It's nearly to June... Almost 3 weeks i have been working...
Freshly finish my diploma....
Semuanya ada plan masing-masing lepas habis belajar.. Memang awal-awakl lagi aku dah berkira-kira nak tunggu permohonan sambung degree memang lama... Mau setngah tahun jugak aku menggangur duduk dekat rumah...Bak kata orang dari menghabiskan boraih kat rumah baik aku kerja kan.. Duduk rumah pun membesarkan badan je nak buat apa...
Then, ramai jugak kawan aku yang planning untuk tamatkan zaman solo beliau... Barakallahuma... tahniah... bukan senang tau nak kahwin awal... banyak tanggungjawab dan cabaran...
kredit to : Zul photoArt
One of my friend yang kahwin awal.. lepas habis final exam terus suami dia salam tangan tok kadi nak akad nikah.. Tahniah bakal menimang cahay amata yang pertama...
then, my bestfriend Mawar Nursyazana... yang berkahwin hari ini... dekat Masjid Kristal tu.. untunglah duk Terengganu.. Kalau aku maybe post wedding photo je kut kat sini.. angan-angan...
Barakallahuma.... Maaf tak datang majlis nur... Sedih... Doa je dapat ku kirimkan...
Pic : Izzah Azis
Pic : Izzah Azis
###
Telah diriwayatkan kepada kami oleh Suwaid bin Sa’id: Telah diriwayatkan kepada kami oleh Abdul Aziz bin Muhammad Ad Darawardi, dari Suhail bin Abu Shalih, dari ayahnya, dari Abu Harairah, katanya : Sesungguhnya Nabi s.a.w. bila mengucapkan selamat dalam perkahwinan, baginda mengucapkan:
“Semoga Allah memberikan kepada kamu berkat dan semoga Allah memberikan kamu sekalian tetap di dalam keberkatanNya dan menyatukan kamu dalam kebaikan”.
Telah diriwayatkan kepada kami oleh Muhammad bin Basyar: Telah diriwayatkan kepada kami oleh Muhammad bin Abdullah: Telah diriwayatkan kepada kami oleh Asy’ats, dari Ahsan, dari Aqil bin Abu Thalib” Sesungguhnya ia mengahwini seorang wanita bani Jusyam, lalu kaum itu berkata:
“Mudah-mudahan engkau bahagia dan ramai anak!”
Lalu Aqil menjawab: “Janganlah kamu mengatakan seperti itu, tetapi katakanlah seperti yang diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu:
“Wahai Tuhan, berikanlah kepada mereka itu keberkatan dan tetapkanlaj kepada mereka itu keberkatan untuk selama-lamanya.”
Apabila kita mendengar atau bertemu dengan seorang teman yang baru saja melangsungkan pernikahan, maka kita perlu turut menyatakan perasaan gembira dengan ucapan yang menggembirakan hati mereka serta menunjukkan rasa gembira kita kepada mereka.
Petunjuk yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w ini berbeza dengan ucapan selamat yang dilakukan oleh orang-orang bukan Islam. Salah satu contoh yang dipergunakan oleh orang bukan Islam dalam memberikan ucapan selamat kepada pengantin baru ialah:
“Mudah-mudahan anda bahagia dan memperolehi banyak anak.”
Ucapan seperti ini tidak pernah diucapkan oleh Rasulullah s.a.w., tetapi yang diucapkan oleh baginda menurut Aqil bin Abu Thalib ialah doa :
“Semoga Allah menjadikan kedua-dua mempelai itu tetap di bawah naungan keberkatan Allah s.w.t.”.
Ucapan selamat begini adalah merupakan satu ibadah kerana ianya adalah doa.