November 28, 2013

RADIGLOW Skinfiniti



Assalamualaikum...


Alhamdulillah sempat jugak luangkan masa untuk update blog hari ni.. Pernah dengar RADIGLOW.. Ramai artis-artis malaysia sekarang kita tengok sentiasa cantik..berseri.. muka bersinar licin mulus..tak perlu pakai mekap tebal pun cantik..natural beauty orang kata.. Hari ni aku nak cerita satu produk iatu RADIGLOW Skinfiti yang mana Irma Hasmie, pelakon dan ibu muda yang menjadi duta rasmi RADIGLOW Skinfiniti.


RADIGLOW Skinfiniti 






Kenapa anda mesti pilih RADIGLOW sebagai supplement tambahan anda?? 

● Jawapannya kerana RADIGLOW merupakan Produk Pertama yang lengkap mengandungi semua keperluan tubuh badan anda untuk kesihatan dan juga kecantikan. 1001 khasiat dan kebaikan hanya dalam 1 produk.

 Kandungan RADIGLOW terdiri daripada RAMUAN PREMIUM yang terpilih dari sumber-sumber berikut seperti ASTAXANTHIN L-Glutathione, Hydrolyzed Fish Collagen, Vitamin C dan juga Blackcurrant Extract

● Didatangi dalam bentuk bungkusan kotak yang Eksklusif mengandungi 2 botol RADIGLOW yang mudah untuk ditempatkan di rumah dan juga di bawa kemana sahaja seperti di dalam handbag bagi kaum wanita









Bagaimana cara penggunaannya

● Cara penggunaan yang sangat mudah. Berbentuk Tablet yang boleh dikunyah atau terus ditelan dengan rasa enak Blackcurrant/ Beri. Hanya perlukan 2 tablet Radiglow setiap pagi dan anda akan tampil sihat dan menawan dari hari ke hari.










Kandungan utama Radiglow


  • Blackcurrant extract
  • Hydrolised Fish Collagen
  • Vitamin C
  • Astaxanthin
  • L-Glutathione













Apakah ASTAXANTHIN??


Astaxanthin adalah pigmen merah yang terjadi secara semulajadi dalam pelbagai organisma hidup. Contohnya seperti Ketam, Udang, dan Ikan Salmon.
Ia adalah penemuan anti oksida terbaru oleh ahli2 sains pada abad ini. Astaxanthin berpotensi menjadi sumber terbaik, terkuat dan unik dalam keperluan tubuh manusia.


Kelebihan Astaxanthin :

  • Meransang sistem imuniti
  • Membantu mencegah serangan jantung
  • Membantu menghalang permulaan awal sel2 kanser
  • Membantu mencegah Alzheimer dan Parkinson
  • Menormalkan tekanan darah
  • Melegakan masalah prostat
  • Memberikan ketahanan yg baik untuk selsema
  • Mencegah dan mengurangkan kencing manis
  • Mencegah penyakit gusi
  • Meningkatkan kesihatan reproduktif
  • Melindungi kesemua bahagian sel-sel dari kerosakan oksidatif
  • Makanan tambahan utama untuk kesihatan mata dan mencegah kebutaan dan katarak
  • Degenerasi markular
  • Makular edema cystoid
  • Retinopati diabetik
  • Glaukoma dan lain-lain lagi



Kesan luar jangka dengan RADIGLOW





  • kulit lembut n lembab bagai berlosyen
  • kulit cerah sekata
  • jerawat kering dalam 2minggu
  • parut2 di muka dan badan pun boleh pudar


