September 25, 2014

Peluang Menang Tiket Percuma Sesi Bertemu Peminat Running Man




Assalamualaikum uolls...


Ada tak readers kat sini yang memang kipas susah mati (died hard fan) Running Man??
Kalau tak silap sekarang ni dah episod 213 tau uolls.. sesiapa yang ketinggalan episod yang lepas-lepas.. anda boleh on je tv2 hari sabtu dan ahad.. petang tau.. alahhh.. utube kan banyak....


Berita baik untuk uolls yang tahap kipas susah mati tu!!!
Peluang untuk memenangi tiket Konsert Race Start In Malaysia Seoson 2 ( Running Man Fan Meeting) .. ada Seok Jin, Jong Kok, Haha dan paling penting ada Ji Ho...




Date : 1 November 2013 (Sabtu)
Time : 6.30pm
Tempat : Stadium Negara, Kuala Lumpur



Nak dapat tiket dia komfirm mahal.. ni lisa nak ajak korang macam mana nak dapat tiket free ke Konsert Race Start In Malaysia Seoson 2 ( Running Man Fan Meeting) .. ada Seok Jin, Jong Kok, Haha dan paling penting ada Ji Ho... FREE tau!!


Cara Menyertai

Langkah 1
Beli mana-mana pek berjenama Cream-O



Langkah 2
Ambil gambar anda yang paling kreatif sambil menampil tanda OK dan buktikan bagaimana kehidupan anda OK dengan Cream-O



Langkah 3
Muat naik gambar berikut ke instagram dengan #yuhboseyocreamo Jangan hashtag ni tau.. kalau tak tak jadi la nanti..











    Hadiah Utama:

    5 x2 Pas Sesi Autograf eksklusif &
    2 Tiket Konsert bernilai RM1398
    Hadiah Pertama:

    5 x1 Pas Sesi Autograf eksklusif &
    1 Tiket Konsert bernilai RM629
    Hadiah Kedua:

    10 xTiket Konsert bernilai RM429
    Hadiah Ketiga:

    5 xTopi eksklusif bernilai RM78
    Hadiah Saguhati:

    10 xHamper bernilai RM50
    20 xFolder istimewa


Untuk maklumat lanjut, sila baca Terma dan Syarat.


p/s : Lepas ni pergi market borong banyak-banyak biskut Cream-O

September 24, 2014

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan


Assalamualaikum..

Kerja kerajaan sememangnya menjadi idaman ramai orang termasuk graduan lepasan universiti, yang sedang bekerja dan yang sedang belajar. Perspektif mak-mak kita, ayah kita semua kalau boleh nak anak diorang kerja kerajaan. Sebab apa? sebab kerja kerajaan ni menjamin masa depan.. Ayah aku sendiri kerja kerajaan di Jabatan Pengairan dan Saliran Johor.. salah satunya, kalau ada ahli keluarga kami sakit, ayah aku boleh apply untuk wad kelas pertama di hospital kerajaan.. Lagi satu, ayah aku ada sakit buah pinggang, kena jalani haemodalisis tiga kali seminggu, kos memang mahal.. tapi permulaan memang sesak poket ni, lepas buat permohonan pembiayaan kos perubatan... semua kos rawatan perubatan ayah aku ditanggung oleh kerajaan.. tu cerita aku.

Sebelum memasuki sektor kerajaan, sudah tentu ada halangan terbesar yang perlu dilalui oleh semua orang iaitu TEMUDUGA.. aku sendiri pun dapat surat panggilan temuduga baru-baru ni.. takut tak payah cerita la.. last sekali pergi interview pun mock interview masa dekat maktab.. lima tahun yang lepas.. Sebelum kita menghadiri temuduga kita mesti akan alami masalah berikut :

