September 29, 2015

Aku hanya cebisan pengikut


Assalamualaikum..


sedikit luahan hati..

sepanjang aku conteng-conteng dalam blog ni..memang tak banyak la yang aku mampu sumbangkan pada orang lain..tapi sikit tu adalah.. dan untuk merapatkan lagi silaturrahim antara bllogger-blogger lain, menambahkan rangkaian, join giveaway, segmen, blogwalking...namun apa aku sedih bila join giveaway bila syaratnya nak kena follow blogger sponsor, tapi sponsor tak pamerkan ruangan untuk kita follow...sedih.. ada pulak yang blog dalam renovation..rasanya lepas tamat giveaway boleh la renovate blog.. ye ke idok?

September 28, 2015

17 Tips Tingkatkan Follower Instagram Anda


Assalamualaikum..

selamat pagi uolls, sempat luangkan sedikit masa untuk share beberapa tips macam mana nak tingkatkan atau tambahkan follower di instagram anda.. tidak kira sama ada personal instagram ataupun igshop kita..tapi tips ini kebanyakannya untuk igshop.




1. Follow follower instagram instafamous macam nora danish, emma maembong, zizan razak.. saya pernah buat tapi tak berapa sangat menjadi.

2. Follow ig seller yang ada agent, contoh follow ig @satinskinzhq , nanti akan ada ig seller yang nak promote product kecantikan diorang follow kita.

3. Follow follower instagram yang sama benda yang kita jual..contoh kita jual tudung, maka kita follow follower instagram yang jual tudung.

4. Buka hashtag yang tengah trending, contohnya sekarang trending cerita akasia mencintaimu, maka kita rajin-rajin likes dan comment gambar dalam hashtag tersebut.

5. Rajin-rajin likes dan comment gambar follower kita.

6. Tukar nama instagram bersesuaian dengan bisnes kita..contohnya kita jual iphone, so tukar nama instagram kita jadi @iphone_murah @iphone_casing

7. Guna hashtag. #sayajual #sayajualmurah #makkauhijau kalau boleh buat penjenamaan hashtag untuk bisnes anda.. contoh #bellaammaralovers #fiskafaries

8. Buat giveaway di instagram.. ingat THE POWER OF GIVE..the more you give the more you get back..

9. Rajin-rajin la buat swap review..kongsi follower dengan orang lain, join group swap review.

10. Pelbagaikan medium jualan kita.. Promote jualan kita selain di instagram, facebook, wechat, whatsapp, google, pinterest, tumblr, twitter.. lagi banyak lagi bagus sebagai semakin banyak kita pelbagaikan medium untuk kita promosi semakin banyak peluang bisnes kita ada atau muncul di search engine google.. (ni elemen2 seo, blogger mesti faham) . tak semestinya kena fokus satu medium sahaja.

11. Review instagram anda di instafamous, macam denabahrin, fynnjamal, atitaharis.. lagi best bagi gift kat diorang.. contoh kalau kita jual shawl, kita bagi shawl dekat diorang then diorang promote.

12. Rajin-rajin promote igshop anda di instagram masing-masing

13. Dekat whatsapp status tu tulis la nama ig anda.

14. Promote je kat mana-mana yang boleh..buat status di facebook, tulislah hashtag #visitmyig #farprettybylh

15. Mintak kawan-kawan, adik-beradik, family promote instagram kita..

16. Letak widget follow instagram dekat blog.

17. Perlu tanam sikap rajin dalam diri.. kalau malas anda tidak akan berjaya!




Sekian 17 tips dari saya yang masih lagi kumpul follower.. bukan nak famous tapi hanya nak bantu kawan-kawan..saya pun cari makan di instagram jugak..


Follow & Visit My IG
@isfariza_
@farprettybylh
@cotton_farprettybylh





Selamat Mencuba! #SemogaBermanfaat

September 22, 2015

Sampai hati kencingkan aku!