- Antara Kelebihan Produk Radiglow -


✔ Lulus GMP
✔ Lulus KKM
✔ Lulus U.S. FDA (Foods & Drugs Association)
✔ Sesuai untuk bayi dan juga kanak-kanak
✔ Sesuai untuk ibu hamil dan juga menyusu bayi.
✔ Mudah kunyah dan SEDAP dengan perisa anggur.
✔ Anda tidak perlu membeli losyen atau pelembap tambahan.
✔ Mencerahkan serta membuatkan tona kulit sekata dan berseri.
✔ Memulihkan kulit rosak, berparut, kusam dan bermasalah.
✔ Menjadikan kulit lebih anjal dan elastik serta lembap.
✔ Mengurangi kedutan dan garis-garis halus.
✔ Mengecilkan pori-pori kulit.
✔ Melindungi dari sinaran UV.
✔ Menguat dan mencantikkan kuku dan rambut.
✔ Meningkatkat sistem imunisasi badan.
✔ Mengurangi radikal bebas dan toksin di dalam badan.
✔ Mengatasi masalah jerawat dan jeragat.
✔ Mengurangi sakit radang dan sendi.
✔ Baik untuk mata.
✔ Membekalkan tenaga optimum sepanjang hari.
✔ Menghapuskan parut, tumit merekah dan selulit.
✔ Meningkatkan kualiti tidur.
✔ Sesuai untuk lelaki dan perempuan.



SIJIL KELULUSAN KKM








p/s - Kilang mendapat kelulusan GMP, produk berdaftar dengan KKM dan disahkan HALAL




ANTARA TESTIMONI PENGGUNA

Antara artis-artis yang menggunakan produk RADIGLOW.....

















Bagaimana nak dapatkan produk ni


Berminat nak tahu dengan lebih lanjut tentang produk ni boleh SMS/WhatApps ke 0145453205 atau email ke lisafariza68@gmail.com.



HARGA SEBENAR RM245 !! 

SEKARANG PROMOSI SEKOTAK RM180 SHJ!!



1 KOTAK ( 2 Botol) RM180 (S/M) 

1 KOTAK (2 Botol) RM190 (S/S)


PERCUMA POS LAJU



Jangan risau saya akan jawab semua pertanyaan anda.



November 25, 2013

Meronta-ronta memanggil namaku...



Assalamualaikum korang....

Syok giler cuti tiga hari.. Hahaha.. Memandangkan hari jumaat lepas hari hol keputeraan Sultan Johor maka dapatlah habiskan tiga hari uolls cuti hujung minggu... rasa lama betul cuti....
Ape-ape pun.. hari ni isnin.. kerja dah bersusun menunggu untuk disiapkan.. macam meronta-ronta je memanggil nama aku dari box inbox...omaigoddd....

Ok la u guyss.... i nak sambung kerja yang melambak ni dulu... nanti kita sambung blogwalking lama-lama... comment puas-puas tau... nanti kita follow... jangan lari jauh-jauh.... penat eden nak kejar... cukup la lari 12km iolls dah demam tak bangun....

November 19, 2013

5 Fesyen wanita yang tak digemari lelaki.. Betul Ke?



Assalamualaikum.... hai korang...




Korang pernah terfikir tak orang suka tak apa yang korang pakai sekarang ni... khasnya lelaki la... agak-agak pasangan korang suka tak apa yang korang pakai sekarang ni... Ni aku share sikit...

Fesyen itu adalah universal dan kebiasaannya wanita adalah insan yang pandai dan hebat berfesyen namun adakala ada sesetengah fesyen yang tak digemari oleh kaum lelaki ini. Ini kerana jika fesyen itu terlalu keterlaluan ianya tidak kena dengan gaya dan personaliti anda malah jika anda menggayakan fesyen tersebut mungkin kelihatan tidak menarik dan tidak dilayan oleh sang jejaka. 


Jom lihat 5 fesyen yang tidak digemari jejaka ini:

1. Cermin mata besar



Peminat heliza helmi mesti marah gila kat aku....huhuhu..korang baca ni...

Kebanyakan wanita merasakan bahawa apabila mereka memakai cermin mata yang besar, mereka akan kelihatan lebih moden dan bergaya. Tidak bagi lelaki, kerana bagi mereka, wanita yang memakai cermin mata yang besar ini tidak sesesuai dan membuatkan wajah si wanita itu kelihatan seperti serangga yang bermata besar. Amatlah penting bagi seseorang wanita itu memilih saiz dan bentuk cermin mata yang betul-betul kena dengan raut wajah anda agar kelihatan menawan sentiasa..




