Assalamualaikum...
TEMPOH TUNTUTAN HADIAH GIVEAWAY TELAH DI TUTUP - Harap Maklum
Terlebih dahulu aku ucapkan tahniah kepada pemenang 1st giveaway yang aku baru buat.. Pada yang tak menang cuba lain kali yer... Terima kasih sebab sudi follow blog aku dan bagi kerjasama untuk ikut semua syarat-syarat penyertaanyer...
1.Lelaki tidak benar-benar memilih gadis yang cantik. Mereka lebih suka gadis yang pembersih dan kemas.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
95 fakta mengenai lelaki yang kita patut tahu!
2.Lelaki benci kekasih di'ngurat'
3.Seorang lelaki boleh suka anda untuk seminit, dan kemudian melupakan anda.
4.Ketika seorang lelaki berkata dia tidak memahami anda, itu hanya bermakna anda tidak berfikir seperti dia.
5."Awak buat apa tu? " atau " Awak dah makan? "adalah soalan biasa pertama seorang lelaki bertanya di telefon hanya untuk mengelakkan gagap.
6.Mungkin lelaki mengurat sepanjang hari tapi sebelum mereka pergi tidur, mereka selalu berfikir tentang gadis yang benar-benar mereka sayang.
7.Ketika seorang lelaki benar-benar menyukai anda, dia akan mengabaikan semua perangai buruk anda.
8.Lelaki cair bila melihat senyuman gadis.
9.Lelaki akan melakukan apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis itu.
10.Lelaki benci kalau anda berbicara tentang bekas teman lelaki anda
11.Apabila lelaki berhasrat ingin bertemu orang tua anda. Biarkan mereka. ... Jangan harap..
12.Lelaki juga boleh menangis!
13.Jangan mengapi-ngapikan seorang lelaki. Percayalah. Dia akan mengamuk walaupun dia nerd sekalipun.
14.Lelaki tidak dibuai oleh mimpi dan terlalu mengharap.
15.Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah meninggalkan mereka, dan ini membuat lebih sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka.
16.Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tidak ada jalan untuk kembali.
17.Memberikan lelaki mesej tergantung seperti "Kau tau apa?!... Argh ... Takde apa-apa!" Akan membuatnya memberi kata putus yang tidak pernah anda fikirkan.
18.Seorang lelaki mampu mengurat dengan beribu cara tetapi mereka biasanya gagap ketika mereka bercakap dengan seorang gadis mereka benar-benar cinta.
19.Ketika seorang lelaki membuat "umm" berpanjangan atau memberi bermacam alasan bila anda meminta dia untuk melakukan sesuatu untukmu, sebenarnya dia ingin mengatakan bahawa dia tidak menyukai anda.
20.Ketika seorang gadis berkata "tidak", seorang lelaki mendengarnya sebagai "cuba lagi esok".
21.Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda benar-benar inginkan sebelum dia faham itu dengan jelas.
22. Lelaki benci gay!
23. Lelaki sayangkan ibu mereka.
24. Seorang lelaki akan sanggup mengorbankan wang untuk makan semata-mata ingin membelikan anda beberapa kuntum bunga ros.
25. Seorang lelaki sering terfikir tentang gadis yang suka padanya. Tapi ini tidak bererti bahawa lelaki menyukainya.
26. Anda tidak akan pernah memahami lelaki kecuali anda dengar cakap dia.
27. Jika seorang lelaki mengatakan pada anda dia mencintaimu sekali dalam seumur hidup. Dia benar-benar kata begitu.
28. Hati-hati. Lelaki mampu menyebarkan gosip keseluruh dunia lebih pantas berbanding perempuan.
29. Perempuan adalah kelemahan lelaki.
30. Lelaki sangat terbuka tentang diri mereka.
31. Ada baiknya untuk menguji seorang lelaki terlebih dahulu sebelum anda percaya padanya. Tapi jangan biarkan dia menunggu.