  • Sering dipanggil menghadiri temuduga di sektor awam, tapi dapatnya tak pernah sekalipun.
  • Sudah mengisi borang permohonan kerja di sektor awam berulang - ulang kali, tapi masih tidak dipanggil - panggil menghadiri temuduga.
  • Anda baru menghabiskan pengajian di sekolah/universiti, dan risau untuk menghadiri temuduga kerana langsung tiada pengalaman temuduga. (macam aku!!)
  • Anda pernah datang temuduga, tapi bila sampai di tempat temuduga, anda berpatah balik...Takut sangat!
  • Anda tercari - cari panduan untuk persediaan temuduga kerja kerajaan, tapi tidak menjumpainya... (macam aku!!)
  • Anda tak tahu apa nak jawab semasa disoal oleh panel penemuduga kerja kerajaan. Terkebil - kebil mata anda....blur! (macam aku!!)
  • Anda ditanya soalan 'killer' oleh panel penemuduga, mati akal anda dibuatnya.. (macam aku!!)
  • Anda serang dibayangi mitos - "nak masuk gov kena ada kabel". Inilah fikiran songsang yang selama ini menghantui anda!
  • Anda lemah bahasa Inggeris, dan anda sangat takut sekiranya panel penemuduga menyoal anda dalam bahasa tersebut! 
  • Anda menunggu masa dibuang kerja di syarikat anda bekerja, kerana syarikat nak bankrup...Anda benar - benar risau..
  • Anda ingin tahu apa soalan - soalan yang sering ditanya oleh panel penemuduga kerja kerjaan, tapi anda tak tahu bagaimana nak ketahuinya... (macam aku!!)
  • Dan bermacam - macam problem lagi yang bermain - main dalam fikiran anda...

Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:


  • Elaun perumahan
  • Cost of living allowance (COLA)
  • Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
  • Kenaikan gaji setiap tahun
  • Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan.
  • Cuti tahunan mengikut kelayakan
  • Cuti bersalin
  • Pinjaman perumahan
  • Caruman KWSP atau pencen
  • Bersara pada umur 58 tahun
  • Peluang kenaikan pangkat
  • Peluang melanjutkan pelajaran
  • Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
  • Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga


Antara perspektif kita kalau nak lulus temuduga kerja kerajaan

  • Kena ada "kabel besar' akaa orang dalam yang boleh luluskan kita interview.. tak adil..
  • Kena ada pengalaman luas.. dah ada pengalaman kat sektor swasta
  • Kena dapat CGPA 3.5 dan ke atas
  • Anda memiliki pengalaman ditemuduga beberapa kali sebelum ini. tapi tak dapat-dapat pun..
  • Dan macam-macam lagi..
Kita mesti fikir bukan senang nak dapat kerja di sektor kerajaan ni.. bila tanya ayah aku.. dia cakap bila dia tanya jawab je dengan yakin..kalau tak pergi blacklist nama la.. susahnya.. sebenarnya ada rahsianya...


Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan


Ada 4 modul dalam satu pakej ni..


Modul 1 - Rahsia Persiapan Temuduga




Modul 2 - Teknik Menjawab Soalan Temuduga






Modul 3 - Rahsia Kejayaan dan Kegagalan Calon Temuduga




Modul 4 - Rahsia Penulisan Resume Temuduga



Modul yang bersifat digital ni amat mudah digunakan kerana ianya dlam bentuk pdf dan boleh simpan dalam komputer, smartphone mahupun tablet.. Dengan harga yang confirm menangis sebab mampu milik.. HANYA RM40 SAHAJA..










Dan BONUS untuk anda yang membeli ebook ini..




Kalau dikira-kira RM40 dengan hasil yang kita dapat apabila membeli ebook ini... sangat-sangat berbaloi...

29 Fakta Mengenai Lelaki Yang Wanita Perlu Tahu....



Assalamualaikum uolls..




Jom tengok 29 Fakta Tentang Lelaki Yang Wanita Perlu Tahu

1. Sebenarnya lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. Sebab itu, dia selalu meminta anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin anda terlihat mempesona.

