Alhamdulillah.. hari ini usiaku sudah menginjak kepertambahan angka 1 disebelah nombor 2... 21 tahun... finally... Bila direnung-renungkan 21 tahun aku hidup di dunia ini apalah yang dapat aku sumbangkan pada keluarga, sahabat, masyarakat... tak payah jauh.. diri sendiri dah cukup... Pertambahan usia kita dari tahun ke tahun dari angka belasan ke puluhan... sedekad dua dekad... berapa banyak amalan yang kita bawa untuk bekalan kita di akhirat nanti... Semoga Allah swt menerima amal ibadah kita... InsyaAllah....
Terima kasih kepada insan-insan yang baik hati mengucapkan selamat hari lahir kepada diri ini... Ianya satu peringatan bahawa umur semakin meningkat.... Ahad lepas hari lahir aku.. jatuh pulak hari wanita... kalau ikut kitaran umur remaja dari umur 15 sehingga umur 20 tahun... i'm a lady not a teenagers more... Ya Allah.. dah tua dah aku... Kepada insan yang sentiasa mengingati aku... terima kasih akan doamu.. izinkan aku untuk berkongsi doamu di dalam laman ini...
selamat hari lahir,
semoga usia yang dipanjangkan-Nya,
kau dapat berbakti kepada agama dan syiar Islam.
selamat ulang tahun ke-21,
dengan pengalaman dan ilmu yang ditimba,
kau dapat memanfaatkannya untuk menyebarkannya.
InsyaAllah... semoga kita masih diberi kesempatan olehNya.. perjalananku ternyata masih jauh...
mungkin terlalu peribadi untuk diceritakan... Tak lama lagi sebahagian daripada rakan-rakan sekuliahku akan menyambung pelajaran mereka ke peringkat ijazah sarjana muda.. Sememangnya sudah menjadi impianku sejak dari kecil lagi aku ingin sekali belajar sehingga mencapai PhD... aku ingin sekali diberi kesempatan lagi untuk menimba ilmu Allah swt yang luas.... Namun, aku terpaksa dahulukan perkara yang lebih baik... Mungkin ada hikmahnya... aku redha... InsyaAllah satu hari nanti aku akan sambung hasratku yang tertangguh ini... Sama-sama kita doakan yer.. amin....