October 30, 2013

Masuk Universiti Je Dah Cukup Ke??

Assalamualaikum semua...

Selamat malam semua.. dan selamat bermata panda ke tempat kerja esok.. ngeh ngeh ngeh....
Korang-korang.. Pernah tak masa kecik kecik dulu korang berangan nak masuk universiti.. mesti ada kan???

Dulu aku habak kat mak aku... Throwback dialog dulu-dulu... Mak kita nak masuk mrsm la mak... belajak la rajin-rajin baru boleh masuk mrsm.... then mak aku tanya... nanti nak belajar kat mana lepas habis spm... nak tau apa aku cakap.... Mak, kita nak study kat USM, Penang... sebab dulu aku memang semangat gila... siap search kat universiti mana ada course medic...study masa nak exam pmr dulu memang sungguh-sungguh la... at last aku dapat jugak result cemerlang pmr... Dulu aku nak jadi doktor... tapi dah masuk bidang doktor ikan aku syukur je...

Lepas tu aku berangan lagi nak study overseas tau... Ireland... Nak tau sebab apa.. sebab atok aku dulu pemain alat musik tradisional kempling... (Search Google here ) .. kempling ni kesenian masyarakat Jawa di Johor... So, aku berangan nak study kat situ sebab atok aku pernah datang sana... InsyaAllah, korang doakan yer.. mana tau ada rezeki dapat sambung master or PhD kat sana.. amin...

Alhamdulillah, cita-cita aku nak belajar sampai menara gading tercapai.. aku dah pun jadi alumni UMT... Buat adik-adik yang menyimpan hasrat untuk berada di tempat aku sekarang dan buat kawan-kawan yang sedang belajar kat universiti tu... aku nak share something yang buat aku sedar... aku pun nak korang fikir-fikir kan yer.... 

--------------------------------------------------------------------------------

notes by : Muhammad Hafizuddin




Sejak beberapa tahun lalu ramai sahabat berstatus majikan mengeluh mengenai kualiti graduan Melayu yang menghadiri temu duga. Ramai yang tidak menggambarkan mereka lulusan institusi pengajian tinggi apabila gagal menjawab soalan pengetahuan am yang secara logiknya patut diketahui graduan. Sudah menjadi kelaziman dalam sesi temuduga hari ini seorang graduan tidak mampu menyampaikan hujah dan idea secara kritikal dan bernas. Malah ada yang tidak mampu menyatakan nama tokoh negara hingga menimbulkan kecurigaan terhadap keaslian ijazah yang dibawa.



Akibat tiada pilihan, ramai majikan menutup sebelah mata dan berharap graduan berkenaan menjadi lebih matang dan menunjukkan kebolehan sebenar apabila diambil bekerja. Malangnya, kebolehan yang ditunggu-tunggu tidak juga muncul dan tahap prestasi kerja mereka hanyalah setakat memenuhkan bilangan kakitangan. Ramai juga graduan Melayu yang tidak mampu mendapatkan kerja yang sesuai dengan kelulusan kerana tidak langsung mempunyai keyakinan diri dan tiada kemahiran tambahan. Sedih bercampur geram apabila melihat bakat muda ini hanya mampu menjaja ijazah dan diploma ke sana sini sebelum akhirnya menjadi pembantu jualan langsung atau memenuhi jawatan tidak mencabar yang memerlukan kelulusan sijil persekolahan saja.


"Kejayaan masuk universiti bukan tanda mereka sudah menjadi pelajar cemerlang, sebaliknya ia permulaan kepada usaha menimba sebanyak mungkin ilmu yang relevan dengan kehidupan masa depan”

Lemah di alam universiti

Sejak kecil lagi mereka menyatakan cita-cita ke menara gading yang menjadi matlamat akhir pemburuan ilmu mereka. Mereka mengharungi persekolahan dengan bersungguh-sungguh dan melepasi satu persatu sistem peperiksaan perdana. Setiap tahun semakin ramai yang memperoleh banyak atau semua A untuk subjek yang diambil. Akhirnya mereka berjaya menempatkan diri di universiti yang semakin banyak pada hari ini.