2. Lelaki sangat benci dikhianati. Walau luaran mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah.

3. Ketika saat ini dia menyukai anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. Hal ini adalah wajar, tetapi bukan berarti anda tidak pernah ada di hatinya.

4. Jika dia mengatakan “Ya, memang aku tidak memahami kamu,” itu maknanya pemikiran dia dan anda berbeza. Bukan bererti tak boleh bersatu, tetapi saling mencuba untuk memahami satu sama lain.

5. Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, anda selalu ada di dalam fikirannya. Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya anda hari ini.

6. “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telefon. Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang anda.

7. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai anda, dia akan menerima anda apa adanya. Tak peduli anda gemuk, hitam atau berjerawat. Mereka mungkin akan memberi nasihat pada anda untuk diet ketika anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai anda.

8. Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman anda. Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di wajah anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona.

9. Lelaki tidak suka jika anda bercerita tentang bekas kekasih anda. Walau kadang-kadang dia suka cerita tentang bekas kekasihnya kepada anda, tapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah bekas kekasih anda.

10. Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua anda, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan anda!.

11. Jangan berusaha membuat lelaki marah,kerana mereka adalah makhluk tuhan yang mudah marah.

12. Lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai.

13. Saat anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita.

14. Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh…….lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada anda. Seperti wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu.

15. Lelaki tidak akan pernah boleh tidur, jika dengan perlahan anda mengusap belakangnya. Dan membelai lembut kepalanya. Percayalah, jika anda melakukan ini pada kekasih anda, maka ia akan terus menerus merindukan anda.

16. Jika anda berkata tidak, yang ada di dalam fikiran lelaki adalah “Akan aku cuba lagi”. Masihkah anda ingat saat dia meminta anda menjadi kekasihnya dulu-dulu?.

17. Anda tidak akan pernah boleh membuat lelaki memahami dalam sekali bual saja. Mereka makhluk yang cerdas, tetapi susah bagi mereka untuk memahami anda. Begitulah lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang susah difahami.

18. Lelaki benci gay! Bukan bermaksud diskriminasi atau jahat, tetapi terkadang mereka tidak habis berfikir, mengapa seseorang boleh menyukai sesama jenisnya.

19. Lelaki sangat menyayangi ibunya.

20. Anda tidak akan pernah boleh memahami lelaki, kecuali anda menyediakan waktu untuk mendengar keluh kesah mereka dan bukan melulu bercerita tentang diri anda.

21. Wanita, adalah kelemahan setiap lelaki. Mereka tidak akan tahan melihat air mata jatuh dari mata Anda. Mereka juga tidak suka melihat anda bersedih.

22. Tak seperti wanita, lelaki lebih jujur dan terbuka tentang diri mereka. Mereka lebih menerima kekurangan dan menerima apa adanya.

23. Walau kadang-kadang mereka kelihatan selekeh, tetapi pada dasarnya lelaki suka kebersihan,bau wangi, dan keindahan.

24. Lelaki lebih suka pada wanita yang menghargai dirinya apa adanya.

25. Lelaki mencintai seorang wanita yang boleh menjadi sahabat, sekaligus kekasih baginya.

26. Jika ada seorang lelaki yang menceritakan masalahnya, anda cukup mendengarkannya sahaja. Jangan beri nasihat atau menyalahkan dirinya.

27. Jika ada seorang lelaki menyukai anda, lihat lebih jauh ke dalam matanya. Mata adalah jendela hati, dan ia tak pernah menipu.

28. Lelaki lebih menyukai wanita yang cerdas, berbanding wanita yang hanya tahu tentang make up dan mini skirt.

29. Fantasi lelaki tentang wanita adalah satu-satunya fantasi yang tidak mungkin dibatasi. Sekalipun mereka telah memiliki pasangan dan keluarga.


betul ke lelaki???

