Assalamualaikum uolls...
Rasanya tak terlalu awal untuk kita fikir tentang baju apa nak pakai di pagi hari raya nanti.. kalau yang dah biasa beli dah siap mungkin takde masalah.. kalau nak tempah dengan tukang jahit, rasa-rasanya ramai tukang jahit yang dah tampal papan tanda "
order closed".. pity for u.. Selalunya baju yang aku pakai ialah baju kurung.. of course made by my lovely mum.. tapi tahun ni tarak baju kurung made by her.. my mum kat eksiden, so tak recover lagi.. no baju kurung tahun ni..pernah jugak pakai jubah.. last year..sedondon kau satu family..giler tak seronok..
Ada jer kita dapat lihat kini wanita juga turut memilih untuk memakai pakaian Muslimah yang lain seperti kaftan, jubah, kimono tops, dress labuh dan banyak lagi.
Secara jujur, aku lebih suka pakai jubah kalau ada majlis-majlis istimewa atau ketika sambutan perayaan besar. Bukan apa aku ni jelas malas tahap dewa, jubah tu gantung elok kat gerobok, lepas tu takdelah kedut mana, so sarung jer siap. pakai je tudung instant. capcus!! tak sampai pun 5 minit siap. Sempena Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, entri ini mungkin berguna buat korang yang sedang tercari-cari fesyen
jubah murah online terkini yang sedang trending untuk tahun ini.
Let’s check this out:
Lace Jubah
Sama seperti trend baju kurung lace yang cukup diminati oleh ramai wanita, lace jubah atau jubah lace juga turut hangat diperkatakan. Penggunaan lace sebagai perincian tambahan memberikan sentuhan moden terhadap rekaan jubah tersebut. Kalau korang tau, lace ni menampakkan lagi ciri-ciri kemewahan dalam sesuatu rekaan...so kalau nak nampak mewah, cubalah pakai jubah lace.
Glitter Jubah
Begitu juga dengan penggunaan fabrik glitter sebagai perincian untuk rekaan glitter jubah. Masih ingat dengan fenomena glitter shawl yang cukup famous suatu ketika dahulu? Mungkin untuk tahun ini anda boleh tampil menyerlah dengan bergaya bersama sepasang glitter jubah!
Plain Jubah
Dan plain jubah yang sememangnya all-time fav! Untuk tahun ini penggunaan warna-warna terang dan warna pastel kembali memeriahkan industri fesyen tanah air.
Thanks for reading!