Malangnya pendaftaran sebagai seorang pelajar universiti yang sepatutnya menjadi titik mula kepada pembentukan seorang profesional tidak berjaya diterjemahkan kepada kehidupan mahasiswa dan mahasiswi ini. Ini disebabkan persepsi sebahagian mereka yang menganggap memasuki universiti adalah kemuncak kehidupan mereka mencari ilmu.



Oleh kerana kemuncaknya sudah diperoleh, maka ramai pelajar Melayu yang dahulunya begitu aktif di alam persekolahan menjadi kian lemah di alam universiti dan seolah-olah hilang minat meneroka dan menguasai cabang ilmu yang luas. Lebih parah lagi ada yang mengambil kursus tidak lagi menjadi keperluan pasaran pekerjaan. Pemikiran mereka seperti mentaliti sebahagian ahli sukan kita yang menganggap penyertaan dalam Sukan Olimpik adalah kejayaan mutlak. Sebab itulah apabila ditemu ramah media Malaysia, sebahagian mereka langsung tidak menunjukkan rasa bersalah akan kekalahan mereka, seolah-olah mereka sekadar penonton temasya sukan itu. Ini berbeza dengan ahli sukan negara lain yang menganggap hanya pencapaian pingat emas boleh dianggap sebagai tercapainya kemuncak matlamat.



Graduan biasa

Kini ramai anak muda Melayu yang berjaya ke universiti sehingga dianggap perkara biasa. Keadaan ini berbeza berbanding zaman ibu bapa kita dulu hinggakan satu kampung berkenduri meraikan kejayaan anak jiran masuk universiti. Gambaran penghormatan anak muda dulu yang berjaya masuk universiti adalah seperti diberikan kepada Datuk Lee Chong Wei ketika kembali dari temasya Olimpik London baru-baru ini.



Tuntutan terhadap graduan kini sudah jauh berbeza. Kejayaan masuk universiti bukan tanda mereka sudah menjadi pelajar cemerlang, sebaliknya ia permulaan kepada usaha menimba sebanyak mungkin ilmu yang relevan dengan kehidupan masa depan. Mereka hendaklah menjadikan universiti sebagai platform menanamkan keyakinan dan melatih ketrampilan diri. Amat mendukacitakan apabila sebahagian graduan Melayu menjadi begitu kaku dan hambar hinggakan terlalu bergantung kepada pasaran kerja ditawarkan institusi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan.



Untuk berjaya dalam kehidupan hari ini, graduan Melayu perlu mempunyai selera untuk menjadi individu yang hebat. Malangnya, ramai yang hanya mampu menjadi graduan biasa hinggakan ke sesi temu duga terpaksa ditemani ibu bapa lantaran tiada keyakinan diri.



Tiada apa boleh dibanggakan dalam resume mereka jika dibandingkan dengan graduan bangsa lain yang hadir dengan keyakinan diri untuk berhujah dan kemampuan menguasai beberapa bahasa.



Selepas melalui proses memperkukuh ketahanan diri Ramadan lalu, pelajar Melayu hendaklah dengan serius merenung sejenak arah tuju masa depan mereka dan bertindak bagi memperbaiki tahap pencapaian orang Melayu dalam negara kita. Kadang-kadang apabila kita terlalu beralah dan perlahan, kita juga yang akhirnya dipinggir dan ditinggalkan. Anak muda Melayu hari ini adalah pewaris bagi menerus dan meningkatkan kedudukan agama Islam dan orang Melayu. Tidak mengapalah menjadi Melayu yang kiasu asalkan sikap itu tidak pula menindas orang lain.



Penulis ialah Peguambela & Peguamcara di Johor Bahru


p/s : antara tips aku boleh share ialah kita belajar dengan ikhlas sebab tuntut ilmu bukan sebab title atau pangkat dan nama.. InsyaAllah... kita dapat kejayaan yang kita nak dan isinya... jangan jadi kelapa luarnya nampak cantik.. dalamnya busuk...