29 FAKTA TENTANG WANITA YANG ANDA PERLU TAHU……


Assalamualaikum uolls..

harini nak kongsi sedikit fakta tentang wanita yang perlu uolls semua tahu.. (yeps, nak tulis siap-siap dalam diari la tu!!)




29 Fakta Tentang Wanita Yang Anda Perlu Tahu
  1. Kajian Universiti Illinois, wanita lebih penyayang dan setia berbanding lelaki. Rasulullah S.A.W bersabda, “Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa orang penyayang tidak akan sia-sia”.
  2. Lelaki hanya mampu menahan kesakitan sehigga 47 Del tetapi wanita mampu menahan kesakitan sehigga 57 Del ketika sakit bersalin. Itu bersamaan 20 tulang dipatahkan serentak. Khas untuk lelaki, hargailah ibu dan isteri anda.
  3. Mengikut kajian, dalam keadaan stress atau situasi tidak terkawal, lelaki cenderung untuk mengelak tetapi wanita cenderung memilih untuk menyelesaikannya.
  4. Kajian menunjukkan memori wanita lebih kuat berbanding lelaki terutama perkara yang berkaitan dengan emosi. Sebab itu wanita lebih sensitif. 
  5. Naluri wanita lebih kuat dari lelaki. Ibu lebih bersikap melindungi dan tahu secara semulajadi bila situasi merbahaya untuk anak sedangkan bapa perlu berfikir sejenak sebelum sedar akan bahaya. 
  6. Ucapan ‘hi’ dari insan kesayangan mampu menceriakan hati wanita sepanjang harinya.
  7. Senjata wanita adalah air mata.
  8. Jika dia kata dia okey bila korang bergaduh, dia pasti tak okey. wanita selalu kata saya okey sedangkan jiwa mereka kacau saat itu.
  9. Bila cemburu wanita selalu buat pasangan mereka cemburu dengan tindak tanduk mereka. Hanya itu saja cara mereka untuk tarik perhatian pasangannya dan menduga adakah pasangannya cemburu dan masih sayang padanya.
  10. Wanita kurang suka berpasangan dengan lelaki lebih muda kerana selain faktor kematangan, wanita mudah rendah diri bila kekasihnya bersama dengan insan lebih muda dari dirinya.
  11. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang matang dalam membuat keputusan.
  12. Wanita sangat mudah jatuh cinta pada lelaki yang caring.
  13. Wanita benci lelaki yang kerap mungkir janji.
  14. Wanita sangat suka pada kejutan.
  15. Wanita mudah cair pada lelaki yang bermata cantik.
  16. Wanita suka lelaki tegas, kerana itu lambang seorang pemimpin. Mereka yakin pilihan mereka tepat memilih lelaki yang tegas kerana yakin si dia dapat memandu hidupnya.
  17. Wanita tak berapa suka pada lelaki yang sweet talker, kerana mereka takut kamu kaki mengurat.
  18. Wanita akan tersipu-sipu malu dengan lelaki yang mereka punya perasaan sedangkan dengan lelaki lain mereka mampu bercakap selamber tanpa control apabila berbual.
  19. Wanita tak berani menatap mata kekasihnya kerana dia sentiasa rasa malu pada buah hatinya, sifat malu pada buah hati akan sentiasa ada selamanya walau telah berpuluh tahun mereka hidup bersama.
  20. Wanita tak mampu berhadapan dengan pesaing dalam cinta mereka. Pasti terserlah riak wajah tak selesa pada wajah mereka. Kerana itu orang bermadu tak boleh tinggal sebumbung.
  21. Wanita tak mampu mengawal emosi marahnya, pasti terpamer dari riak muka, perbuatan atau percakapannya walau sedaya upaya mereka cuba melindungi perasaan marah mereka pada kekasihnya.
  22. Wanita lebih tertarik kepada lelaki yang lebih tinggi dari dirinya.
  23. Wanita suka lelaki berbadan tegap dan sasa.
  24. Wanita sukar jatuh cinta kali kedua kepada insan yang telah mencurangi cinta mereka.
  25. Wanita akan hilang mood jika berhadapan dengan lelaki yang terlalu serius.
  26. Cinta pada wanita bererti kejujuran, kesetiaan dan saling memahami.
  27. Wanita sukar mencari keburukan lelaki yang dia sangat sayang.
  28. Wanita sering merajuk kerana ingin dipujuk
  29. Wanita benci kepada lelaki yang pilih kasih terutama bagi yang bermadu dalam cinta. Adil kah anda dalam membahagia rasa sayang?