Assalamualaikum...

cakap pasal kencing ni..memanglah kotor dan tidak ada satu orang pun yang suka kena kencing.. pergh! macam ahli politik pulak dah.. gini-gini, sebenarnya baru lepas jenguk blog mierahussin, cerita pasal air yang tiba-tiba menitis di bahu beliau waktu tidur.. bukan nak kata dia kencing aku ea..tak baik putuskan silaturrahimah...

tahun lepas, waktu mak aku masih sihat..kat rumah mak mengasuh budak, alah sorang jer.. adam nama dia.. memang comelicious. dari kecil jaga sementara mak ayah dia meniaga sarapan pagi kat pasar.. alkisah waktu tu dia tidur dalam buaian...memang nyenyak la..datang-datang, bersihkan diri, basuh muka, kasi susu terus lena tak henggat dunia...



waktu tu tengah hari, mak ayah adam ambik dia lambat sikit, so aku henjut-henjut la buaian dia sambil aku pun baring bawah buaian tu...sambil-sambil borak la dengan mak aku yang tengah jahit baju..


"mak, agak-agak budak kecil dah pakai pampers, tidor dalam buaian dia ni tembus tak? (maksudyer ngompol)" aku bertanya kepada mak

"tak lah." mak aku jawap..


sesaat..
dua saat..
kau rasa apa jadi?


Adam kencingkan aku!
Tepat-tepat kena kat pipi.. kurang asam jawa betul, lena sangat tidur sampai tembus!
sejak dari tu tak berani dah aku nak baring dekat-dekat dengan buaian dia..im tobat!




Ngompol
1. Bahasa Jawa
2. Kencing malam atau kencing sewaktu sedang tidur tanpa sedar dengan erti kata lain terkencing seluar..


September 21, 2015

Peperiksaan Ulangan Latihan Separa Perubatan


Assalamualaikum.. mood semakin malas nak update blog..bila fikir balik kerja banyak.. kerja kat ofis, kerja kat rumah, lagi-lagi nak manage bisnes online.. im dying! rasa nak berhenti je jadi blogger tapi bila fikir-fikir balik, teringat dr fatin liyana...sibuk macam mana pun masih ada peluang lagi nak update blog..teruja please!





Last week ada exam latihan separa perubatan, tapi sedih sebab tak dapat nak jawab lansung sebab line internet pinjam kat office kena bar, lepas tu boleh guna lagi setengah jam nak habis exam..dan tak dapat nak log in lansung. Alhamdulillah, dapat email dari SPA untuk exam ulangan.. doakan aku dapat jawab dengan fullmark!! hehehe...

Persedian Exam Online SPA

1. Minta maaf dengan semua orang
2. Study la nak exam kan... cari maklumat kat internet lambat, jadi tanya member yang pernah exam dan download ebook sebagai rujukan
3. Pastikan internet di tahap paling baik, kalau pakai broadband, minimum kena ada kuota 1gb.
4. Berdoa kepada Allah swt, semoga lulus exam dan dapat temudaga! then pass.. selamat melangkah ke dunia perubatan!



Doakan saya!

September 14, 2015

Lelaki Murahan









Kalau dulu lelaki playboy hanya dirujuk kepada lelaki yang pakai seluar jeans, baju smart sikit, rambut ada jambul ayam sikit.
Yang up to date sikit, rambut gaya bajet korea celup cokelat.
Usha awek dengan ayat,

"Hye awak. Intro please? wink emoticon"

"Hye.. single ke? kalau dah berpunya, boleh kita scandal?"



--



Tetapi sekarang ada juga playboy yang pakai KOPIAH, SERBAN, JUBAH bagai, rambut tak nampak sebab pakai kopiah kan.
Yang up to date sikit, boleh bagi tazkirah kat depan. Siap buat usrah campur lagi, kononnya nak rapatkan ukhuwwah.
Usha muslimat dengan ayat,


"Enti dah solat? Malam tadi tahajjud tak? Moga ukhuwwah kita sampai ke an Narr. Eh, Jannah. Ukhuwwah fillah abadan abada birohmatikaya arhamar rohimin."


"Ana ni bukanlah yang terbaik. Ana sedar kat sana ramai lagi lelaki yang lagi soleh. Tetapi ana cuba juga jadi yang terbaik untuk enti. ana uhibukka fillah.. eh silap. Uhibukki fillah.."


--


Dua-dua perangai playboy ni adalah level syaitonirrojim.


Cuma yang menggunakan kopiah, serban, jubah bagai, ini lagi syaiton sebab menggunakan agama untuk usha/mengurat perempuan !


- Tarbiah Sentap