October 13, 2015

Air Asia Blogger's Community

Assalamualaikum...



Dear lisa fariza,

We would like to extend our warmest greetings from us at AirAsia Bloggers’ Community (AABC).

At AABC, we are constantly looking for those with achingly good blogging talents be it via illustrations, photos, words or a combination of everything.

We are pleased to invite you to be part of AABC and we would like to get to know you better through this online form.

....................................bla bla bla.. sebahagian daripada ayat terpaksa dipotong..........................








October 11, 2015

Launching my new baby! Lyssa BeautyShoppe



Assalamualaikum.


Dengar sini rakyat-rakyat beta! amboi kekwat bak hang..
ok procede, selain daripada blogging dan juga berkerja office hour kalau korang semua tak tahu..aku juga giat berniaga atas talian.. cakap melayu macam pelik.. omputih kata business online.. selain dari dua business yang kadang-kadang tak menang tangan nak update @farprettybylh dan @cotton_farprettybylh ... aku baru sahaja lancarkan satu lagi cabang business produk kecantikan... Lyssa BeautyShoppe walaupun aku sedar facebook, instagram dan media sosial lain sebenarnya hampir membunuh dunia blog?

kenapa aku cakap macam tu.. nak tulis panjang-panjang dekat facebook pun boleh... nak upload gambar cantik-cantik dekat instagram la of course! nak business? confirm hampir 99.9% dekat facebook dan instagram... sedih.. dalam pada itu, kita harus sedar bahawa entry yang kita post di blog sangat mudah di cari, kekal forever kata kau dan senang sangat nak ada dalam search engine google, yahoo dan lain-lain.. tu salah satu cara kenapa kita masih perlu berbisnes di blog.. meluaskan rangkaian lebih kekal lama..nasib la kau lisa, orang business kau pun sibuk gak nak business.. tak kisah.. sebab berniaga tu kan 9/10 sumber rezeki.. Semoga usaha aku untuk mencantikkan lagi pembaca dan bakal-bakal pembeli produk kecantikkan aku sama cantik macam aku.. sepatutnya aku bold kan CANTIK MACAM LISA HLOVATE.. biar nampak macam over janji yakin.



Jadi, sebagai die hard fan blog lisa hlovate, sudi-sudilah follow beauty blog Lyssa BeautyShoppe dan likes facebook pages .. tak habis edit lagi blog tapi harap-harap senang la nak dapat info dan membantu korang semua... nak cantik kan?


Latest Product
Nature Republic - Soothing & Moisture ALOE VERA 92% Soothing Gel RM 29.00 exclude postage


October 7, 2015

Resepi Rahsia Burger Yang Sedap

Assalamualaikum...


Scroll facebook pagi-pagi, eh-eh, nampak video cara masak burger sedap dan mudah..boleh try ni.. alang-alang share la dengan korang..


Kuali
Sebaiknya dari jenis besi yang tebal. Memang harganya mahal sikit, sebab ia lebih bagus kerana haba dari api akan lebih stabil dan menyeluruh. Sebelum masak cuci kuali dulu. Gunakan axion/sunlight atau yang sama waktu dengannya. Kebiasaannya peniaga burger tak basuh kuali dengan betul. Mereka simbah-simbah jer dengan air kemudian gosok dengan scraper. Tak menjaga kebersihan langsung!

Api
Gunakan api kecil. Sebabnya ialah, jangan sesekali masak burger pakai api besar. Nanti daging burger cepat hangus, jadi garing macam keropok dan rasanya tak best. Hanya memasak burger menggunakan api kecil atau sederhana saja.

Marjerin
Sapukan marjerin ke serata kuali. Sapu thin layer saja. Jangan bubuh banyak – membazir. Ini supaya nanti time nak masak kuali tak melekat. Saya syorkan 2 jenis iaitu Planta atau Pelangi. Pelangi (keluaran Felda) lebih murah harganya.

Daging
Sebaikya daging sudah di-defrost-kan (nyahbeku) terlebih dulu agar cepat masak. Tapi jika daging tu masih beku – tak apa. Letak saja di kuali, cuma jangan sesekali gatal tangan besarkan api – inilah penyebab daging burger keras, garing dan hangus. Biar jer daging tu jadi lembut dan masak perlahan-lahan. Tak payah sibuk-sibuk letak marjerin, nanti daging tu akan keluar minyak sendiri.