September 17, 2014

TWILIGHT TURTLE NIGHT LAMP | LAMPU TIDUR KURA-KURA



Assalamualaikum uolls..


Hari ni nak cerita pasal tidur.. bukan habit tidur atau tafsir mimpi tapi lampu tidur.. aku kalau tidur memang gelap gulita la bilik.. ada orang tak boleh tidur kalau gelap sangat.. mesti nak ada sumber cahaya sikit macam lampu tidur ke lampu jalan kat luar rumah ke...


Twilight Turtle Night Lamp

atau dalam bahasa yang senang paham lampu tidur kura-kura



Lampu tidur kura-kura ni amat sesuai untuk diletakkan di dalam bilik kanak-kanak.. sebab apa? sebab biasanya anak-anak kecil ni selalu tidur dengan mak ayah dari lahir, jadi sampai waktunya, mereka perlu diasingkan tidur dibilik sendiri.. Ada budak-budak jenis berani, dia tak takut.. tapi kalau jenis yang penakut sikit tu yang merengek sebab tak nak tidur dalam bilik sendiri... ni lah penyelesaiannya..

Lampu tidur kura-kura ni ada lima warna.. hijau, coklat, biru, merah jampu dan hijau gelap.. aku suka pink..Boleh pasang lampu ni dekat plug, tak pun guna bateri AAA 3 biji.. Jangan risau kalau takut nanti bil elektrik mahal sebab plug in dari malam sampai ke pagi sebab dia autoswitch off selama 45 minit.. Selain itu, efek yang keluar dari pancaran lampu ni akan memenuh seluruh ruang bilik.. jadi tak takut lagi.. macam tidur kat luar rumah uolls.. dan yang paling best ada suiz lagu kat cengkerang kura-kura tu.. sesuai sangat untuk letak dekat bilik anak-anak..

Karekter kura-kura tu sendiri pun comel.. fluffy pulak tu..

tengok closed up Turtle Night Lamp | Lampu Tidur Kura - Kura






 






Harga? don't worry sangat berpatutan.. 

Istimewa untuk pembaca blog Lisa Hlovate untuk dapatkan harga promosi RM50 / unit untuk semenanjung malaysia dan sabah sarawak.. free postage yep.. 
Untuk tempahan boleh emelkan details ke lisafariza68@gmail.com

Subjek : Twilight Night Lamp / Lampu Tidur Kura-Kura (Warna - hijau, coklat, biru, pink dan hijau gelap)
Nama : Lisa Hlovate
Alamat Penuh : Depan laptop
No Tel : 014 xxxxxxx



Happy Shopping!! lepas ni tak la takut sangat nak tidur sorang-sorang...   



September 14, 2014

Story about my first time driving a car

Assalamualaikum uolls...

Malam ahad, esok dah kerja...maka berakhirlah hujung minggu yang penuh sarat dengan aktiviti... dan mungkin sampai bulan depan atau lebih tak dapat tolong mak kat rumah time hujung minggu...(i'm sorry mom)
Yang pasti akan jadi hari-hari yang memenatkan bagi aku...kena ingat kalau nak sesuatu mesti korbankan sesuatu...

