Assalamualaikum..
Morning peoples.. dah baca al khafi belum? hari ni hari jumaat tau.. jangan lupa amalkan sunnah-sunnah hari jumaat..
Hari ni aku nak share satu resepi paling senang dan mudah.. aku buat 15 hingga 20 minit dah siap..
yang penting pesanan aku kalau nak buat sambal tumis ni kena kering kalau nak tahan lama. nak masuk dalam peti ais boleh tak nak pun takpe.. panas kan tambah air sikit, api sederhana..
Sebenarnya resepi ni takde telur, tapi sebab last week,kenduri kawen sepupu kat kampung ade telur rebus, aku simpan la dalam 6 biji masuk peti ais, nak hangatkan goreng, lepas tu cemplungkan je dalam sambal..
kredit pic : Google
Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis bersama Telur
Bahan-bahan
2 Senduk Lada Kisar
1 Biji Bawang Besar
2 Ulas Bawang Kecil
Halia (kalau korang nak buat sambal udang or kerang kena masuk)
Air Asam Secukupnya
Ikan Bilis Goreng *the heroes
Telur Rebus Goreng
Gula dan garam secukup rasa
p/s : selalu lada kisar aku dah masuk bawang besar bawang kecil, so dah masuk siap-siap tak perlu ambil masa nak kopek bawang dah..
Cara-caranya
1. Panaskan minyak dalam sebesar ceper korang letak cawan minum teh tu..
2. Goreng ikan bilis sampai kering. kalau tak garing nanti liat. Angkat dan ketepikan.
3. Masukkan lada kisar, tumis sampai pecah minyak dan berbau harum..
4. Lepas dah agak-agak kering, masukkan air asam..
5. Tambahkan garam dan gula secukupnya..
6. Rasa jangan lupa! Masin tak? Manis tak?..
7. Dah kering..matikan api, masukkan ikan bilis dan telur rebus goreng tadi... Dah siap!
note: kalau nak letak ajinaikmoto pun boleh tapi aku jarang letak so, senang tak?
Selamat Mencuba!
No comments:
Post a Comment