Assalamualaikum
Selagi cuti semester ni masih berbaki dua minggu lagi ni... alhamdulillah rezeki datang tak putus... sekurang-kurangnya dapatlah merasa duit sendiri... tak lah minta duit sangat kat ayah dengan mak... tapi kadang-kadang mintak jugak... hehe... dua hari lepas aku ingat memang nak berhenti kerja part time macam post lepas lepas tu dapat offer kerja kat office pulak... still bawah syarikat yang sama.. tapi kali nie.. aku kerja bahagian urusan tender... hari-hari isi tender... binding sini.... cop sana... tandatangan... photostat... macam office girl pun ada... tapi i tak hantar surat yer u... huhu... akan datang banyak lagi kerja lagi... sesekali berangan duduk kerusi paling besar dalam bilik meeting tu, jadi bos... hahaha.. koya je lebih... ni busineeswomen berjaya tau!!!
linda pun takde kat rumah... almaklumlah pelajar cemerlang,aktif kat sekolah pergi perkhemahan.... haha.. cakap orang diri sendiri ni pun ape kurangnya... tapi aku dulu takde lah suka sangat camping-camping ni semua.. sebab ape??? sebab takut gelap.. fanatik gile aku dulu... kalau boleh keluar nak pakai sunblock biar kulit nie tak burn.. susah tu nak pulih balik... tapi sekarang as a fisheris student memang sah lah menuntut aku untuk suka dan cinta camping ni semua... kalau ade sampling kat luar ke... field work kat pulau bidong ke.. awal lagi aku plan.. kalah mak jemah...
dari kecil memang mak aku tak bape nak train anak dia ni pakai perfume... mak aku kata bile berpeluh nanti bercampur bau peluh dengan perfume habis bau hampeh... tapi aku lebih suka pakai perfume yang roll- on punye... sebab biase yer dia lebih senang nak bawa... bau pun tahan... takde lah kuat sangat sampai sebatu jauh dah bau...menjimatkan... ni aku nak share sikit tips nak pilih perfume...
- Pastikan kita tahu fungsi minyak wangi iaitu sama ada jenis Eau de Parfum (minyak) atau Eau de Toilette.
- Eau de Parfum (EDP) lebih tahan lama berbanding Eau de Toilette (EDT).
- Bau haruman pada botol tidak semestinya sama selepas memakainya. Sebaiknya, sembur pada kertas atau di pergelangan tangan untuk pengesahan...
- Biarkan beberapa minit untuk mendapat bau sebenar meresap lalu dipastikan serasi atau tidak.
- Sembur minyak wangi pada pergelangan tangan, bahagian nadi dan eher untuk memastikan haruman tahan lama dan merebak.
- Tidak semestinya haruman yang dipakai orang lain sama kesannya dengan anda kerana faktor biologi dan hormon manusia.
- Hidu biji kopi andai anda ingin segera menghilangkan bau haruman dan cuba haruman lain.
- Ada minyak wang menjanjikan haruman berkekalan sehingga lapan jam apabila disembur. Secara purata kesan bau haruman mampu bertahan empat jam.
- Usah terburu-buru membuat keputusan untuk membeli minyak wangi. Anda dibenarkan untuk menghidu pelbagai haruman mengikut cita rasa.
- Akhir sekali, jangan malu mendapatkan bantuan jurujual untuk memperoleh lebih banyak maklumat mengenai sesuatu produk. Tips inspirasi dari AVON.
perfume jenis ni yang aku selalu guna... saving kan.. beli satu dua tahun baru habis.. nampak sangat jarang pakai minyak wangi...
sekian dari workaholic girl...