Nak dijadikan cerita, semalam... nak catit dalam diari ni..sejarah hidup iolls..13 Sept 2014, back to schoolllll.... sorry terfeeling lebih pulak dah... driving school pun sekolah jugak...mula belajar kereta...rasa dia hanya tuhan saja yang tahu...dah la tak pernah lansung bawak....kalut memang la... macam pertama kali bawak moto...Rasa rugi tak belajar awal-awal... masa lepas spm tu hang p lenjan tengok tv je..ternak lemak jep.. kerja sebulan, company terus bangkrap...sadis *kesat air mata*....nak gelak pun ada..(mohon aku sorang yang gelak, kalau tak ada pulak orang kata korang tak betul karang gelak sorang)..

Semalam, sampai-sampai je sana, dia suruh iolls duduk tempat driver, alamak satu hapah tak tau ni..start hidup enjin, dia ajar sikit adjust tempat duduk, gear, kaki, tali pinggang... sorry iolls memang rendah..kerusi pun sampai depan (Amaran, jangan gelak ok!!) Mula tekan clac masuk gear dan mula jalan perlahan-perlahan..pusing-pusing dan mari ke jalanraya..jalanraya baq hang.. hari pertama drive bawak p jalan raya..nasib baik ada cikgu kat sebelah kalau tak kemana la agak yer... kalau uolls nak tahu aku pernah sampai termimpi-mimpi bawak kereta..

Tapi yang aku respect dengan cikgu yang ajar aku tu, mulut banyak jadi kita takut sangat...3 jam bercakap..well, sapa tak takut, selisih lori besar..mohon aku tak kalut lagi dah lepas ni...


lepas ni boleh la tick satu lagi wishlist...




p/s : sorry kalau entry ni nampak poyo..biasalah..excited la katekan... ( jangan gelak banyak sangat ok)
posted from Bloggeroid

September 11, 2014

Lisa Hlovate in new version !!!



Assalamualaikum.. uolls,

Kalau korang semua nak tahu, aku mula berblog sejak tahun 2011.. waktu tu tengah masih study dekat UMT.. sampaikan ada satu course ni, aku jadi penujuk ajar kepada classmates aku yang lain macam mana nak buat blog.. Dah lama aku nak design blog ni sampailah aku pening nak menghadap koding-koding yang berjujuk, sampai sakit tengkuk den ni.. Dah akhirnya, jumpa dengan blog sis comel ni Sheda Ucu .orang perak tu.. terus teringat kat mak buyung nurputih dan husben yer sipentiru nama den.. isketambola..



comel je header blog dia..


Sebenarnya aku niat design blog ni khusus sempena hadiah birthday aku yang ke 22 pada 25 Ogos lepas.. thanks sheda for the design yang cute ni...  




Tema : Pink + Pastel 
(why pink? because i like pink very much and i am very the gegirl uolls)


Tagline : Happy girls are the Prettiest! 
(inspired by Audrey Hepburn , British actors and humanitarian.)


Korang boleh dapatkan khidmat design blog dengan sis Sheda ni dengan harga yang sangat berpatutan.. cuba tengok contoh design dia kat SINI.


PM je kat facebook sis comel ni, cepat je dia balas nanti.. 





p/s : blog iolls dah cun melecun, hope lepas ni makin rajin update blog.. wajib..



September 5, 2014

Kasut baby berkait yang tersangat cute...

Assalamualaikum uolls...

Subhanallah.. comel tersangat-sangat.. nasib baik aku tak anak lagi.. (kawen pun tak) kalau tak akan ku cari kasut kait ni sampai dapat..














Cute kan.. kalau ada online shop yang ada jual kasut macam ni.. habak mai aku yup.. 

September 4, 2014

Rumah kata pergi, kubur kata mari...

Assalamualaikum uolls..

p/s : maaf cerita ni panjang sikit, bahasa tunggang langgang, tak salah blog.. memang blog lisa hlovate tau..


