Assalamualaikum uolls.. Salam Ramadhan Al Mubaraq..
Hari ni hari kedua kita berpuasa, so aku nak share satu resepi makanan wajib korang cuba bila datang negeri Johor kesayanganku <3 . Harus bangga sebab hari ni 30 JUN 2014 adalah birthday TMJ.. hahahaha...
MEE REBUS JOHOR DARUL TAKZIM (JDT)
(biar org kate aku syok sendiri. I'm Johorian Blogger)
Resepi ni bukannya asal dari aku. tapi aku share dari blog masak-masak yang aku paling suka. Blog Azlita Masam Manis.
Rujukan : Iza Akma Azlita Masam Manis
300 gm daging kisar atau udang segar ~ ita guna daging batang pinang dan hiris nipis
1/2 cawan udang kering ~ disangai dan kisar halus
5 sudu makan cili kisar ~ boleh tambah jika suka pedas
2 sudu makan rempah kari
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 kiub pati daging
250 gm keledek oren ~ direbus dan di lenyek
1/2 air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
1/2 buku gula Melaka ~ ita tambah
air secukupnya
minyak untuk menumis
2 batang serai ~ dititik
8 kuntum bunga lawang
Bahan Kisar
3 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inc halia
3/4 inc lengkuas
1 biji buah keras
Sedikit air
- Mula-mula kita rebus keledek hingga empuk. Kemudian keledek itu dilenyek ~ ketepikan
- Panaskan minyak dalam periuk
- Masukkan bunga lawang dan serai yang dititik.
- Apabila naik harum masukkan bahan kisar dan tumis
- Masukkan cili kisar dan terus menumis hingga garing dan berbau harum
- Kemudian masukkan udang kering yang telah dikisar halus dan tumis semula hingga sebati.
- Masukkan daging, kacau sebentar hingga daging hampir empuk ~ tambah air jika kuah terlalu kering.
- Selepas itu masukkan rempah kari dan serbuk ketumbar kacau rata.
- Masukkan air secukupnya ~ kuantiti air bergantung kepada kepekatan kuah
- Bila kuah dah mendidih masukkan kiub daging dan biarkan mendidih semula.
- Akhir sekali masukkan keledek yang telah dilenyek, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa
- Didihkan semula kuah seningga kuah sedikit pekat
- Setelah serasi rasanya boleh lah dihidangkan.
Mee rebus kebiasannya di makan bersama
- Mee kuning ~ yang dicelur
- Taugeh ~ juga dicelur
- Tauhu digoreng dan dipotong dadu
- Telur rebus
- Limau kasturi
- Daun sup dan daun bawang yang dihiris halus
- Cili merah dan cili hijau yang dihiris halus
- Bawang goreng
- Dan tepung goreng rangup
Selamat mencuba ^_^
Nak balik rumah masak.. bye2.