32. Tidak ada lelaki yang jahat ketika bercinta.
33. Lelaki benci kalau pakaian mereka menjadi kotor. Meskipun titik kecil.
34. Lelaki akan benar-benar mengagumi gadis-gadis yang mereka suka meskipun jika mereka tidak secantik mana.
35. Kawan baik anda, yang menjadikan dia sebagai rujukan bagi teman lelaki anda tentang masalah dengan anda mungkin berakhir dengan teman lelaki anda syok pada dia.
36. Jika seorang lelaki memberitahu anda tentang masalah , dia hanya perlukan seseorang untuk mendengar dia. Anda tidak perlu memberi nasihat ...
37. Sebuah tindakan biasa yang membuktikan bahawa lelaki itu menyukaimu adalah ketika dia menggoda anda.
38. Seorang lelaki sentiasa ada cara untuk membuat anda tidak rapat dengan lelaki lain.
39. Lelaki cinta gadis yang menggunakan otak dikepala lebih dari gadis otak di kasut.
40. Lelaki cuba untuk mencari patung yang gadis ingin namun sayangnya pasti akan memilih yang salah.
41. Lelaki boleh berbual tentang apa pun.
42. Lelaki tidak boleh menyimpan rahsia yang perempuan beritahu mereka.
43. Lelaki berfikir terlalu banyak.
44. Fantasi lelaki tidak terbatas.
45. Ketinggian seorang perempuan tidak penting tetapi berat amat penting bagi lelaki.
46. Lelaki cenderung lebih serius dengan hubungan mereka dan menjadi terlalu cemburu.
47. Ketika seorang gadis membuat lelaki menempuh pelbagai halangan selama bercinta, sukar baginya untuk melepaskan gadis itu.
48. Tidak mudah bagi seorang lelaki untuk melepaskan kekasihnya setelah mereka putus terutama ketika mereka sudah bersama selama 3 tahun atau lebih.
49. Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda inginkan sebelum bersama dengan lelaki itu.
50. Seorang lelaki perlu mengalami putus cinta, kerana jika dia terlalu bagus, tidak pernah putus cinta, tidak pernah rasa sakit hati, dia tidak akan matang dan menjadi dewasa.
51. Ketika didatangi pelbagai kesulitan, lelaki lebih cenderung menyalahkan diri sendiri berbanding menyalahkan kekasihnya. Mereka juga mampu melukai diri sendiri secara fizikal.
52. Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah, tapi mempunyai keazaman yang lemah
53. Lelaki mungkin adalah harimau dalam kumpulan sebaya mereka, tetapi mampu dijinakkan oleh perempuan.
54. Ketika seorang lelaki berpura-pura menjadi tenang, check adakah dia berpeluh. Anda mungkin akan melihat bahawa dia gugup.
55. Ketika seorang lelaki mengatakan dia akan tergila-gilakan gadis itu. Dia benar-benar maksudkannya.
56. Ketika seorang lelaki meminta anda untuk meninggalkan dia sendirian, dia hanya bermaksud, "Jangan pergi dan dengar saya"
57. Lelaki tidak benar-benar memiliki kata putus.
58. Ketika seorang lelaki mencintai anda, dia memberikan yang terbaik dalam dirinya.
59. Jika seorang lelaki mula berbicara serius, ianya sangat penting!
60. Jika seorang lelaki terlalu senyap, katakan sesuatu! Mungkin dia ada masalah.
61. Lelaki percaya bahawa tidak ada cinta pada pandangan pertama, dan kemudian menyedari pada akhirnya bahawa dia salah.
62. Lelaki suka perempuan yang bersikap keperempuanan.
63. Lelaki tidak suka perempuan yang suka pukul lelaki
64. Seorang lelaki dapat mengetahui apakah gadis itu suka padanya tapi tidak pernah yakin kecuali gadis itu kata kepadanya.