Korang jangan pelik kalau tengok blog aku macam selekeh jep skrg ni.. jarang update.. sebab aku tengah undercontrol mood... dengor macam dashyat benor ngupenyer... aku selalu mendecokan blog aku.. konon nak transform la.. sekali tengok kod berjujuk... naik juling bijik mato den ni.. poning... InsyaAllah aku tengah tunggu sorang insan yang baik hati dan cun melecun lagi comel untuk design full template blog aku.. tunggu ok..

Berbalik pada tajuk aku kat atas tu... korang rasa aku maksudkan sape?

"Rumah kata pergi, kubur kata pergi..."

ayat ni sesuai sangat bagi pada seseorang yang sudah berumur.. bahasa kasar yer... tua bangka yang miang keladi... kalau korang tak tau... aku sekarang kerja kat sebuah syarikat kontraktor ni... dengan je kontraktor.. of coz la kerja dengan lelaki.. tak kisah la kan.. masalahnya ada insan-san yang pantang nampak dahi licin ni.. pantang jumpa perempuan je.. fikiran dah kelain...

ceritanya macam ni, orang ni aku bagi nama En. S (bukan nama sebenar ok).. S ni merupakan supplier untuk lori dan jentera berat... sebab company tmpt aku kerja tu selalu sewa lori dia.. then satu hari ni dia mintak tolong aku suruh taipkan surat untuk dia.. (takde komputer).. then aku tulisla.. bos aku suruh.. dia nak beli rumah ats orang katanya.. then dah siap tu.. dia tanya nama aku.. aku cakap la is... sebab selalu memang kat tempat kerja orang panggil is jer.. lagipun dia cakap tak tahu nama aku sapa... selalu datang ambik payment macam tu tapi tak tahu nama... so aku jawap dengan elok.. takde syak ape-ape...then semalam, aku kat ofis lagi tengah tunggu mak aku datang jemput aku balik kerja.. tibe ada no tak kenal mesej... aku bajet mungkin member kelas masa kat umt kut.. mungkin x save no... dia cakap nak call boleh.. seriau la aku.. sebab aku memang tak layan orang kenal.. lagi-lagi lelaki... ntah sapa-sapa... then, lepas aku tanya sapa? aku cakap "saya tak jawap call orang tak kenal, maaf" baru dia cakap dia tu sapa... lagi la terkejut badak aku.. dia cakap nak datang ofis esok (means hari ni) nak jumpa majikan aku... setahu aku, kat ofis tu cuma 3 insan je yang tahu, bos, isteri bos, dan sorg lagi, project coordinator.... aku nak syak orang pun tak baik kan... kalau la dia call cakap macam-macam memang ke dalam lah jawap yer...

Esoknya (pagi tadi) isteri bos aku (kak R) datang dia suruh call en S sebab nak ambik payment.. aku ceritalah semua kat dia.. then sekarang bos aku pun dah tau.. tak tau la nnati dia kena macam mana... takut jugak aku... nanti sebab aku bisnes diorang berantakan pulak... lagi satu umur dia dah 49 tahun, bina dua tu...seram aku dengar... for secure.. aku kunci ofis sentiasa.. sebab memang aku duduk sorang kat ofis.. nasib aku la memang.. dugaan tuhan...

pengajaran untuk korang semua, pembaca blog aku, hati-hati dengan lelaki sekarang, sebab zaman sekarang semua lelaki tak boleh percaya, jangan duduk sorang-sorang kat tempat sunyi..



ni bukan iklan produk ea.. aku memang anti gila golongan macam ni.. mintak jauh la... 




p/s : kak long pesan aku kena kawen cepat, supaya ada orang jaga adik dia yang comel dan cun ni.. risikkan anak sultan sorang boleh? sory kalau korang rasa entry ni tak sesuai.. tapi aku rasa aku kena cerita supaya korang berhati-hati dan tak jadi macam aku.. lepas ni kena pergi kerja macam orang arab la... biar oarang tak tertarik perhatian....