October 29, 2013

Segmen Follow Mengfollow & Bloglist by Cik Pepatung


Assalamualaikum semua...

follower

Sempena hari ini hari selasa Cik Pepatung atau Icumm telah buat satu segmen follow memfollow dan bloglist..
Semua yang join segmen ini akan masuk dalam bloglist Cik Pepatung.. Kata Icumm selalunya dia akan letak selama 3 bulan...

Selamat Berblogwalking!!



p/s : Thanks Icumm sebab buat segmen ni. :)

October 28, 2013

Segmen Pencarian Bloglist November by Kinah

Assalamualaikum semua....

ni merupakan entry yang ketiga untuk hari.. hari ni mood rajin nak update entry dalam blog kesayangan saya ni...
hari ni saya ada join satu segmen yang dijalankan oleh Blogger Kinah


kumpul-follower

Segmen ini memudahkan beliau blogwalking dan memilih 10 blogger bertuah untuk dimasukkan ke dalam Bloglist Kinah untuk bulan November.

❉ Syarat-syaratnya 

  • Follow Blog Kinah bagi yang belum follow, yang dah follow boleh skip
  • Buat satu entry dan letak banner hijau di atas dan backlink ke Blog Kinah (untuk memudahkan proses blogwalking)
  • Tinggalkan link di ruang komen (kat blog Kinah yer)

Saya harap Kinah dapat pilih saya yer... memandangkan follower saya di tahap yang agak menyedihkan untuk tempoh yang agak lama...

Thanks Kinah for making this segmen... 




Mask yang paling sesuai untuk nyahkan bintik hitam dan putih pada muka anda!!


Assalamualaikum jemah oiiii....

tak boleh gelak kuat-kuat sangat masa ni.. muka tengah keras sebab tengah pakai mask... tapi jari tak keras lagi boleh ketak-ketuk taip entry untuk korang semua.. 

sebenarnya sekarang dah banyak mask yang kita boleh pakai kat muka kita.. cuma yang penting kita kena bijak memilih apa mask yang sesuai untuk jenis kulit muka kita... antara kegunaan mask yang perlu kita tahu ialah dapat membersihkan kekotoran, menyingkirkan bintik-bintik hitam dan putih, membersihkan liang-liang roma, dan memelihara kelembapan kulit..

antara mask yang aku nak syorkan pada korang semua ialah...

SHISEIDO BLACK MASK






Shiseido Black Mask merupakan masker peel off yg digunakan utk menghilangkan blackhead & whitahead. Ia merupakan salah satu hot item selling di dunia kosmetik di Jepun, Hong Kong, Taiwan, Korea, Singapure & Malaysia.

CARA PENGUNAAN:-
  • 1 pack boleh dipakai 2 ~ 3 kali, jgn guna 1 pack sekali pakai, memadai hanya pakai sederhana tebal shja.
  • Bersihkan wajah.
  • Steam wajah dgn air panas selama sekurang-kurangnya 10 ~ 15 minit. Ini bertujuan utk membesarkan pori-pori & memudahkan pembersihan jeragat.
  • Biarkan wajah kering baru sapu mask.
  • Tunggu selama 30 minit / hingga mask kering baru tarik mask perlahan-lahan.

1 pack = 12g.


KEBAIKAN SHISEIDO BLACK MASK.

  • Dapat menghilangkan & mengurangkan blackhead & whitehead & juga kekotoran di wajah.
  • Mengecilkan pori-pori wajah, mengurangkan kedutan, anti penuan & mencerahkan wajah.

Terbuat dari Collagen disertai elemen mineral laut dalam. Masker dengan kandungan nutrisi paling lengkap. Selain mengangkat kulit mati, mencerahkan, mengencangkan kulit wajah yang kendor , detox , meningkatkan kekenyalan , membantu mengurangi jerawat juga efektif memperbaiki jaringan sel kulit yang rusak. Hasil sudah mulai terlihat pada 1X pemakaian masker. Kulit lebih segar, cerah, dan seketika terasa kencang & kenyal.

Perawatan kecantikan menggunakan Lumpur Laut Mati sebagai masker wajah sama dengan memberi asupan makanan 'bergizi' pada kulit yang dapat merawat keindahan kulit. Kelebihan lainnya, semua toksin yang terdapat pada sel kulit akan terangkat, sehingga kulit lebih bersih dan segar sekaligus halus dan kencang.