65. Seorang lelaki akan membuang-buang masa dengan video game dan bola sepak, sama seperti seorang gadis yang terhadap novel dan make-up
66. Lelaki cinta gadis yang boleh memasak atau membuat kek. .... Amat-amat cinta.
67. Lelaki suka seperti perempuan yang seperti ibunya. No kidding! ... ... Tetapi hanya bila lelaki itu bersedia
68. Seorang lelaki mempunyai masalah lebih banyak daripada yang boleh anda lihat dengan mata anda.
69. Kawan baik teman lelaki anda tahu segalanya tentang dia. Gunakan peluang ini!
70. Jangan sombong. Lelaki boleh dengan mudah menyerah pada tanda pertama akan putus cinta.
71. Jangan bias. Cuba mencintai seorang lelaki tanpa prasangka dan anda akan terkejut.
72. Lelaki lebih banyak bercakap daripada perempuan terutama ketika topik tentang perempuan.
73. Lelaki tidak memahami kenyataan "Get Lost" dengan baik.
74. Lelaki benar-benar berfikir bahawa perempuan adalah sukar dibaca dan mempunyai keputusan tak terduga tapi masih menyayangi mereka.
75. Lelaki tidak peduli tentang bagaimana berkilau kasut mereka tidak seperti perempuan.
76. Lelaki cenderung membuat tanggapan yang tidak benar terhadap perempuan bahawa semua perempuan itu sama, dan mereka akan menyedari bahawa mereka salah.
77. Setiap lelaki boleh menangani semua masalah-masalahnya oleh dirinya sendiri. Tetapi dia terlalu keras kepala untuk menghadapinya.
78. Lelaki merasa begitu keberatan ketika seorang gadis bersumpah.
79. Titik kelemahan lelaki berada pada lutut.
80. Ketika suatu masalah mula timbul, seorang lelaki biasanya membuat dirinya nampak cool tapi masih memikirkan cara mengatasinya.
81. Ketika seorang lelaki memandangmu, dalam kepala dia hanya ada 2 perkara. Mengutuk atau syokkan kamu.
82. Apabila anda menangkap teman lelaki anda curang dan dia meminta peluang kedua, berikan kepadanya. Tapi ketika anda menangkap dia lagi dan dia meminta peluang lain, tinggalkan saja. Dia tidak serius dengan anda.
83. Jika seorang lelaki membenarkan anda memutuskan perhubungan, ini bermakna dia benar-benar mencintai anda.
84. Jika anda mempunyai teman lelaki, dan kawan teman lelaki anda selalu menjeling anda, itu jelas menunjukkan bahawa dia cemburu setiap kali anda dengan kekasih anda, dan dia lebih cintakan anda lebih daripada teman lelaki anda.
85. Lelaki belajar dari pengalaman bukan dari novel cinta yang perempuan baca dan mengambil sebagai asas pengalaman mereka.
86. Anda boleh mengetahui adakah seorang lelaki benar-benar terluka atau sakit ketika dia menangis di depan anda!
87. Jika seorang lelaki tiba-tiba meminta anda untuk dating, tanyakan dulu mengapa.
88. Ketika seorang lelaki kata dia tidak boleh tidur jika dia tidak mendengar suara anda meskipun hanya untuk satu malam, letak telefon. Dia juga kata begitu untuk gadis lain. Dia hanya ingin mengurat anda dan kadang-kadang hanya untuk permainkan anda.
89. Anda benar-benar boleh mengatakan bahawa seorang lelaki memiliki niat yang baik jika anda melihat dia bersembahyang ketika keluar dating.
90. Lelaki tidak akan mencari nasihat dari seorang lelaki melainkan dari seorang gadis.
91. Perempuan dibenarkan untuk menyentuh hal-hal melibatkan diri lelaki. 'Tetapi bukan pada rambut mereka!'
92. Jika seorang lelaki kata kamu cantik,lelaki itu suka anda.
93. Lelaki benci perempuan yang gedik.
94. Lelaki mencintaimu lebih dari kau mencintai dia JIKA dia serius dalam hubungan anda.
95. Lelaki cair ketika gadis menyentuh tangan-tangan mereka ..
Thanks sudi baca.. :)
No comments:
Post a Comment