==============================================================

Ada 3 Teknik

Teknik Menggoreng
Balik-balikkan daging burger time memasak. Tak payah sibuk-sibuk tekan daging tu. Siapa yang ajar? Kalau korang rajin tekan-tekan daging tu, nanti semua jus daging dia hilang. Daging jadi hilang rasa dan keras! Rasa dah jadi tak sedap.

Teknik Ketuk Lubang
Teknik ini sangat bagus, sebabnya ialah selain dari membantu agar daging semuanya masak, ia juga jadi tempat untuk perencah meresap dan terperangkap. Selain itu juga, agar daging tetap tebal dan lembut – terasa apabila digigit dan dikunyah.

Teknik Merempah
Setelah diketuk-ketuk sampai berlubang, sila pastikan daging telah masak kemudian tekan sikit daging tu untuk membuang minyak yang berlebihan. Tekan 2-3 kali jer – jangan over pulak. Lepas tu bubuhlah perencah ikut step
iaitu:
  • Worchestershire Sauce – Lea & Perrins. Jangan letak banyak, ala kadar sahaja.
  • Kicap Perasa – Saya lebih suka brand Maggi.
  • Serbuk Lada Sulah (Optional) – Apa-apa brand pun boleh.
  • Serbuk Lada Hitam (Optional) – Apa-apa brand pun boleh.
  • Serbuk Kari Daging (Optional) – Apa-apa brand pun boleh.
  • Air Bawang Putih – Buat sendiri.

Saya lebih suka guna serbuk lada hitam menggantikan serbuk lada sulah sepenuhnya sebab rasanya lebih best dan mantap serta nampak eksklusif.

Lepas selesai semua perencah, anda balikkan daging sekali, lepas tu tekan sekali jer dan angkat. Letak kat roti yang telah disediakan. Sekali lagi ditekankan, pastikan memasak daging jangan over cook, nanti rasa dia hilang dan keras.

Air Bawang Putih
Ia bertujuan untuk mengelakkan daging jadi over dry. Air bawang putih akan menggantikan jus daging yang sebahagiannya telah hilang waktu proses memasak tadi. Cara buatnya senang jer. Korang kupas bawang putih lepas tu ketuk bagi hancur. Masukkan dalam botol, bubuh air dan goncang! Tak payah bubuh garam tau.

===============================================================

Roti Burger
Lepas belah dua, korang sapu marjerin.
Sapu thin layer saja tapi menyeluruh. Bakar roti di kuali di bahagian isi tengah saja. Bahagian kulit atas dan bawah jangan bakar. Karang berminyak dan lembik pulak. Jangan gatal-
gatal tangan tekan roti tu time membakarnya. Lepas bahagian yang dibakar tu dah jadi perang sikit, korang angkatlah. Sebaiknya letak atas alas berjaring bukan di tempat yangg rata seperti pinggan. Letak kat alas berjaring akan membuatkan hot air circulation pada roti lancar. Roti jadi gebu, garing dan mantap. Jika korang letak kat tempat flat, roti nanti jadi lembik.

Sayur
Lepas roti dah dibakar. Korang bubuhlah sayur. Ni ada beberapa pilihan sayur.
Salad, lettuce, kobis, tomato, bawang kuning / Holland, timun.
Salad, lettuce dan kobis – sebaiknya korang hiris ler. Kobis tu paling bagus kalau dihiris
halus2, baru ler mantap. Tomato juga perlu dihiris. Bawang korang boleh pilih sama ada nak hiris atau potong dadu. Timun lebih baik kalau timun jepun – lebih rangup dan tiada risiko liat dan pahit seperti timun biasa. Saya suka combine lettuce/kobis + bawang potong dadu + timun jepun.

Sos Cili
Sebaiknya gunakan sos cili yang ada brand la seperti Maggi, Kimball etc. Saya lebih suka sos cili jenis ala Thai agar rasanya tidak masam. Jangan pakai sos cili murah, nanti rasa burger tak sedap.

Sos Tomato
Kalau nak gunakan sos tomato, carilah yang rasanya kurang masam. Gunakan sedikit sahaja. Saya tak suka sos tomato.

