralah mendapatkan rawatan dari pakar kecantikan.

Petua Kulit Muka Berminyak

Parut buah epal hingga halus. Kemudian sapukan pada muka, bairkan selama 15 minit. Kemudian cucilah dengan air suam. Lakukan 3 kali seminggu.

Petua Melembabkan Muka

Bersihkan muka dengan air suam. Panaskan madu hingga menjadi suam-suam kuku. Sapukan madu ini pada muka dan urutkan perlahan-lahan. Biarkan setengah jam dan bersihkan.


Semoga bermanfaat buat korang semua..



Peace,
Aku curi masa update masa kat office..gila jahat..

February 19, 2014

AURAWHITE CHOCOLATE INDULGENCE









CERAH CANTIK & GEBU DALAM 7 HARI!!

> Ia adalah dark chocolate 100% dari Cocoa Bean Organic yang di proses dengan teknologi nano dimana ketika dibancuh ia tidak berketul jadi penyerapan nutrisi pada tubuh lebih sempurna.

>Flavonoid dalam coklat mempunyai sifat antioksidan yang kuat yang dapat melindungi terhadap penyakit-penyakit degeneratif.

> Minuman ini sangat berkhasiat selain berperisa coklat yang lazat ia juga mengandungi protein yang tinggi , nutrisi optimum, tiada gula atau pewarna tambahan.

>Bahan utama yang lain antaranya adalah L-Glutathione,Tilapia Kolagen, Co Enzyme Q10, Hyaluronic Acid, Omega 3 Salmon Fish, Pearl Powder,Pitera & sebagainya. Kesemua bahan ini di gabungkan dapat menbantu kecantikan & kesihatan anda dari hujung rambut hingga hujung kaki.

> Saranan adalah untuk mengambil AURAWHITE CHOC pada waktu pagi dan AURAWHITE LEMON BERRY 900000MG pada waktu malam untuk keberkesanan lebih hebat!Bancuh dengan air sejuk untuk rasa yang ummphh yummylicious!

>Sesuai untuk lelaki & wanita.


CARA PENGGUNAANYA

Pertama :
Masukkan 2 scoop ke dalam shaker dan goncang.

Kedua :

Bancuh menggunakan air mineral /air bersih biasa.. Tidak digalakkan menggunakan air panas kerana dikhuatiri zat-zat aktif akan mati dan hilang.

Ketiga :

Jauhi minum / makan dari sumber yang mengandungi kafein seperti kopi, teh dan sebagainya kerana kajian menunjukkan kafein mampu menghilangkan zat aktif dan tidak baik untuk kecantikan kulit.

Keempat :

WAJIB minum air masak / mineral /air bersih sekurang-kurangnya 3-5 liter sehari untuk kadar serapan yang cepat dan kesan yang pantas.

Kelima :

Cara yang sesuai untuk pengambilan AURA WHITE adalah semasa perut kosong. Di sarankan ambil pada waktu pagi (2 jam sebelum sarapan) dan malam sebelum tidur (2 jam selepas makan malam).




1 BOTOL RM150 (S/M)
1 BOTOL RM160 (S/S)
PERCUMA AURASHINE
PERCUMA SHAKER
PERCUMA POS LAJU


Untuk tempahan boleh terus whatapps ke 0145453205 atau email ke lisafariza68@gmail.com

AURASHINE "Shine Bright Like A Diamond"

AURASHINE "Shine Bright Like A Diamond"






60 tablets (KEGUNAAN 1 BULAN ) 