.

Jadi lepas ni kalau korang keliru nak pilih cermin mata macam mana..Pastikan korang tau cermin apa yang sesuai untuk bentuk muka korang..


2. Bibir yang merah menyala


Merahnya mak ngah...Macam vampire minum darah...

Kebanyakan wanita akan merasakan bahawa bibir mereka akan lebih seksi sekiranya menggunakan lipstick yang berwarna merah menyala. Tetapi hakikatnya ada segelintir lelaki yang tidak sukakan demikian kerana warna yang terlalu terang akan membuat mereka bercakap dengan badut. Lelaki lebih suka sesuatu yang menyenangkan dan sederhana kerana itu lebih membuat anda seperti bidadari dengan bibir yang semulajadi dan tidak terlalu merah. Wanita harus lebih peka dengan pemilihan warna gincu agak bersesuaian dengan kulit anda.


3.Bulu mata


Memang tak dinafikan bulu mata yang panjang dan melentik memang akan membuat wanita itu kelihatan lebih cantik dan menawan tetapi sekiranya bulu mata itu palsu dan dipakai tidak kena majlis pastinya akan menjadi mimpi ngeri buat anda apabila dipandang jelik oleh sesetengah lelaki. Seeloknya tak perlulah gunakan bulu mata palsu kerana tidak semesti bulu mata panjang, melentik itu cantik bahkan jika kita lihat wanita Korea bulu mata mereka semua biasa-biasa saja tetapi mereka masih dianggap jelita. Kebanyakan lelaki sukakan bulu mata yang asli dan original kerana itu lebih nampak kecantikan sebenar.




4. Selipar/Kasut


Oh ini tidak sesuai kerana selipar dan kasut itu bukanlah sesuatu yang menarik untuk dipakai kerana ada sesetengah selipar yang agak ketinggalan zaman. Tetapi memang benar selipar lagi selesa dipakai daripada kasut tumit tinggi namun jika mahu memakai selipar haruslah memilih yang sesuai dan mengikut trend semasa. Namun begitu, walau secantik mana selipar/kasut yang dipakai, lelaki pasti lebih mengemarkan kekasihnya memakai kasut tumit tinggi kerana ia akan menambah lagi pesona dan keaggunan anda.



5. Pakaian yang terlalu seksi


Akhir sekali janganlah pakai pakaian yang terlalu seksi dan menjolok mata kerana tidak semua lelaki sukakan wanita berpakaian seksi. Alangkah indah dan moleknya anda sekiranya berpakaian sopan dan sesuai dengan bentuk tubuh anda, tidak perlu memakai yang terlalu ketat sehingga sukar untuk berjalan dan sebagainya. Lebih manis dan selamat bagi wanita yang memakai pakaian menutup aurat kerana aura mereka akan terserlah.



Hah...korang setuju tak dengan pandangan aku ni.... pada aku biarlah simple, ringkas asalkan selesa dan menutup aurat....




November 15, 2013

Layan jiwang jiwa kacau



Assalamualaikum pencinta terhebat...


Hari ni hari jumaat... Last day sekolah.. Lepas ni dah mula cuti sekolah... Syok la korang yer adik-adik.. Aku??? Kerja je la macam biasa... Korang mesti pernah bercinta kan.. yang tak pernah tu diam-diam sudah her..... Kalau bercinta mesti pernah kecewa kan... Meh kita layan jiwang sat... Jangan lupa pause lagu kat bawah tu yer...