Sos Lada Hitam
Kalau letak ni pun sedap… tambah sodap. Syaratnya pastikan sos lada hitam tu pedas-pedas manis sikit. Korang boleh adjust sendiri dengan kicap manis cap Kipas Udang + sedikit gula atau madu. Insya’allah sedap.

Mayonis
Mayonis yang paling sesuai ialah brand Ladys Choice. Tapi harganya mahal. Brand murah rasanya agak masam sedikit – masam tak bagus untuk burger citarasa Malaysia ini. Kalau korang nak jimat, korang beli jer mayonis pakai paket jenama murah sikit. Lepas tu korang adjust dengan menambah gula castor atau gula icing barang sesudu dua lepas tu gaul rata.

Keju
Kalau nak letak keju pun boleh, cuma mahal ler sikit.

Telur
Guna telur ayam yer, bukan telur itik atau penyu. Telur ni untuk Benjo sahaja mulanya. Tapi sekarang dah jadi trend burger tambah telur jadi burger special. Ada macam-macam fesyen dan teknik. Ada yang masak pakai acuan (old style), ada yang buat dadar lepas tu lipat dan ada yang buat dadar lepas tu bungkus daging burger.
Bagi saya, jika nak rasa telur tu benar-benar terasa ialah dengan mengunakan teknik acuan. Telur akan utuh dalam bentuk alaminya dan ketebalannya itulah yang menyebabkan rasa telur itu muncul. Kalau dah jadi pembungkus daging, rasa telur tu dah kalah habis oleh rasa daging. So what for letak telur? Ia lebih kepada untuk membuat mata para pelanggan
tertarik aja. Tapi ingat… makan burger pakai mulut, gigi, lidah dan tekak… bukan pakai mata! Tapi selera orang lain-lain. Lantak dia ler.

Madu
Korang juga boleh cuba letak madu pada daging burger. Guna madu murah sahaja seperi brand Tesco etc. Saya dah test, ramai orang suka.

Habis dah pun cerita pasal resepi memasak burger. Ingat, burger yang sedap harus berasa sedikit manis, sedikit pedas dan agak “soggy”/”basah”. Rasa masam akan merosakkan rasa burger.




Selamat mencuba.. ni entry copy paste jer dari fb.. facebook memang sedang membunuh blog kan?

October 5, 2015

Anyone can help me??

Assalamualaikum..





nak minta tolong korang semua, tolong suggest pada lisa public transport dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya? kalau boleh yang paling cepat, best dan selesa... nanti komen kat bawah okay... 


Macam mana nak tegur orang lagi TUA?


Assalamualaikum..


Macam mana nak tegur orang lagi TUA terutama MAK AYAH atau abang kakak kita sendiri? tanpa buat dia tersinggung, terasa hati atau lain-lain

---

1. Dakwah ini penuh SENI.. Ia tak SEMESTINYA korang nak dakwah ni, korang kena tegur secara DIRECT..

kena cakap face to face..
kena bagi "ceramah" pada mereka..
kena bagi "tazkirah" ringkas pada mak ayah..

Tak semestinya..

Dalam Sunnah Rasulullah ada tunjukkan bertapa seninya dan kreatifnya dakwah ni..

Rasulullah berdakwah dengan cara bagi makan pada Yahudi buta..
Rasulullah berdakwah dengan cara tegur direct pada sahabat..
Rasulullah berdakwah dengan cara hantar surat utusan kepada raja-raja sekeliling Mekah seperti Kaisar, Rom, Yaman, dan lain2..

Bahkan Rasulullah dan sahabat berdakwah dengan cara PERANG dengan SENJATA hingga runtuhnya empayar Byzantine, empayar Parsi, dan sebagainya..

Dakwah ni seni..

Cuma korang kena guna 'otak' sikit untuk kreatifkan cara dakwah DENGAN SYARAT mesti ikut SYARAK dan PRINSIP ISLAM !

Janganlah korang nak dakwah pada orang hisap rokok, korang join merokok sekali.. Atau korang nak berdakwah pada perempuan, tapi couple dengan perempuan tu dengan alasan nak dakwah pada dia..
Tu bengong namanya..



2. Dalam kes hari ni, terutama nak dakwah pada orang yang lebih tua, terutama ibu bapa, kena ada SKILL..

saya ulang balik, kena ada SKILL..
ELAKKAN untuk tegur DIRECT..
Contoh kalau mak kita tak pakai tudung, ELAKKAN untuk tegur direct dengan kata, "mak, pakai tudung la.. aurat tu.."