✔Tablet yang mudah dikunyah .
✔Sebagai Booster Bio Pencerahan yang membantu Bertindak lebih Cepat .
✔Gabungan AuraShine bersama Aurawhite memberi impak yang luar biasa .
✔ Sedap & Lazat berperisa 3 gabungan rasa hebat iaitu Oren Strawberry & Pudina .
✔Lain dari yang Lain mengandungi Kolagen , Gluta, Co Enzyme Q10, Vitamin A B C D E & B6, Omega3 Ikan Salmon, Pitera,Hyaluronic Acid & dll.
✔Bukan sahaja Untuk Kulit tetapi juga untuk kuku,rambut,bibir seksi,mata & kesihatan anda. Hanya perlu makan 2 biji sehari mudah di bawa kemana sahaja .
✔Rasai kesegarannya dengan Aurashine. "SHINE BRIGHT LIKE A DIAMOND" Membantu Mencerahkan kulit .
✔Menyamaratakan kulit secara keseluruhan . Memudarkan lingkaran gelap bawah mata . Mengurangkan keguguran rambut .
✔Mengurangkan kulit kepala berminyak & kelemumur .
✔ Menghilangkan parut & jerawat .
✔Anti penuaan dan kadar anti oksidan yang tinggi .
✔Mengurangkan eczema .
✔Merawat jerawat & ruam halus di badan .
✔Mengawal kulit dari berminyak .
✔ Mengurangkan pigmentasi , jeragat & melasma .
✔Mengurangkan keguguran rambut .
✔Mengekalkan kelembapan kulit .
✔ Menguatkan gigi .
✔  Mata lebih bercahaya . 
✔  Rambut bersinar dan tidak mudah putus. . 
✔  Memberi Tenaga & Stamina lebih tinggi


1 BOTOL RM98 (S/M)
1 BOTOL RM105 (S/M)
PERCUMA POS LAJU

Untuk tempahan boleh terus whatapps ke 0145453205 atau email ke lisafariza68@gmail.com

February 13, 2014

Top 1 to 25 Salary Survey in Malaysia in Teaching / Education (Monthly Salaries)

Assalamualaikum!!

hai!! gedik betul aku ni.. ni nak kasi korang survey salary in teaching / education field.. dulu cita-cita nak jadi doktor.. tapi tak kesampaian.. jadi mak suruh jadi jadi cikgu..

Tengok ni!!


Top 1 to 25 Salary Survey in Malaysia in Teaching / Education (Monthly Salaries)


[1]   Administrative Director (Teaching / Education)17,833 MYR
[2]   Special Education Teacher (Teaching / Education)12,000 MYR
[3]   Biology Teacher (Teaching / Education)10,250 MYR
[4]   Professor - Education (Teaching / Education)10,000 MYR
[5]   Head of School (Teaching / Education)9,028 MYR
[6]   Professor - Geological Sciences (Teaching / Education)9,000 MYR
[7]   Professor - Electrical Engineering (Teaching / Education)9,000 MYR
[8]   Math Lecturer (Teaching / Education)7,500 MYR
[9]   Professor - Medicine (Teaching / Education)6,800 MYR
[10]   Professor - Accounting (Teaching / Education)5,850 MYR
[11]   Professor - Psychology (Teaching / Education)5,500 MYR
[12]   Computer Teacher (Teaching / Education)4,844 MYR
[13]   Professor - Mathematics (Teaching / Education)4,800 MYR
[14]   Academic Advisor (Teaching / Education)3,500 MYR
[15]   Chemistry Teacher (Teaching / Education)3,450 MYR
[16]   Art Teacher (Teaching / Education)3,150 MYR
[17]   History Teacher (Teaching / Education)3,100 MYR
[18]   Professor - Communication (Teaching / Education)3,000 MYR
[19]   Assistant School Principal (Teaching / Education)3,000 MYR
[20]   Elementary School Teacher (Teaching / Education)2,908 MYR
[21]   Professor - Mechanical Engineering (Teaching / Education)2,700 MYR
[22]   Child Care Coordinator (Teaching / Education)2,000 MYR
[23]   Student Services (Teaching / Education)2,000 MYR
[24]   Child Care Worker (Teaching / Education)1,900 MYR
[25]   Librarian (Teaching / Education)1,900 MYR