- Tiada Lagi - Amy Search -


Sia-sia sudah kita jalin cinta bila hati s'lalu berbeda
Sampai kapan lagi 'ku harus menahan rasa kecewa di dalam dada
Seandainya kita masih bersatu, tak mungkin 'kan menyatu
Walau masih ada sisa cinta, biarkan saja berakhir sampai di sini

Tiada lagi yang kuharapkan, tiada lagi yang kuimpikan
Biar aku sendiri tanpa dirimu
Tiada lagi kata cintaku, tak 'kan lagi 'ku bersamamu
Biar kusimpan semua kenanganku bersamamu

Sampai kapan lagi 'ku harus menahan rasa kecewa di dalam dada
Seandainya kita masih bersatu, tak mungkin 'kan menyatu
Walau masih ada sisa cinta, biarkan saja berakhir sampai di sini

Tiada lagi yang kuharapkan, tiada lagi yang kuimpikan
Biar aku sendiri tanpa dirimu
Tiada lagi kata cintaku, tak 'kan lagi 'ku bersamamu
Biar kusimpan semua kenanganku bersamamu

Tiada lagi yang kuharapkan, tiada lagi yang kuimpikan
Biar aku sendiri tanpa dirimu
Tiada lagi kata cintaku, tak 'kan lagi 'ku bersamamu
Biar kusimpan semua kenanganku bersamamu

Tiada lagi yang kuharapkan, tiada lagi yang kuimpikan
Biar aku sendiri tanpa dirimu, oh...
Tiada lagi kata cintaku, tak 'kan lagi 'ku bersamamu
Biar kusimpan semua kenanganku bersamamu

Tiada lagi yang kuharapkan, tiada lagi yang kuimpikan
Biar aku sendiri tanpa dirimu...





November 14, 2013

Aku.. Dia.. dan Novel Part1

Assalamualaikum....hai blogger sekalian..


Aku jarang update sekarang sebab lately busy dengan kerja.. haha.. lagipun lappy yang aku selalu guna ni selau buat perangai rosak taknak masuk charger.. aleh-aleh hari ni adik aku bawak balik ok pulak... tak boleh jadi.. Sebenarnya, lepas habis je pratikal alayas tamat study secara tak rasminya laptop kesayangan aku dak acer dah dipinjam oleh adik aku, Yani.. lagipun dia study ICT so amatlah memerlukan laptop yang mencukupi piawai die nak belajar.. jadi, aku gunalah baby lappy die yang kadang-kadang demam tu.... Sedih tahap gaban wa cakap lu.. Nak update kat office macam kijam sangat.. Padahal selalu je aku online guna lappy kat office.. Dah koje eden memang duk depan kompiter dari pagi sampai petang.. Tergelincir gak la dari landasan.. Huhu... Nak pulak bila Zalora buat promotion.. Hari-hari kirim surat cinta kat kite..

Terlebih pulak mukadimah aku hari ni.. haha.. Sebenarnya nak share tentang koleksi novel yang aku ada... Seingat-ingat aku dulu masa first time aku belajar baca-baca novel ni.. mula-mula aku baca novel budak-budak sekolah jer.. Ala yang pasal cite budak-budak asrama... Agaknya sebab tu kot aku minat nak masuk asrama masa sekolah dulu.. Mudah sangat terpengaruh.. Mula-mula aku pinjam novel dekat pustakaan sekolah je.. tu pun curik-curik baca... haha.. dah la jauh.. nun jauh kat belakang sekolah.. Budak nerd la katekan.. Rehat lepak library.. rehat lepak library.. 

Lepas tu dah mula berjinak-jinak baca novel orang dewasa.. paham-paham lar kisah cinta orang dewasa.. remaja..novel cintan-cintun.. padahal aku tak suka pun masa tu cintan cintun ni... Masa tu aku form 2, form 3 macam tu.. Novel pertama aku baca masa tu .. Ombak Rindu.. haha..memang best giler aku cakap.. syok habis.. siap baca sambungan die... Cinta Tiada Akhirnya.. tapi novel kedua ni aku tak berapa ingat sangat..Nak dijadikan cerita boleh masa tu syok-syok aku baca 2 bijik novel tu. Aku dah terrr.. terrr ok... terrrrlupaa nak matikan api masak air... Habis kering air.. kena marah dengan mak tak cukup sekali..
Banyak jugakla novel aku pernah baca.. 50 bijik tu banyak tak??


rasanya kalau kat rumah aku ada library macam ni.. jangan harap aku nak keluar rumah.. sini la tempat aku...


Nak tahu koleksi novel apa aku ada.. tunggu next entry!!