Masker ini merupakan masker favorit para dokter kulit , karena hasilnya nyata dan langsung tampak dalam 1x perawatan. Biasa disebut oleh mereka sebagai " Masker Pembersih Total " . Perawatan menggunakan masker ini selain mencerahkan & memutihkan kulit , menghilangkan noda bekas jerawat & flek, juga merangsang pembentukan kolagen & elastis pada jaringan kulit , sehingga kulit Anda akan kencang, lembab, kenyal, keriput di kening & pipi berkurang, pori pori kulit wajah mengecil. Perawatan yang tepat untuk melawan tanda tanda penuaan dini.

Cara Pemakaian :

- Bersihkan Wajah terlebih dahulu
- Untuk hasil yang maksimal steam muka menggunakan uap air / handuk hangat
- Oleskan masker. Hindari daerah sekitar mata, alis, bibir, dan batas rambut
- Gunakan Shiseido Naturgo Mud Mask dengan menggunakan kuas/tangan
(dapat digunakan pada bagian komedo saja ataupun seluruh wajah)
- Tunggu sampai masker mengering kemudian bersihkan dengan cara mengelupaskan masker,Setelah masker mengering (20-30 menit), tarik masker dari bagian bawah wajah ke atas
- Bilas hingga bersih



TUTORIAL PAKAI SHISEIDO BLACK MASK





Selamat mencuba!!









25 Tip Kuruskan Badan Kevin Zahri


Assalamualaikum uolls...

aceceh... uolls.. gedik tahap petala....
aku tahu perkara yang sentiasa dalam mind korang tiap kali tengok cermin.. nak pakai baju...mesti korang akan terfikir macam mana nak kurus ek??
tak semua orang kaya raya boleh masuk london weight management yang kat tv tu kan..
dan tak semua berani cuba produk-produk pelansingan yang berlambak kat pasaran tu kan..


cara-kurus-cepat




meh nak habak mai sat....
Kevin Zahri atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fitness merupakan pelatih peribadi dan pakar nutrisi yang mempunyai pengalaman selama hampir 10 tahun dalam bidang ini...
Beliau telah menerbitkan lebih 10 buah buku untuk majalah Men's Health dan majalah fitness dan lifestlye, pengacara tv shows..

ni aku share beberapa tips beliau..

25 Tips Kuruskan Badan


1-10: Nutrisi dan Diet Pemakanan
Mari kita bermula dengan tip-tip diet dan pemakanan.