Sebab apa?

Sebab biasanya orang lebih tua dari kita ni ada EGO nya tersendiri.. Jadi kita kena pandai "main", kalau tak kita kena sembur dengan kata-kata,

"Jangan pandai mengajar orang tua la.. aku lagi banyak makan garam dari kau.."



3. Macam mana SKILL nak tegur mak ayah?

(1) Tegur dalam bentuk BERKONGSI CERITA.. Biasanya perempuan ada kelebihan untuk skill ni.. 
Contohnya ;
korang baru balik rumah.. Korang borak-borak dengan mak korang.. Sampailah korang mula 'masuk jarum'.. Macam mana?
Korang cakap la begini (ini contoh je, tak semestinya kena tiru),"Mak.. tadi kat sekolah ustazah kat kena pakai tudung.. Cuba mak pakai tudung.. mesti nampak comey punya.. serius mak.. pakai la.."
Ini contoh je.. korang boleh buat yang lebih baik sebab korang lebih MEMAHAMI situasi korang sendiri..
saya bagi panduan umum je..


(2) Tegur dalam bentuk BERGURAU tapi bukan SINDIR atau PERLI.. 
Yang ni susah sikit, sebab kebiasaannya orang akan ingat kita menyindir.. Tapi korang usahalah jaga NADA korang supaya tak bunyi menyindir..
          Contohnya :

"Ayah, saya rasa ayah mesti lagi kuat kalau tak merokok.. takpun ayah mesti lagi super hensem punya.."
Kalau super hensem tu macam sindir pula.. tapi ikut korang la, sebab korang lebih memahami situasi korang..

(3) Tegur dalam bentuk BARANGAN atau HADIAH.. 
Yang ni biasa sesuai buat masa hari jadi, anniversary, atau hari2 yang special untuk parents korang...
Contohnya korang bagi hadiah al Quran sambil SELITKAN NOTA kat Quran tu.. korang tulis la, 
"Semoga Ayah baca quran ni selalu ya.. Saya nak juga pahala mengalir daripada bacaan ayah.."
          ataupun korang bagi hadiah tudung labuh pada mak atau akak korang..dan korang SELITKAN           NOTA kata situ, contohnya korang tulis,
"Semoga setiap kali mak atau kakak pakai tudung ni, ada pahala untuk kita semua dan jadi sebab kita semua masuk Syurga.. teringin nak kumpul sama-sama dalam Syurga..."
atau apa2 jua lah yang korang rasa sesuai..

(4) Tegur dalam bentuk SURAT. 

Yang ni nampak macam zaman dulu kala.. tapi okay je kalau korang nak praktikkan..
Korang tulis lah surat hantar ke kampung.. Tapi janganlah obvious sangat..
Maksudnya, surat pertama dan kedua sekadar tanya khabar dan sebagainya.. dah masuk surat ketiga barulah buat teguran sikit..
atau kalau mak ayah korang ni jenis ada facebook, korang share lah something kat wall korang.. dengan harapan mereka baca..

(5) Tegur guna ORANG KETIGA.. 

Yang ni korang kena minta tolong makcik atau pakcik korang yang lebih baik sikit untuk tegurkan..
atau minta sesiapa yang mak ayah korang respek untuk tegur mereka..
Biasanya mereka akan dengar cakap atau pandangan orang yang mereka lagi hormat..


4. Saya rasa 5 pandangan saya ni pun dah cukup untuk korang practicekan..

atau korang ada idea baru yang lebih segar dan power, boleh sharekan kat ruangan komen..

DAN PALING PENTING SEKALI..

korang usaha macam mana pun, kalau takde DOA tak guna juga.. Sebab Allah lah yang kawal hati-hati manusia..

Doa SUNGGUH2.. menangis2..

seperti mana korang boleh doa dan solat istikharah nak dapatkan jodoh sampai menangis2, khusyuk, sampai termimpi2..

kenapa tak korang doa untuk mak ayah korang sampai nangis2, khusyuk dan termimpi2 mak ayah korang dapat hidayah?

wallahu'alam


Ikhlas,
Tarbiah sentap untuk korang semua!


#TarbiahSentap
#SharingforUmmah