  1. Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu pemakanan dan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.
  2. Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana 1. nafsu makan akan bergelora dan 2. metabolisma badan akan menurun.
  3. Kenali keperlukan kalori seharian anda. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Tapi kalau tak tahu, macamana nak mengawal kuantiti pemakanan?!
  4. Roti canai … hmm berapa kalori tu? Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalorie makanan dan minuman seharian anda. .
  5. Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip kuruskan badan yang paling senang. Dengan hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula, anda boleh kurangkan lebih kurang 10kg dalam setahun. 
  6. Minum air mineral. Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.
  7. Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.
  8. Segenggam tangan karbohidrat. Samada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tak kenyang, tambah lauk.
  9. Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Sebagai panduan pastikan anda mengambil 2-2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Also ingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.
  10. Kawal nafsu makan! Satu-satu cara untuk mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk kembang. Kalau nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat. 
11-20: Senaman
  1. Senaman sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Tak perlu mencari trend senaman yang terkini. Yang penting anda mencari senaman yang serasi dengan gaya hidup dan minat anda.
  2. Senaman tidak wajib! Kalau anda ingin mengurankan berat badan, senaman sebenarnya tak wajib. Tapi ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda.
  3. Angkat berat! Tak kira jantina dan umur Pastikan anda include senaman angkat berat dalam program senaman anda. Kenapa? Kerana ia membantu kuatkan otot, tulang, sendi-sendi dan akhirnya kalau anda dah kurus pun, sudah tentu anda inginkan badan yang kental kan? :)
  4. Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan hanya bergantung kepada kuantiti tapi yang paling penting adalah kualiti senaman anda. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman anda. Kalau tak pasti, dapatkan panduan yang bernas daripada mereka yang mahir.
  5. Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukos. Jika anda berjogging atau bermain badminton dengan harapan membakar lemak, pastikan anda elakkan minuman seperti Milo, 100Plus or Gatorade.
  6. Tak perlu hari-hari. Jika bersenam, tak perlu hari-hari. 2-4 kali seminggu cukup. Biarkan badan anda rehat dan pulih … penting kualiti senaman.
  7. Inginkan perut yang kempis? Crunches dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana selagi otot abs dan diliputi dengan lapisan lemak, maka otot abs anda tidak akan menonjol. Fokuskan usaha anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak.
  8. Semanan untuk toning? Lebih kurang macam tip 16. Senaman semata-mata tak ke mana. Usaha anda perlu digabungkan dengan pemakanan yang baik untuk membakar kalori (lemak). 
  9. Yoga untuk kuruskan badan? Tak juga. Yoga memang sesuai untuk flexibility dan ketenangan tapi untuk senaman kurangkan berat badan, kardio jauh lebih baik.
  10. Sauna dan bilik steam room? Kedua-dua boleh membantu mambakar kalori dan buang air. Tak menjadi masalah anda mengunjunginya.
  11. Seks sebagai senaman? Yup sudah tentu. Aktiviti seks adalah contoh senaman yang sememangnya banyak membakar kalori dan juga dapat mengurangkan stres.
21-25: Suplemen dan makanan tambahan
  1. Jika digabungkan dengan diet dan senaman asas yang baik, suplemen dan makanan tambahan bantu mempercepatkan usaha anda kurangkan berat badan. Tapi … pastikan anda tidak tertipu dengan gambar sebelum dan selepas.
  2. Pil cepat kurus? Tak kira di mana dan harga, tiada pil ajaib yang boleh mengurangkan berat badan, bakar lemak tanpa gabungan pemakanan asas yang baik. Mustahil.
  3. Adakah pembakar lemak berkesan? Secara teori yes. Peranan pembakar lemak adalah untuk menaikkan metabolsima badan anda melalui ramuan seperti caffeine dan guarana. Jadi dengan pembakaran kalori berlebihanan ini, anda dapat mengurangkan berat badan. Tapi nasihat saya, jangan bergantung kepada suplemen mana2 untuk jangka masa panjang.
  4. Ingin kurangkan 1kg? Anda perlu bakar atau membuang 7,700 kalori samada melalui makanan, senaman ataupun gabungan kedua-dua.
  5. Suplemen protein merupakan pilihan yang baik sebagai snek antara hidangan. Suplement protein rendah dari segi kalori, mudah dibeli dimana-mana dan boleh disimpan di pejabat mahupun di rumah.
  6. Dapatkan suplemn multivitamin yang baik. Kekurangan micro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik. Jadi pastikan anda mempunyai suplemen multi-vitaman yang bersesuain dengan jantina, umur dan gaya hidup anda yang unik.
  7. Herbalife adalah contoh makanan pengganti ataupun meal replacement. Walaupun ia dapat memberikan anda kesemua keperluan khasiat untuk suatu hidangan, ia mahal dan saya tak syorkan anda serahkan nasib berat badan anda kepada produk suplemen mana-mana.


Sekian, aku harap segala info ni bermanfaat untuk korang semua..


Kredit to : KevinZahri.com


October 25, 2013

Teaser


Assalamualaikum...

Dek kerana kesibukan aku untuk mencari waktu untuk blog ni.... nantikan..




stay tuned.....

October 1, 2013

Why it's really hard to make other person happy?????

Assalamualaikum....

Why its too hard to make other person happy?????
I just ask
Why its happen to me???
I just realise the true color of you...
I'm thinking what happen with us???

Tiap kali sakit hati mesti teringat orang ni..
Tiap kali geram dgn org lain mesti teringat orang yg sama ....
Kenapa kita mesti kenal????